Love, like a river, will cut a new path whenever it meets an obstacle. - Crystal Middlemas -

There is only one happiness in life, to love and be loved. - George Sand -

"Enemies, as well as lovers, come to resemble each other over a period of time."

"It takes years to build up trust, and just seconds to destroy it.."

You know you are in love when you see the world in her eyes,and her eyes everywhere in the world.- David Levesque -

Love is like magic And it always will be.

Love is unselfish,Understanding and kind,For it sees with its heart And not with its mind!!

When you love someone,all your saved-up wishes start coming out. - Elizabeth Bowen -

Showing posts with label Bussiness. Show all posts
Showing posts with label Bussiness. Show all posts

May 6, 2014

Rezeki anak...

Assalamualaikum wbt

Kalau ku coretkan kisah hati.  Ba;)

Snyak plak nak ditan:):)gisi.. baikku coret kisah dunia sahaja..

Alhamdulillah 4 tahun sepanjang aku membuka perniagaan kanopi, Allah mencurah - curahkan rezeki kepadaku. Berkat gamatnya berniaga selepas berumah tangga. Orang kata berniaga dan ,encari sumber rezeki selepas alam perkahwinan itu lebih berkat.. sejauh manakah kita boleh percaya dengan kata kata ini??

Alamilah sendiri..!
Insyaallah.. bibir anda akan sentiasa ucap syukur.. syukur Alhamdulillah dengan nikmat rezeki yang engkau berikan ini...

Disamping itu.. nikmat rezeki yang diberikan jangan lupa dikongsikan pada yang memerlukan... lagi banyak kita memberi, lagi banyak Allah memudahkan rezeki kita.. Alhamdulillah..


Alhamdulillah anaqi pon dah genab 10 bulan 10 hari 
Dah belajar nak berjalan sendiri dan tumbuh dah gigi 2 btg.. syukur alhamdulillah...
Semoga membesar dgn sihat anak umie n abie.. dan menjadi anak yg soleh nanti. 

Sep 14, 2011

D.I.Y -1- Baju dan Kanopiku

Bab baju ni, takde lah aku jahit sendiri.. hajatnya nak pakai baju kurung moden atau jubah if jubah yang aku cari semuanya tak cukup inci, almaklumlah tinggi aku tinggi model, body jek tak cutting model...suwey punya suwey dalam bulan puasa baru-baru ini akhirnya jumpa juga aku Jubah ni. sangat simple tapi aku suka corak sulaman di jubah ni. cari juga warna putih. tapi tiada stok. lastly warna coklat terus jadi tema aku pada hari tu... Jubah ni dari Mesir suh cutting nye opcoz la orang sana.. tinggi2..so aku sangat lah sesuwaii...  apa yang aku D.I.Y kat sini, belian yang blinking blinking kt baju tu.. haa.. bagi bersinar sket.. so terhasillah jubah tunangku... Tudung siti tu pun last-last dah nak abis stok aku terjumpa celah-celah antara tudung yang bergemelapan dengan batu permata... rezeki aku agaknya hari tu dapat tudung situ kaler pun yang masuk aje dengan jubah aku tu.. harga pun leh lego2 gitu.. huhu rezeki-rezeki.. kalau kt butik mau nye tak seratus lebih..:)


Make Up
15 minit make up tanpa sempadan...... siap setengah jam sebelum keluarga incik tunang sampai... kuss semangat... Alhamdulillah dapat juga vouge time bertunang.. walaupun simple aku tak over sgt yang penting aku nampak cun pada hari bahagia tu... alhamdulillah....

dah berusaha untuk diet di bulan puasa.. huhu.. tapi tetap juga nak jadi miss chubby :)
persediaan kahwin nanti kena usaha lebih nampaknya....

Kanopi pink putih ku...
Lastly kanopi ni sedia maklum lah... memang sah lar aku buat dan hias sendiri. huhu... sejam sebelum keluarga incik tunang sampai baru lah siap kanopi aku.. so wajah aku memang kusam sebab tak sempat nak berehat seketika..huhu.. Tapi aku sempat pergi facial dan bersauna sehari sebelum majlis.. itu yg best!..seri naik bab kate org.. pandai betul cik sah mengurut muka aku..heee.. macam biasa sesapa nak tempah kanopi boleh ke link blog kanopi nie..klik sini

haishh.. aku rasa susunan reben ni salah... inilah kerja-kerja last minute bab kate org... huhu.. ape2 pun i loike white n pink.. terima kasih kepada adik2 ku dan ayahcik dan cik ayu ku yg turut berpanasan membantu menghias kanopi dan set meja makan ni... :)

ALhamdulillah semuanya dah selesai... aku da tak larat nak tulis panjang2 lagi ni...yang aku taip sebelum ni sal hantaran hilang plak..pelik aku.. huhu
asal bercerita mesti panjang panjang penat nak membaca.. tapi terisi .. itu yang penting!.

ok selamat malam...

areja : Incik tunang dah tunggu setengah jam sebab janji nak bergayut dengan dia.. aku asyik hold jek sebab nak siapkan post ni.. huhu.. mesti dia da tidoo....hehee...

