Love, like a river, will cut a new path whenever it meets an obstacle. - Crystal Middlemas -

There is only one happiness in life, to love and be loved. - George Sand -

"Enemies, as well as lovers, come to resemble each other over a period of time."

"It takes years to build up trust, and just seconds to destroy it.."

You know you are in love when you see the world in her eyes,and her eyes everywhere in the world.- David Levesque -

Love is like magic And it always will be.

Love is unselfish,Understanding and kind,For it sees with its heart And not with its mind!!

When you love someone,all your saved-up wishes start coming out. - Elizabeth Bowen -

Oct 12, 2014

ikan bakar vs arang bakar

hi..hi..hi.... :)

assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, what a have wonderfull feeling on this weekends... berbahasa omputehh aku... entah betul..entah tidak ayat grammar b.i tu.. lantoks ler.., asal korg faham.. tak faham buat tak tahu je okey..

hari sabtu, entah kenapa incek suami buat nak makan masakan kampung aje kerjanye... takde kaedah dalam kamus menu ber gym dia nak makan masakan kampung.. tup..tupp.. jom sayang..kita p makan ikan baung kat kole berang.. malam kita p makan ikan bakar O kt dapur arang,kole ibai..

okey, kat sini.. aku nak cerita satu lokasi tempat makan baru di kuala terengganu, area kuala ibai. kat kuala berang tu aku rasa dah komercial sangat..may be.. o_0

beberapa keping snap..snapp.. from us... kerenah-kerenah bila kelaparan dari incek hubby n my little stronger's boy aku nie ha... punya lah pelahap membelasah ikan bakar iaitu ikan kerisi bakar dan ikan kembung bakar..

sambal2 dia? perghhhh.. terrrbaikkkk... bolehlah korang rase ikan dan beberapa menu masakan kampung yg lai  kt kedai makan dapur arang ni... mmg best! buka malam je tau! jadi, siap2 ler sesi menggemukkan bdn...tp setakat ikan bakar kosong, cicah air asam atau sambal kicap atau yg terbaik budunya.. apelah sgt kan ?!.....
diet makan yg terbaik dah tu.. ;) cuma nasi jgn ambil byk2 lah yea..

dan last... aku suka warna2 pada kedai makan ini... merahh... cun gittewww...

ok check it out!

Oct 10, 2014

sushi vs salmon mentah

kalau bab makanan jepun dan lagi lagi ikan salmon mentah serah sahaja pada incek hubby. pantang sebut salmon, mau je dia ajak aku terus ke kedai makan Petama, iaitu salah satu restorant di bandar kuala terengganu yang menyediakan makanan korea dan jepun.. western pon ado....

hari hari kat rumah pun dah ada ikan salmon nie, tapi sekali sekali mau jugak layan tukang masak kat kedai katenyerr...

ok selamat menjamu mata... ;)

Oct 6, 2014

Majlis pertunangan adikku

Alhamdulillah, hari ni adikku nurhatin pula yg bertunang. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, walaupun adikku terlambat serba sedikit menjadi kelan kabut. :)
bunga tangan
bunga tangan fabric yang sentiasa menjadi hiasan turun temurun dari aku sehinggalah kepada adikku nombor 3 dan sekarang ke tangan adikku no.4. sentiasa mekar tak layu dik zaman. ehehh~

pelaminan
Alhamdulillah.. ingat masa mula2 buat pelamin tunang dari majlis aku bertunang dulu, tersangatlah simple, tapi tetap ada kreativiti disitu.. sehinggalah deko pelamin tersebut kepada adikku no.3 dan sekarang yang no.4 pula.  cuma pelamin adikku yg no.4 ini terlebih special. mungkin kerana aku dah banyak stok2 bunga dan peralatan majlis..

kanopi arabian
Alhamdulillah.. suamiku dpt selesaikan set hiasan pelamin, kerusi dan sarung kerusi, hiasan meja dan buffer table..

hantaran
seperti biasa bab deko hantaran, memang bahagian aku lerr jawabnya.. "air tangan kakak katenya.." amboihhh... setiap kali mendeko hantaran, lecuran panas oleh glue gun tak sah kalau tak kena...huhuu.. dr sejak hantaran tunang, nikah aku sehinggalah kepada adik2ku..
Alhamdulillah.. selamat dah semuanya.. tunggu majlis nikah dan kabul pula....

May 25, 2014

Aku yang kini

Assalamualaikum wbt.
Lamanya tak post muka owner blog.. eheh..
Lamanya tak berposing.. owner yg dulu suka sangat berposing depan camera... nak di katakan setiap hari ada je gambar posing terbaru..hehee

(Berpeloh-ploh atas bibir aku... hehe kepanasan kau berjemur atas house boat Tasik Kenyir ni..hehe padahal pagi tu.. cuaca teramat panas time tu..)
 
Kini...
Setiap kali posing depan camera, semua gambar nak delete... seiously.. kalau tgk hancur gambar..huhuu...
Nak buat cemana.. semenjak menjadi isteri dan ibu kepada seorang anak.. banyak perkara yang perlu dilakukan dan perlu diberi perhatian.. lastly kecantikan dan kesihatan diri terabai..tetapi itu bukan alasan sebenarnya.... :)

Alhamdulillah bab kesihatan tu, walaupun rasa tak sempat nak jaga.. orang sekeliling terutama ibu dan suamiku sentiasa mengingatkan... syukur..

Cuma bab kecantikan ni.. entah kenapa.. adakah kerana aku dah ada suami?? Huhuu...padahal kecantikan ini perlu lebih dijaga bila bersuami.. nah! Jangan abaikan perkara itu ya si isteri2 di luar sana yg sudah bersuami... ;)♥

Walaupun masa tak mengizinkan... perlu banyak perkara yang kita beri perhatian.. bab kecantikan ini... ada sedikit masa, celahlah.. orang kata.. tatap atau tiliklah kulit wajah anda, rambut anda, tubuh badan anda, kuku dan setiap inci ditubuh anda.. agar sentiasa terjaga. Lagi - lagi buat diri dan suami tersayang..

Ingat tu...!! ♥♥

Smile....

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More