Love, like a river, will cut a new path whenever it meets an obstacle. - Crystal Middlemas -

There is only one happiness in life, to love and be loved. - George Sand -

"Enemies, as well as lovers, come to resemble each other over a period of time."

"It takes years to build up trust, and just seconds to destroy it.."

You know you are in love when you see the world in her eyes,and her eyes everywhere in the world.- David Levesque -

Love is like magic And it always will be.

Love is unselfish,Understanding and kind,For it sees with its heart And not with its mind!!

When you love someone,all your saved-up wishes start coming out. - Elizabeth Bowen -

Showing posts with label Brides-To-Be. Show all posts
Showing posts with label Brides-To-Be. Show all posts

Jan 16, 2012

Classy Vintage

Assalamualaikum..

Hari ni aku nak bercerita tentang tema majlis perkahwinan aku yang akan diadakan tak lama lagi beberapa hari *nervous nieh...* hehe.. mengikut perancangan dari bulan-bulan selepas aku bertunang dulu lah.. kononnya  nak tema ala-ala sweet garden gitu... penuh dengan dedauan kehijauan dan lembaran kain kain lace chiffon yang lembut di setiap tiang kanopi aku nanti... hehee.. *mai dah angan-angan...*

Lastly... dah tinggal lagi sebulan.. baru lah aku decide semula.. semua tu memerlukan banyak dedaunan dan chiffon yang akan membotakkan kepala aku up sket bapak aku...heee....

 

Akhirnya aku buat reseach dalam internet ni, tema wedding apa yang sesuai untuk wedding of the year 2012 aku ni.. *kunon lah wedding of the year tuhh...perasan lagik..* ... Result nya aku buat lah tema Classic vintage. Akan tetapi versi Melayu Islamic punya.. bukan Barat Kristian punya okey! *sila alert disitu..*

So, apa yang aku perlu buat tema classic vintage aku ni perlulah ada corak-corak vintage contoh nya seperti ini :




Sumber : Google


Aku rasa may be korang semua dah biasakan tengok corak2 macam ni?? corak macam ni ada juga orang panggil English style. ada lagi satu tu corak vantage yang ala-ala bunga rose tu.. tapi corak tu may be dah sedikit ketinggalan utk tahun 2012 ni.. Apa yang aku reseach lagi corak classic vintage ni datang balik cuma digabungkan ala-ala modern style sikit. Sangat-sangat suka ;)

Incik Kamera
Untuk menggabungkan classy vintage ni nampak smooth dan cantik kena pandai mainkan warnanya. so kat sini photografer lah kena banyak edit tone colour dan snap sehabis baik. heee.. sebab tu lah aku ambik si ayien ni sebgai photografer aku.. boleh ke blog web nya disini .  :)

Warna warna ;)
Okey mulanya aku decide nak kan warna merah+cream+putih... lastly bapakku juga punya idea... hijau putih la... so berbalik semula pada perancangan aku mula-mula dulu inginkan tema garden yang ala-ala kehijauan dan keputihan. Tapi tetap tak menjadi tema garden walaupun tema classy vintage aku ni telah menggunakan warna Hijau + Putih + Cream. Lastly menjadi Hijau Lumut + Hijau Aqua + Putih + Cream.. huhuuu... aku pon dah pening dengan tema warna aku ni. Apa-apa pun biarlah nampak simple, classic dan exclusive.. sesuai dengan citarasa aku dari dulu yang sukakan semua perkara nampak simple tapi exclusive ;)

Diantara beberapa DIY aku..  heee.. warna-warna tema classy aku seperti yang ada pada kad undangan aku tu...

Bab pelamin plak... nanti lah aku cerita.. sebab gubahan hantaran aku pon tak siap lagi... hehehe.. lagi beberapa hari je ni.. boleh plak aku rileks2.. ok to be continue... tataa... ;)

Sep 15, 2011

Officially to him...

Assalamualaikum..

continue lagi..


Part majlis menyarung cincin..
Alhamdulillah debaran demi debaran terasa, setiap detik dan saat aku beristirgfar semasa menunggu di dalam bilik bersama seorang sahabat aku iaitu along, dan setiap detik dan saat itu hatiku sentiasa tertanya-tanya benarkah dia jodohku?? masih menjadi persoalan..walaupun disaat itu keluarganya sudah tiba sampai dan berbincang mengenai ikatan pertunangan bersama keluargaku yang akan dilangsungkan dalam beberapa minit sahaja lagi, kemudian..