May 22, 2011

28hb itu hari 'ngeri' aku.

5 helai borang menunggu masa untuk aku mengisi sebut harga semenjak kelmarin. aku buka aku tutup, aku buka aku baca aku tutup balik.. rasa malas nak memikirkan kuantiti dan harga yang perlu aku letak mengikut sfesifikasi yang dikehendaki dalam borang sebut harga  projek jkr ni. last date untuk submit quoatation ni 24hb May ini. *masih sempat..hehe

28hb May....
Baru sahaja lepas menghubungi affin bank (bank loan kereta aku) untuk renew roadtax BeeOren aku yang akan tamat 28hb May nie.. dan 28hb ni juga lah start tutorial 1 bagi semester May (semester 2, tahun 3). Assignment pun aku dah dapat masih belum mulakan yang mana aku nak mulakan. mentang-mentang lah semester ini aku just ambil 1 subjek sahaja *neway dah abis subjek teori aku.. tinggal projek sahaja..yeehaaa.. so aku masih berlengah-lengah.. huhu *sila insaf...

28hb May ni juga..
Undangan-undangan perkahwinan untuk 3 pasangan sahabat-sahabat sekolah dan sekerja aku di KL dulu. Alhamdulillah. haishh sempat ke tidak lah aku nak pergi semua ni? dengan kelasnya di pagi hari. undangan kenduri lagi sebelah petang untuk 3 tempat, mak aihh boleh kembung perut aku makan nasi minyak sahaja..

Nasib la Job pemasangan kanopi akan dibuat lebih awal so 26-29hb adalah hari paling aku sibuk. 


fuhh...

asik sibuk dengan majlis orang sahaja.. majlis aku entahlah bila... :(

May 5, 2011

Kebaya Indonesia untuk dijual

Assalamualaikum readers...


kebaya-kebaya yg cantik kat bawah ni aku nak jual, serius masih baru dan fresh dari Indonesia.
tujuan aku jual sebab nak beli kebaya lain, so sesiapa berminat boleh email aku. hnhilhament@yahoo.com

Eloklah untuk korang-korang yang tengah planning nak bertunang ke, kahwin ke, atau event-event yg memerlukan kebaya... hehee...



 warna item : Putih
 warna labuci : Kelabu kilat
 harga : RM160.00 (free postage)


 warna item : Maroon
 warna labuci : Maroon kilat
 harga : RM160.00 (free postage)


 warna item : Putih
 warna labuci : Pelangi kilat
 harga : RM170.00 (free postage)

 Ok sekali lagi, sesiapa yang berkenan boleh email aku kathnhilhament@yahoo.com
Sesiapa nak sewa kanopi boleh terjah ke blog ini juga... CANOPY SERVICES

Apr 27, 2011

mencari cinta baru...

 yang mana satukah pilihan hati ku??....

hancur berkecai rasanya... apa bila ia sudah tidak bernyawa lagi...
teman seperjuanganku, sepermainanku....

*humm buang tebiat...

Hp aku ni  genab 2 tahun aku pakai iaitu Sony Ericson k770i pada bulan april ni ha....
oleh kerana aku ni semakin hari semakin kuat bergayut, dan sememangnya aku jenis yang malas nak menaip msg kecuali ada keyboard, baru lah aku rajin nak menaip... hehee...terusan Hp aku tu menjadi nazak dan menghembuskan nafas terakhir setelah belum selesai aku say 'good nite & sweet dream' pada si pemanggil  itu....hhahaaa.... macam tak sempat mengucap jek hp aku mati pada waktu tu... :(

ok dalam aku dok suwey hp 2-3 hari ni.. hmm tak juga dah berbulan-bulan kot aku suwey hp, semakin hari ada sahaja hp android yang keluar dan semakin canggih.  Lagi-lagi spec dia yang dah semakin upgrade dengan sistem kelajuan dan application yang lebih canggih.. So siapa yang tak gila kan dgn gadget seperti ini?

tunggu duit sahaja... pasti ada depan mata apa yang kita nak tu....huhu..

macam biasa aku sukakan Hp skrin dia besar, slim shaddy, tak banyak songeh, function yang mudah dicapai, senang nak taip msg dan lastly camera dia best..tapi takde lah se best dslr kan.. yg tu lain erti kata plak. ni Hp.. bukan dslr yek... lagi satu Android yg aku nak ni biarlah boleh comunicate dgn business aku.. itu yg penting..

bila aku jelaskan menda-menda macam ni kat ayah aku.. dia takkan faham.. dan tak nak hp aku lebih mahal dari hp die.. wahahahah.. sebab tu dia bagi aku budget kurang dari hp die.. *mau tergelak pun ade nieh..* so selebih nya aku kena tambah sendiri.. lagi satu ayah aku memang mengajar aku dan adik-adik aku untuk memiliki barang sendiri, silalah berusaha sendiri.....So, berusaha lagi lah ni untuk memiliki apa yang aku idamkan...

Yang penting aku kena sabar dan bersabar.... so, aku tgh redhoo memakai Hp nokia 105 nie... yg baterinya tahan 1 jam, itu pun kalau aku tak guna untuk calling2...klu calling2 tak sampai 5 minit dah mampos....huhu... saboww jeklah ....


Iphone 4 ni memang rasanya aku tiada harapan nak pakai... huhu.. disebabkan semuanya main kontrak kontrak.. so tiada rezeki lah ko Iphone nak bertuankan aku.. :P


Samsung galaxy s2, baru je keluar. fresh lagi nie... cun gak, function nye pun lebih kurang dengan android lain, tapi aku masih tak berkenan jugak.. entah kenapa.. mungkin pengalaman dari ayah sedara aku yang pernah pakai brand samsung kot.. *malas nak cerita..

Semalam aku dah survey SE Experia Arc nie, function, camera semua best, tapi slow...


Maybe HTC Disire hD ni jodoh ngan aku dah kot.....heh hehhh....
tunggu ye.. aku p masuk meminang...tak lama jek lagi.. sabow2... :D

ok, sekian kererapuan dari Cik Areja ;)

Cik Areja note :  Boleh kah lagi aku bertahan???

Apr 26, 2011

Oh, aku dilamar cinta kanopi......

Tiba masanya untuk aku fikirkan mengenai blog aku yang sentiasa sunyi dan sepi apabila aku dilanda kesibukan.. 

Alhamdulillah, final exam aku dah abis hari ni (last day)...Yes! aku dah MERDEKA! MERDEKA!


kenapa decoration meja & canopy macam ni pernah muncul dalam mimpi aku eh?? 
cuma lokasi sahaja berbeza... wass wasss debabasss......santek kan? decoration macam ni lah yang aku dok bayang-bayangkan canopy aku nanti sebelum nieh... dengan lilitan daun2 tuh.. huihh mantap! Garden Style.. sila belajar dan buat deco seperti ini jika anda mampu :) Insyaallah...!

Aku tabik pada blog ini dan gambar ini juga sumber daripada blog ini... Decoration untuk wedding event semua mantap abis.. i loikeee!


WOoo..woo MERDEKA itu untuk seketika sahaja.. bukan untuk selamanya.. kalau selamanya, ofcoz target aku planning untuk berumah tangga la pulak.. hak3..dengan decoration pelamin, baju, guesst canopy, table set, hantaran,  sesi photoshoot gempak punye....


ehem..ehem...(tampar pipi sendiri jap!)..owh bermimpi rupanya...

Ehh...ehh itu bukan prince charming aku tuh! salah orang...hohooo
Cuma aku suka lokasi photoshoot yang diambil atau dibuat oleh ayah sedara aku sendiri, pakcik aku ni dah otai.. lama sudah dia berkecimpung dalam dunia photografer, so semakin lama semakin cantik gambar-gamabr dia, otaii dah nie.. rumah besaw, kereta besaw, bini besaw..ehh silap.. bini die cun...
Lokasi di Terengganu jek nie...tapi entah kat mana.. akan aku cari jugak nanti nieh... ;)

Ofcoz lar tidak lagi utk semua itu.. masih bermimpi-mimpi lagi rupanya...adehh...belum mencapai ke arah itu walaupun sudah mengigaukan si 'prince charming' yang segak-segak itew.. ;) 
 (lagi sekali tampar pipi kiri kanan aku nie!..buang tebiat dah nie...!

Neway, masih ada 2 semester untuk aku tamatkan study aku kat OUM ni.. fuhhhh... kusss semangat...cepat lah masa berlalu untuk aku mendapatkan segulung ijazah dengan bangganya nanti.. Insyaallah.. :)


Aku tak tahu nak cerita apa malam nie (dah byk aku bercerita kt atas, masih tak tahu lagi nak cerita apa?hampehh..).... nak cerita bab kanopi aku tu ofcoz lar sememangnya tak sudah-sudah, nak update pun tak ada bahan, kalau aku cilok gambar-gambar dalam google kang ade yang cakap aku ni memplagiat hak cipta terpelihara, kalau aku letak resources dari mana pun rasa tak ORI sebab bukan hasil kerja tangan aku yang kreatif itewww....(sekali lagi bg pelempang kt muka dak nieh!..haishh).. 