Kak... kak... keluarla.. ayah panggil doh tu.. nak sarung cincin lok...

(semakin kuat jantung aku berdegup.. lagi-lagi aku yang cepat gemuruh ni...)

Buat muka bersahaja dan mengukirkan senyuman kelat, kelat kerana berdebar.. walaupun hati riang gembira tak terkata, beberapa saat aku duduk, mama datang menerpa tepi aku lalu mengambil cincin dan menyarungkan di jari manis aku... 

 


Terusan aku mengucapkan Alhamdulillah dan mengucapkan terima kasih pada mama... bersalaman sambil mencium tangan mama lastly aku berpelukan dengan mama.. erat sungguh mama memeluk aku time tu.. 2 kali juga berposing bersalaman dan berpelukan dengan mama (ikot arahan photografer laa...)

Diikuti dengan doa selamat dan kesyukuran pada Allah SWT yang di bacakan oleh ayahku sendiri..

 macam ramai jep....ayahku yang sedang menyambut keluarga incik tunang... :)


 Incik Tunang Terchenta... Saya sudah mula jatuh hati padanya.. 
sila ambil hati yang jatuh dan  simpan hati saya baik2...keep safe ye incik tunang ;)
cukup lah awak yang terakhir dan selama-lamanya.....Insyaallah



I'm Officially to Ahmad Shah.... Alhamdulillah :)


Sekarang.. aku officially tunangan Ahmad Shah.... pada 09 September 2011. Semoga ikatan pertunangan ini membawa keberkatan sehingga kami berjodohan ke hari penikahan kami.. Insyaallah mengecapi kebahagiaan ini dunia dan akhirat.. Semoga Allah sentiasa memelihara hubungan cintaku dan Ahmad Shah.. Insyaallah Amin... :)



Sep 14, 2011

D.I.Y -2- Gubahan dan Hiasan Mini pelamin

Assalamualaikum.

Salam ceria di petang hari :D

Semalam aku dah pulun habisan post sal D.I.Y hantaran dan hiasan pelamin. entah cemane boleh hilang plak. JinApret mane lah yang kacau dan delete pos aku tengah-tengah malam semalam.. huhu.. saborr jek lah..

 ok continue...

Gubahan hantaran bebakulku...
3 hari 3 malam aku menyiapkan 7 jenis gubahan. terutama tang bunga tu. Ingatkan senang main copy paste nie, rupanya kesabaran tu perlu ada juga.. lainlah kalau copy paste kat word semuanya tak perlu kesabaran paste je dah paste je dah siap... yang ni paste paste tak siap siap.. so makan lah 3 hari 3 malam aku menggubahnya..
hasilnya....

Peti Harta karun..buka buka ada cincin buat incik tunang terchenta....  :)
nasib aku tak letak sampah banyak-banyak dalam peti tu..eheee

di hari majlis pertunanganku...
aku suka kek tu.. sgt best!

close up sket... kau mawarku....hehe.. jadi tak bunga mawar yang aku buat nie?? jangan korang sebut macam taiklembu suda la walaupun ade rupe sedemikian..
ni gubahan gubahan yang siap 2 malam sebelum majlis, songket, kain nikah, sejadah dan kain pelekat, cincin dan hiasan untuk buah buahan nanti..


Deco deco si Mini Pelamin...
Mini pelamin ni pun aku copy dan paste daripada internet. suwey punya suwey dan mengikut kesesuaian bahan yang ada.. inilah hasilnya...

view, penuh dengan keserabutan perabut rumah.. huhu.. ape-ape pun pelamin anganku tak musnah... sangat kukuh walaupun hanya menggunakan ampaian kain rumahku dibuat sebagai tiraian tabir putih tu... hohooo...

Tag TQ last munite....
tinggal sehari lagi bermakna esok (09.09.2011) majlis pertunangan aku.. boleh pula aku duduk di ofis dan termenung.... lastly timbul satu idea mengenai taq TQ (Thank You) ni. untuk wishes pada tetamu dan keluarga incik tunang sebagai tanda penghargaan pada kehadiran mereka.