Seriousss aku memang tak suka mencari pasal dengan mencilok hak cipta terpelihara orang..  So, apa yang kau hendak biar lah aku usahakan sendiri. walaupun sedikit lambat atau maybe terlebih lambat......redhooo....janji aku dapat apa yang aku nak...tak gitu kawan-kawan? :) so rerajin lah korang datang menyemak kat blog business aku ni ye..
Maaf lee, blog kanopi aku masih under construction..masih tak byk gambar untuk dijadikan sumber inspirasi pada client aku
Aku masih baru dalam business nie.. :) sila menyokong..hehe.. kamu dan kamu yang membaca adalh sumber inspirasi aku untuk aku majukan business aku ni. Insyaallah :)

 
Sumber  : Mr. Google..tq


Sumber  : Mr. Google..tq

Ini lah Transparent Arabian Canopy tu.. rental dia ofcoz lar bukan harga biasa-biasa okey.. lingkungan RM300 keatas berdasarkan reseach aku lah tadi.. Dan kalau aku nak buat sewa kanopi seperti ini di Terengganu agak-agak ada orang tak nak sewa ngan aku kanopi sebegini??? nak suh ayah aku buatkan kanopi macam ni no problem kot ;) (ofcoz lah sebab aku juga menjual dan membekal kanopi..hehee)

Dalam asyik aku buat servey decoration canopy ni macam-macam style lah aku jumpa, dan yang latest jenis Transparent Arabian Canopy (spt gambar diatas).. haishh maybe sekitar pantai timur ni kurang sket kot rental untuk jenis canopy macam ni, almaklum lah kebanyakkan buat majlis di siang hari, kalau disiang hari tu tiada matahari tak mengapa juga, ni panas terik siapalah nak pakai transparent canopy kan? melainkan majlis itu diwaktu malam then dihiasi dgn lampu lip lap candlelight huihhhhh.... dengan decoration ala-ala white lace tale tu.. sweet garden....

Then...

Lepas tu mula lah aku berangan-angan nak kan majlis aku ala-ala style macam tu, kemudian ditambah lagi aku merapu dengan decoration yang indah - indah di hari majlis aku... aku tak terfikir pun jenis dress apa yang aku nak pakai, tapi fikirkan decoration hantaran, guess canopy, vip table set decoration, pelamin decoration, make up, Hand bouquet dgn orchid fresh flower...mak aihhhh..aihhh aihhh!! ~pengsan~


Sumber  : Mr. Google..tq

Haishh.. Hand bouquet ngan orchid fresh flower idamanku.....Kalau permintaan seperti ini dgn ibu aku, agak-agak dia pengsan tak? sebab dia peminat orkid tersohor... miahahahaa....siap dengan hantaran pun deco nye bunga orkid juga.. hohooo

See.. see.... seriousss aku dah memang betul-betul nak kene penampar lagi pelempang kat pipi muka aku ni, nampak sangat dah ada ala-ala fairy tale yang tengah  berterbangan di sekeliling aku nie.....huishh

cemane lah aku nak upadate blog business aku dengan sebaik mungkin?? kalau setiap kali aku buat research mesti berangan ke tahap baik punya mimpi.. kalau betul tak mengapa juga.. ini tidak... hohoooo....

Then mulalah lepas tu aku menjadi malas..... so, masih terbengkalai lagi.. tapi jadual job aku tersusun rapi tau! client service mesti pantas bertindak... :) harga rental aku standard mengikut harga pasaran dan ada diskaun sempena cuti sekolah.

korang-korang yang dah nak menamatkan alam kebujangan tu, dan memerlukan canopy silalah calling2 aku di no ini 013-9868904 atau 017-9737986 (Cik Areja) atau email sahaja hnhilhament@yahoo.com..

sekian merapu meraban dari cik areja di malam kemerdekaan exam :D

cik areja : Owh prince charming.. aku merindui mu..dushhh! (ambik kau penumbuk satu!)

Mar 30, 2011

SEWA KANOPI MURAH vs PAGAR ANTIK

 
logo hak cipta terpelihara HNH ILHAM

Mencari pakej murah untuk sewa KANOPI?? ARABIC style? ber style-style???
meh singgah blogshop cni


harga terbaik sempena promosi cuti sekolah pertengahan tahun nanti... terhad sampai bulan JUNE sahaja..

Booking tarikh anda segera!!


hubungi cik areja : hnhilhament@yahoo.com atau 013 9868904 / 017 9737986


  
logo hak cipta terpelihara Kejuruteraan RZA 

Inginkan rumah anda dihiasi dengan pagar yang menarik? antik? berbunga-bunga? berdaun-daun? mempunyai citarasa elegant? mewah? dramatik?, Apa yang penting keselamatan rumah anda adalah diutamakan.... mehhh sini mehh sinii...... singgah di blogshop saya


anda boleh buat sebarang pertanyaan harga, material dan sebagainya mengikut citarasa style yg anda inginkan.. :)

hubungi cik areja : kejrza@yahoo.com atau 013 9868904 / 017 9737986

Cik Areja : apsal kuning-kuning jek semua ni?? kanopi kuning, rumah kuning.. tapi cantik kan?? hehee

Mar 22, 2011

Jiwa kacau..cuainya aku..

Assalamualaikum wbt..
apa khabar blogger ? hope sihat semua.. cuaca pun alhamdulillah hari ni Terengganu tidak hujan, hanya mendung seketika dan panas seketika.

Apa kena dengan tajuk post aku kali nie???
Entah lah, aku pun tak tahu sejak akhir-akhir ini ada sahaja masalah pengurusan kerja aku dengan client dan beberapa egensi government dengan sedikit kecuaian yang menyusahkan diri aku sendiri. *hampeh!*

 Sumber : http://gallery.minitokyo.net


CUAINYA AKU...
baru-baru ini, penyata dari KWSP sampai di pejabat RZA *office tempat aku bekerja la*  Big Boss a.k.a ayah aku cek caruman penyata semua salah pekerja dan majikan.  Aku pun hairan cemana lah aku boleh tersalah tulis, yang kwsp pun satu, ikut jek apa yang aku salah buat tu.. hahaa... cuma terbalik sahaja, caruman pekerja ditulis pada caruman majikan dan sebaliknya.  langsung aku kena buat surat dan pembetulan terus hantar ke kwsp pagi tadi.


Lepas tu dengan client pula, ada pesanan (LO-Local Order) aku tersilap taip nama bahan dalam invois, itu pun kena panggil tukar invois baru, adoi la.. dah la jauh ke tempat client tu.  mau aku tak pecut 80-130km/sjm. dalam 10minit aku dah sampai kat tempat client tu,  yang sepatutnya mengambil masa perjalanan dalam 20 minit sebenar.ofcoz kereta sangat banyak.. tapi pandai-pandai lah menyelit... heheee...

3 kali dalam seminggu ni aku dok mengulang alik ke gong badak bertemu client, dan hari ni pula invois aku tertukar dengan invois client, invois aku tu tak bertanda tangan pengesahan dari aku, mungkin aku terlepas pandang semasa aku banyak yang kena tanda tangan baru-baru ni. Manalah aku tak pening sekali dapat LO 5-7 keping.. orang kata masyukk kalau dapat LO (Local Oder) ni, Of Coz lar.. Alhamdulillah.. tapi yang mengurus ni pening semacam.....

erghh.. CUKUPLAH 2-3 minggu ni aku kelam kabut dengan kecuaian yang menyusahkan aku nie...

 
 Sumber : google
PAKCIK OH PAKCIK
hari ni semasa aku On the way ke gong badak jumpa client aku tu, nyaris nak terlanggar seorang pak cik depan pasar bukit besar Kuala Terengganu.  yang aku hairan boleh pak cik tu lepas beli paper terus dibaca, then masa nak melintas langsung tak tengok kiri kanan, jalan jek ikut suka hati dia.  aku yang tengah sedap memecut laju dari jalan yang renggang tiada kereta membreak sehabis-habisnya kereta aku tu.. mungkin ada bunyi kesan tayar kereta aku semasa break tadi.. fuhhh kussss semangat!



TEPUK DAHI tiada MOTIF
Dari jauh aku lihat pakcik tu aku dah bagi lampu dan dalam masa yang sama aku perlahankan kereta, ingatkan dia tengok la semasa melintas, tapi hampa, hampir aku dekat dengan dia, baru lah dia perasan, time tu lah die terkinja-kinja depan kereta aku, lepas tu boleh pulak dia gelak-gelak.. mak aihh pakcik ni tak reti bersyukur ke yang dia tu selamat dan hidup lagi... kalau takk.... hurmm.. Innalillah lah kamu!,

Waktu tu aku dah berenti tabik baikkk punya mintak dia jalan/melintas dulu, *jantung aku berdegup 100km/sjm dah time ni* mati aku kalau terlanggar orang, walaupun bukan aku yang salah.  Aku nak bagi HORN, takut pakcik tu ada penyakit jantung ke ape ke,lagi satu, aku ni respect (hormat) pada orang tua, so tak nak lah tidak bersopan dijalan raya, kan gitu..  Terus je aku angkat tangan tepuk dahi aku  huhu.. aku pun tak tahu kenapa aku tepuk dahi aku...memang tiada motif...

Kalau lah aku horn tadi, tak sempat dilanggar dah mati kena terkejut oleh horn. susah plak... bg lampu pun tak nampak.. may be rabun agaknya... haishhhh... orang tua orang tua.. sabaww jerkk lah....

*perlu kah saya memimpin pakcik semasa melintas selepas membeli surat khabar dengan secara tiba2 sahaja pakcik melintas tanpa menoleh kiri kanan dahulu??*

Selamat Datang ke Blog baru saye.. sila layari HNH ILHAM ENT.