Asal tema doorgift aku ni coklat putih entah kenapa rupe tag Tq aku ni warna putih merah.. haishh kalau mata tu dah berkenan merah.. tok sah nak cakap ape lah.. ape - ape pun leh jadi..huhu
Alhamdulillah 50 doorgift aku ni siap dalam masa 15 minit dengan bantuan ibu dan adik2 aku.. 
belum lagi untuk 2000 doorgift untuk majlis perkahwinan aku nanti.. mak aihhh... cemane lah nanti..


apa yang aku terlupa kat sini 'sekeluarga' dalam otak aku dah taip tapi tak de plak kat sini... huhuu.. tertinggal rupenye... (alert- majlis perkahwinan aku mesti ingat la taq TQ ni mesti lengkap dengan nama 'sekeluarga' itu lah paling penting)

Alhamdulillah semua d.i.y aku ni selamat dah pun.. dan aku pun dah menjadi tunangan orang. Majlis aku juga alhamdulillah selamat. semua berjalan lancar. ok hari dah semakin petang... solat asar pun belum lagi... Insyaallah aku akan cerita mengenai tunang dan keluarga tunang aku pula... ok babai.. see you..

areja : cuba berdiri tegak di atas selipar sendiri....sambil melihat banyak lorong  yang perlu aku pergi agar aku dapat mencapai cahaya-cahaya di setiap lorong itu..... boleh kah aku capai semua tu?...

D.I.Y -1- Baju dan Kanopiku

Bab baju ni, takde lah aku jahit sendiri.. hajatnya nak pakai baju kurung moden atau jubah if jubah yang aku cari semuanya tak cukup inci, almaklumlah tinggi aku tinggi model, body jek tak cutting model...suwey punya suwey dalam bulan puasa baru-baru ini akhirnya jumpa juga aku Jubah ni. sangat simple tapi aku suka corak sulaman di jubah ni. cari juga warna putih. tapi tiada stok. lastly warna coklat terus jadi tema aku pada hari tu... Jubah ni dari Mesir suh cutting nye opcoz la orang sana.. tinggi2..so aku sangat lah sesuwaii...  apa yang aku D.I.Y kat sini, belian yang blinking blinking kt baju tu.. haa.. bagi bersinar sket.. so terhasillah jubah tunangku... Tudung siti tu pun last-last dah nak abis stok aku terjumpa celah-celah antara tudung yang bergemelapan dengan batu permata... rezeki aku agaknya hari tu dapat tudung situ kaler pun yang masuk aje dengan jubah aku tu.. harga pun leh lego2 gitu.. huhu rezeki-rezeki.. kalau kt butik mau nye tak seratus lebih..:)


Make Up
15 minit make up tanpa sempadan...... siap setengah jam sebelum keluarga incik tunang sampai... kuss semangat... Alhamdulillah dapat juga vouge time bertunang.. walaupun simple aku tak over sgt yang penting aku nampak cun pada hari bahagia tu... alhamdulillah....

dah berusaha untuk diet di bulan puasa.. huhu.. tapi tetap juga nak jadi miss chubby :)
persediaan kahwin nanti kena usaha lebih nampaknya....

Kanopi pink putih ku...
Lastly kanopi ni sedia maklum lah... memang sah lar aku buat dan hias sendiri. huhu... sejam sebelum keluarga incik tunang sampai baru lah siap kanopi aku.. so wajah aku memang kusam sebab tak sempat nak berehat seketika..huhu.. Tapi aku sempat pergi facial dan bersauna sehari sebelum majlis.. itu yg best!..seri naik bab kate org.. pandai betul cik sah mengurut muka aku..heee.. macam biasa sesapa nak tempah kanopi boleh ke link blog kanopi nie..klik sini

haishh.. aku rasa susunan reben ni salah... inilah kerja-kerja last minute bab kate org... huhu.. ape2 pun i loike white n pink.. terima kasih kepada adik2 ku dan ayahcik dan cik ayu ku yg turut berpanasan membantu menghias kanopi dan set meja makan ni... :)

ALhamdulillah semuanya dah selesai... aku da tak larat nak tulis panjang2 lagi ni...yang aku taip sebelum ni sal hantaran hilang plak..pelik aku.. huhu
asal bercerita mesti panjang panjang penat nak membaca.. tapi terisi .. itu yang penting!.

ok selamat malam...

areja : Incik tunang dah tunggu setengah jam sebab janji nak bergayut dengan dia.. aku asyik hold jek sebab nak siapkan post ni.. huhu.. mesti dia da tidoo....hehee...