Jan 2, 2011

sendirian 2011

Belum terlambat aku nak ucapkan SeLaMaT TaHuN BaRu 2011 buat semua pembaca..
bermula tahun baru semua orang akan menyimpan azam.. alhamdulillah begitu juga aku...

 
Semoga azam yang ditanam menjadi kenyataan...

Azam untuk diriku ohh masih begitu....
haha.. aku rasa macam aku tidak mahu menyimpan apa-apa lagi azam untuk tahun 2011 ini. Biarkan ia berjalan dengan sendirinya.. biarkan takdir yang menentukan. aku hanya menjalani kehidupan aku seperti biasa.  menyambung segala aktiviti yang sudah aku rancang...


Seperti biasa setiap soalan mengenai ke alam rumah tangga...
sentiasa membingitkan telingatku dan membebankan mulut serta lidahku.. apatah lagi hati untuk menjawab pelbagai soalan mengenai itu... bukan aku tidak usaha.. biar saja Yang Maha Mengetahui menentukan segalanya....


Pengajian ku di Tahun 2011..
Alhamdulilah tahun ini adalah tahun terakhir aku belajar. hanya ada 2 semester. dan aku target dengan 2 paper yang aku terpaksa mengulang exam tersebut akan aku catch up pada 2 semester terakhir aku ini.. Insyaallah aku akan cover sehabis baik. ini sahaja peluang yang aku ada.


Syarikat baruku yang masih tergantung...
Borang mendaftar nama syarikat sudah 3 bulan siap aku isi.. tersimpan rapi dalam laci meja di pejabatku.. tapi masih belum aku submit.. entah mengapa beratnya hati... pelbagai dugaan yang mendatang, pelbagai kata dan pandangan mengenai setiap perniagaan yang aku ingin buka... sentiasa melemahkan semangat aku...
adakah perniagaan yang aku ingin ceburi kalini ini akan menampakkan masa depan aku nanti?? perlukah aku takut dan tidak yakin lagi dengan setiap kata dan pandangan yang mendugakan reputasi perniagaan aku kelak?  Tahun ini aku perlu teruskan dan abaikan segala pandangan negatif tersebut.Ya! aku tidak perlu menangguh lagi...... Ya Allah kuatkan lah semangatku.. berikan lah aku kemudahan agar setiap kerjaku berjalan dengan lancar.. amin...


Kewangan yang mengikis hati nurani...
Semakin hari semakin aku bermasalah dengan kewangan.... bukan sifatku yang suka menyusahkan kedua ibu ayah aku. Juga sahabat-sahabatku. terasa diriku teramat tidak berguna untuk membalas budi ibu ayah yang telah 24 tahun membesarkan diriku dan menjaga ku... terasa diri ini anak yang masih tidak boleh menanggung ibu dan ayah.. walaupun ibu ayah aku masih mampu...  aku juga seperti anak-anak yang lain teringin juga untuk menghulur penat lelah kerjaku kepada orang tua.. agar mereka berasa gembira... tapi apa dayaku... makan pakai masih ditanggung ibu ayah... gaji yang tak seberapa sekadar cukup membayar loan study, kereta dan bil2 ku..terasa kadang itu aku alpa.. alpa dengan nafsu hati sendiri.... bukan aku tidak beringat.. tapi aku degil masih ada sifat kepentingan diri sendiri... biarlah masalah ini hanya di tahun 2010..bukan lagi di 2011... kini aku sudah dewasa.. dewasa yang meningkat 25 tahun......


Sahabat tercinta...
Terselit indah.. bersahabat bagai lara yang tersetia... Sedikit kata, kelu lidah menelan pahit di jiwa... ada juga sahabat bagai cerita indah mengukir senyuman melayang hingga ke awangan... terindahnya pertemuan itu..  *senyum* 

Hidup yang kadangkala dilanda kesepian mengundang jiwaku mencari pengisi teman.  bukan lagi Mr.right.. tetapi seorang gadis yang dianggap teman luahan jiwa... Aku tersilap langkah... sahabat disalah ertikan.... diri ini tahu akan kesudahan ceritanya terjadi sesuatu yang memudaratkan... akhir 2010 mengakhirinya.... 2011 moga ada sahabat yang lebih memahami.... biarkan sahabat-sahabat itu bahagia dengan sendirinya.....


Sahabat pengubat rindu....
Mr.Right yang aku dambakan hanya khayalan.... mengapa masih aku berjumpa insan yang susah untuk memahami cinta Ilahi?? kenapa sentiasa ada halangan diriku dan dirinya??  Biarlah rinduku ini pergi dibawa angin... cinta tiada yang setia melainkan cinta Ilahi.... hanya pasrah menanti pengubat rindu Ilahi... biarkan aku bersendirian... dan hanya berdoa menyembah Keagungan Tuhan....

"andai kasih tercipta kerana NYA, lengkapkanlah... andai kasih hanya berpada-pada..leraikanlah.... biarkan diri ini bersendirian... jiwa meronta kasih nan abadi... akan cinta Ilahi...." ~Cik Areja

Sendiri ~ May



Dinginnya di malam ini
Suasana pilu
Terkenang daku kembali
Sejarah silam

Setelah engkau pergi
Sepi hatiku
Terpadamalah api cinta
Musnah harapan

Mengapa engkau sanggup
Mengubah fikiran
Hanya kerana
Peristiwa itu

Kau hancurkan kota cinta
Yang kita bina bersama
Di masa Yang lalu

Kini aku terus tersiksa
Oleh kepalsuan cintamu
Tinggallah aku sendiri
Menanggung derita ini

Setelah engkau pergi
Tertutup hatiku
Tak mungkin bercinta lagi
Biarku sendiri

Oct 22, 2010

8 days 25 hours...dan Landskap yg korang suka

Salam..

Masa masih terasa suntuk.. banyak nya perkara dan agenda yang masih belum selesai.

Alhamdulillah kursus yang aku sertai baru-baru ini selesai jua. cuma sijil masih belum dapat. masih dalam proses signature di Kuala Lumpur. baru tahap 1. nak sambung ke tahap 2.. huhu tak tahu lah aku ni boleh ke tak.. masa tu masih mengizinkan atau tidak? Tapi kursus tu sangat best.

Haa.. sesiapa yang nak Taman tema air boleh lah hubungi aku.. ehh macam besar jek taman tema air.. huhu.. Okey sesiapa yang nak kan air terjun luar atau dalam rumah, taman atau landskap tumbuh-tumbuhan, kolam ikan dan sebagainya yg berkaitan boleh hubungi aku atau email saja di kejrza@yahoo.com

Waterfall, Lakes District Pictures, Images and Photos
Indahnya...

Waterfall model landskape.. budget RM500 - RM30,000 untuk ruangan rumah dan dalam rumah. kalau luar kita bincang harga lain mengikut spesifikasi yang dikehendaki pelanggan. ;)



Bagi tahu saja landskap cemane yang korang nak? aku akan sediakan sebut harga terbaik punya untuk korang! okey..!

Penat di badan masih terasa.. belum hilang lagi.. kelas OUM macam biasa setiap 8am sehingga 4pm, Alhamdulillah lecture aku sorang tu dah ubah jadual bagi awal sket kelas.. kalau tak pukul 7pm baru abis.. huhu..

Assignment aku yang satu tu pun belum start lagi nak buat.. entah bila nak mula.. bahan dah aku cari.. tapi nak mengarangnya...?? best lagi mengarang blog kot.. ahahaa...

okey.. g.t.g.... nak tidur lagi ketiduran.. sememangnya aku semakin kuat tidur dan makan pun kuat.. adehhh..

Oct 17, 2010

Tukang Kebun baru nak menjadik!

Alhamdulillah kursus yang aku sertai hari ni berjalan dengan lancar. walaupun aku seorang perempuan.. *mcm tak biasa pulak* dah banyak aku sertai kursus sebelum ni juga aku saja seorang perempuan melayu terakhir gitu...*ketawa*


ecece.... smile alwayz

Mungkin kursus yang kalini sedikit berbeza, penyertaan yg tak seberapa ramai.. 3 orang lelaki berkopiah putih walaupun ada diantara mereka sebaya aku, dan seorang trainer juga berkopiah putih. :) membuatkan aku terasa aku lah seorang perempuan muslimah sejati.. ekeke.. *senyum...*
walaupun hari ini aku berkurung moden biru torqois ala-ala mak datin...

Landskap..
Ya aku menyertai kursus Landskap. bidang yang kurang menjadi perhatian di Terengganu pada kontraktor-kontraktor yang sudah lama bergiat dalam business kontraktor nie. Hanya segelintir dari mereka yg melibatkan diri secara langsung. bagi mereka melibatkan diri dalam industri Landskap adalah seperti tukang kebun. tapi bagi mereka yang betul-betul mengetahui apa itu landskap dan business akan mendapat pulangan yang berlipat kali ganda.. hanya yang bijak mencari 'kabel' dan sebut harga yang baik akan merasa gahnya bila Masyukkk....