Sep 7, 2011

Adap dalam bertunang.



 sumber : pinjam dari google

Assalamualaikum. :)

Aku nak share something untuk diri aku dan juga sahabat-sahabat yang membaca blog aku ni. 

Walaupun hari pertunangan aku ada 2 hari lagi tempohnya elok lah aku membaca adap dalam bertunang ni bagi peringatan buat diri aku sebelum dan selepas bertunang nanti. Agar kita semua mendapat manfaat walaupun yg belum bertunang atau pun yg sudah selamat bertunang ;) Insyaallah aku doakan mudahan akan cepat ke step seterusnya. Insyaallah.

Ini untuk mereka-mereka yang baru settle atau pun telah bertunang. Bertunang merupakan salah satu step penting ke arah perkahwinan yang diidam-idamkan.

Sebelum pergi lebih jauh mengenai isu-isu berkaitan dengan hubungan di antara tunang, mari kita lihat dahulu apakah definasi pertunangan yang sebenarnya.Pertunangan adalah merupakan persetujuan seseorang lelaki atau perempuan untuk berkahwin pada masa akan datang. Ini adalah maksud pertunangan yang sebenarnya. Dalam masyarakat kita hari ini, istilah tunang ini hanya digunakan apabila telah ada persetujuan di antara keluarga kedua-dua belah pihak untuk mengadakan akad nikah pada masa yang akan ditetapkan. Masyarakat kita menganggap bahawa bertunang mestilah melibatkan persetujuan keluarga.


Sebenarnya, istilah bertunang yang sebenarnya adalah merujuk kepada persetujuan lelaki dan perempuan untuk berkahwin dan tidak semestinya melibatkan persetujuan keluarga. Tetapi perlu ditegaskan, definasi ini bukanlah untuk menafikan penglibatan keluarga kerana pada peringkat pertunangan sebenarnya tidaklah ada apa lagi hubungan yang boleh menghalalkan perkara yang diharamkan sebelum mereka diakadkan (hubungan jimak). Ini perlu dijelaskan kerana ada hadis yang membincangkan hal bahawa haram meminang tunangan orang lain.


Hadis Ibnu Umar r.a:

Nabi s.a.w pernah bersabda: Jangan ada di antara kamu yang menjual atas jualan orang lain dan juga jangan ada di antara kamu yang meminang terhadap pinangan orang lain

(Riwayat Muslim:2530)


Justeru itu sebenarnya di dalam Islam, sememangnya wujud hubungan di antara lelaki dan perempuan sebelum berkahwin yang dipanggil tunang. Jadi apa bezanya hubungan "teman lelaki dan teman wanita?" Apakah perbezaan kedua-dua istilah tadi dengan tunang? Kita memahami istilah teman lelaki dan teman perempuan kerana terpengaruh dengan budaya Barat yang terlalu obses di dalam menghalalkan hubungan lelaki dan perempuan. Kerana itulah, istilahnya ada perkataan "teman" kerana hubungan tersebut hanyalah bersifat kawan bukannya bersungguh-sungguh untuk mengahwini lelaki dan perempuan yang menjadi teman istimewanya itu.


Dari sudut hukum, walau apa pun istilah yang diguna pakai untuk mendefinasikan hubungan di antara lelaki dan perempuan sebelum berkahwin, hukumnya hampir sama. Seterusnya marilah kita lihat apakah panduan Islam dalam isu ini.


"Nabi saw memerintahkan pasangan yg akan bertunang itu supaya saling melihat, sabda baginda saw kepada seorang lelaki yg ingin meminang seseorang perempuan Ansar," pergilah lihat, kerana sesungguhnya pada muka kaum Ansar itu mungkin ada sesuatu yg kurang."


(HR Muslim dan anNasa'iy dari Abi Hurairah ra.)


Hadis di atas jelas menunjukan Islam membenarkan tunang tadi melihat di antara satu sama lain supaya perkahwinan nanti tidak menjadikan mereka menyesal seumur hidup kerana tersalah memilih pasangan yang tidak sesuai.


Bagaimana pula dengan syarat-syarat pertemuan tersebut? Pertemuan dgn tunang diharuskan samada ditemankan muhrim wanita, jika tanpa muhrim pun diharuskann tapi hendaklah di tempat terbuka yg tidak mendatangkan fitnah, dengan mematuhi etika pakaian dan adab berbual yg syara'iy.


Ada orang yang akan bertanya; "Jadi tidak apalah kalau pasangan tunang tadi ingin makan bersama di cafe, di kedai makan, pergi membeli belah bersama kerana ia merupakan tempat terbuka? Perlu diingat kaedah bertemu di tempat terbuka hanya dibenarkan bila tidak mendatangkan fitnah. Pada ana fitnah akan terjadi bila pertemuan di tempat-tempat tadi terlalu kerap sehingga menyebabkan pasangan tadi semakin hilang rasa malu dan lupa bahawa mereka belum lagi pasangan yang sudah berkahwin. Malahan kelakuan mereka kadang-kadang melebihi aksi-aksi mereka yang telah berkahwin!



Adakah sedar melihat sahaja? Mana puas? Bila dah bertemu, mestilah ada soalan-soalannya dan ingin bertanya khabar dan sebagainya. Dan bolehkah berbual melalui telefon?


Persoalan boleh atau tidak berbual melalui telefon atau bercakap dengan wanita berkait rapat dengan soal aurat. Adakah suara wanita itu aurat? jumhurul Ulama' lebih kepada menyatakan tidak aurat kerana ia selari dengan prinsip agama Islam sebagai adDin Yusr (agama yang mudah); ini kerana wanita sebagai makhluk sosial seperti lelaki perlu berkomunikasi dalam kehidupan sehariannya, maka jika suara wanita itu aurat, maka sukarlah bagi wanita berkomunikasi. Auratnya suara wanita bergantung kepada kelembutan dan kemerduan suara wanita itu.


"Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertakwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)."


(Al-Ahzab:32)


Imam Al-Qurthubi (tafsir al_Qurthubi dalam ayat di atas menafsirkan bahawa suara wanita bukan aurat kecuali bila ia memerdukan, melunakkan, melembutkan suaranya semasa berhubung dengan lelaki ajnabi." Syaikh Atiyah Saqr, pengerusi J/kuasa fatwa al_Azhar university juga bersependapat dengan ulama' silam tersebut (Seem wal jeem lil Mar'atil muslimah); inilah juga pendapat Prof Qardhawi (Fatawa Mu'asirat). Masyarakat kita juga jelas dalam hal ini (Sila rujuk perbahasan saya mengenai isu "Nasyid wanita").


Dengan hujah di atas maka disimpulkan bahawa Suara wanita tidak aurat dan boleh berbual dgn wanita melalui telefon. Denga syarat dipelihara nada suara dan adab/etika menundukkan jiwa supaya tidak naik syahwat. (Fatawa Mu'asirat).


W'salam.



cik areja : Tak perlulah bertunang lame-lame..... ;)

Sep 5, 2011

Jangan tunggu lama-lama....

Assalamualaikum..

Fuhh... (hembus nafas... bukan tiup nafas eaa..)

Siap separuh 5 jenis hantaran untuk si dia.. dalam masa 1 hari aku mengambil masa untuk menyiap dan memikirkan gubahan apa yang boleh aku buat agar gubahan hantaran aku nampak simple dan comel.. hehe..belum boleh tunjuk lagi...lepas majlis Insyaallah akan aku tunjuk disini ;)

Actually gubahan ni aku ada tiru sikit design kawan aku yang pernah bertunang sebelum ni Miss Dania  (heee.. blog tengah maintainance rupenye...sorry da..) yang becoming to Madam Dania plak lepas ni. Insyaallah.. Entah kenapa suka sangat aku tengok gubahan tu. 


Tapi takde lah aku tiru sebijik-bijik.. So aku gubah ikot kelainan sedikit berbanding yang sebenar. Hand made tu yg penting..walaupun tak secantik yang kedai punye..huhu

Haa.. nak preview sikit design yang aku tengah buat siang tadi.. yang ni tak siap sepenuhnya pun lagi.. tapi aku yg mengada-ngada ni nak tunjuk juga.. hee...tema hantaran aku adalah warna coklat + krim putih.


Gubahan Kain Nikah ( warna di blurkan..hehe)
bunga ros ke bunga mawar ni??? huuu.. taram saja.. belum bungkus dengan kain organza + net lagi nie.. 




Yang ni plak gubahan untuk bekas cincin, see... bekas jarum hanya contoh semata-mata... gambar kedua tu, aku main-main letak riben plak kat keliling bunga tu.. hurmm view tak bape cantik.. akan digubah semula ;)

Dalam tengah aku semangat menggubah hantaran ni boleh plak si dia bagi lagu ni kat aku..aiseyy..


Tarikh pertunangan aku akan diadakan pada 9hb Sept pada hari Jumaat ini, Insyaallah. Semoga tali ikatan ini membawa ke alam kebahagiaan yang aku idam-idamkan. Semoga aku sentiasa berjodohan dengan si dia.


cik areja : semakin hari semakin sayang.....

Sep 3, 2011

Available lagi tak???

Assalamualaikum wbt. pembuka bicara. :)

Ehemm... sila jawab persoalan pada tajuk diatas!!

Alhamdulillah dengan berkat usaha doa istikarah dan tawakkal akhirnya... AKHIRNYAA..... (mau jugak buat ala-ala suprise biarpun dah heboh satu dunia kau!.) Akhirnya aku dah nak jadi tunangan orang... Alhamdulillah... baru tunang orang.. belum isteri orang.. eheee... 
Silalah berubah dari semasa ke semasa ye cik areja! becoming Puan Areja lar plak lepas nie.. adehh~

So, korang sibuk raya aku sibuk buat preparation nak bertunang. semuanya ala kadar... tapi biskut raya semua hand made.. fuhhh... Tapi semua 10 jenis biskut raya bukan hand made tu by tangan aku lah... ofcoz lah ibu kesayangan aku yang semangat lagi jiwa kental dengan oven gedabak die tu.. hehee..

Mood raya dengan baju raya.. itu sudah semestinya kan?? tapi bagi korang.. aku takde pun... mood raya aku dengan baju tunang ado lerr... ehheh... masalahnya baju tunang aku ado ke macam baju tunang??? haa.. nak bercerita lebih lanjut... tunggu lah post akan datang.. aku pun tak tahu dalam kepala hotak aku ni apakah tema tunang aku.. (macam-macam adoo...).. apa yang aku fikirkan pun tak tahu lah..

Waktu bulan puasa, last minute ok.. time tu lah aku tengah final exam, time tu lah aku baru dirisik, time tu lah memikirkan tarikh pertunangan, time tu lah nak buat estimated cos pertunangan, macam macam lah aku fikir dan prepared beli itu ini.. lastly bercampur aduk dan tangkap muat aje. kalau jadi lelaki senang plak semuanya serah pada parents dan tempah.. macam aku ni lebih elok guna 'air tangan' sendiri.. orang kate air tangan tu lebih membawa erti... hehe betul ke tak ni? (korang betul-betulkan ajelah ea..)

Ok lah aku da malas nak berloyar burok.. eheh.. neway tengah try guna template blog yang new version ni.. clear and smooth, tapi masih byk kena survey.. korang try lar guna, dari mengadap version lame jek..boring juga kan..



siblings ;)

Akhir sekali aku nak ucapkan selamat hari raya buat sahabat-sahabat di luar sana, sahabat-sahabat blog dan yang mana mengenali aku dan aku tidak mengenali korang.. eheh... disini, aku minta maaf andai ada terkasar bahasa (memang ade pon...), tersalah taip, tersalah kata, tersilap makna atau terbuat salah pada korang, maafkan lah aku, dari hujung rambut sampai lah ke hujung kaki.  Semoga di hari lebaran ini sentiasa meninggalkan kenangan terindah buat korang juga aku ;). Insyaallah. Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Cik Areja :  Doakan kebahagiaan aku ye kawan2... Dan.. Dann...Ketenangan agar debaran hari 'ikatan' itu tidak membuatkan jantung aku nak terkeluar dan bergolek depan bakal mertua aku pada hari itu nanti... :D semoga selamat semuanya... Insyaallah.. aminn


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More