Beautiful Landskape Pictures, Images and Photos

Beautiful Landskape Pictures, Images and Photos

Sunken Gardens - Butchart Gardens Pictures, Images and Photos

Hunington Gardens, LA CA Pictures, Images and Photos

Source: Copy from photobucket.com :)

Baru aku tahu.. nak mencipta sesebuah Landskap bukan mudah dan juga bukan lah susah, apa yang perlu semangat dan minat yang kreatif..
terdapat 2 jenis Landskap satu Formal dan satu lagi tak formal. cuba kawan-kawan teka yg mana satu formal dan yg mana satu tak formal? hehehe

Minat..
Sememangnya aku amat meminati Landskap, walaupun aku yang jenis malas hendak bertanam-tanaman.*tp sekarang aku dah rajin bertanam dan membuat sedikit taman di tepi garaj kereta rumah ku :)* Apa yg aku lebih suka seperti merekabentuk pokok2, taman dan bunga-bunga menjadi satu landskap yang menarik, walaupun bukan di tanah, di pasu atau di tepi longkang dan kolam ayah aku skali pun.. aku akan menconteng arang pensel atau pen yg aku pegang pada masa itu di buku-buku, kertas-kertas atau di nota-nota yang sepatutnya aku catitkan nota menjadi satu permandangan yang menarik di mataku... lagi-lagi sebatang pokok. dan aku suka melukis pokok, dan aku suka melihat keunikan pokok2.. *senyum*

aku Serabut.. dan mereka BerLuCAh dalam SuRaU!!

"Wehh! sape beli kasut baru nie???" satu teriakan dari arah pintu surau.
"weh.. mung ni! shyy.. (sambil melirik mata padaku)

time ni aku berehat dalam surau staff-staff ABM Jenagor, dan bersolat Zohor.. teriakan yg menegur sepasang sepatuku telah meyentak hati aku yang ketika itu sedang memakai telekung sembahyang. sudahlah, sebelum aku mengambil wuduk staff2 ni mengumpat dan bersembang ibarat bilik surau itu bukan tempat untuk bersolat. Masyaallah, aku hanya bersabar dan bersabar.... dan tiada perkara yang lebih penting untuk mereka bualkan selain dari perkara-perkara ini

1. Baju (design, Manik, labuci, jenis kain, sutera creap, harga?, dry cleaning, dobi mane? kt situ tak ok, koyak baju bla2.., berlian banyaknye.. sikitnyee..., ketat ke tak?seksike?)

2. Emas ( Rantai, gelang dan cincin klu ada gelang kaki masuk skali kot)

3. Laki Orang dan Bini dia sekali.(cantik bini dia.. pakai baju gitu bla.bla...)

4. Nak balik kampung ke tak?


Adehhh.. mcm aku terdengar... aku bukan nak dengar sangat.. tp kalau dah ukuran bilik surau tu besar 15' x 12' berbisik pun bole dengar.. apatah berbual beramai2 macam tu, lingkungan 6 orang wanita-wanita bekerjaya termasuk aku 7 heh.heh..tp aku adalah wanita yg terasing dalam surau itu... dari aku start ambik wuduk, solat dan bersiap untuk ke bilik kursus, itu pun tak siap bedak lagi kat muka aku ni aku dah blah.. serabut sangat dengar mereka buat ketupat.. so aku sambung touch up muka aku ni di bilik air sahaja.. lega....tanpa gangguan bla..bla tadi...

Aku tak faham.. kenapa staff Government mesti akan bualkan perkara ini selain dari perkara yg lebih penting dari perkara diatas??? (aku tak maksudkan pada semua, mungkin kebanyakkan yg aku jumpa seperti ini)

seakan mereka berlawan-lawan baju siapa yagn paling Vouge? siapa yang lebih blink2!, satu lagi tgk kasut baru atau yg tak biasa dilihat dimata terus "melatah"..

argh! mereka memang mcm tu kah? melihat kilauan emas di leher sahabat mereka terus pegang-pegang dan bertanyakan harga, si yg menjawab dengan bangganya

"Laki akak ni yang hadiahkan ada lar kot dalam 3-4k." "Wooo..patut nampak berat molek..Sayangnya laki akak!.. "

yang paling aku tak tahan.. bole plak dorang cakap ala-ala berbaur Lucah..

"Eh! spender mu pakai dok nie?? licin molek monggeng mu..." tanya seorang sahabat kepada sahabat yang tengah berbaring disisi mereka. " Spender! spender! pakai lah!" si yang baring menjawab. "oit! shyyy...." ada yang menghormati....

"Hoo... comey ngat belian mu tepek kat situ, bakpe mu dok tepek kat bawah tu? napok jelas sket situ! *ketawa* kalau mung nok suh aku tepek dakpe.. aku suke.. *ketawa*"


Walaupun bagi aku bukan lah lucah sangat, sememangnya jika berbual dikalangan perempuan jika bergurau pasti ada yg sedikit perkataan atau ayat yg berbaur lucah untuk melawak.." Tapi u'olz semua ni tak faham ke? tempat tu adalah surau.. tempat beribadat.. bukan tempat untuk bergurau atau berluncass disini! okey? Sila hormat!" boleh je aku nak kata mcm tu kat dorang tadi.. tapi dalam hati je...huhu So, aku buat-buat tak tahu dan tersenyum sambil membelek muka ku dicermin bedak compact ku.. nasib lar aku sudah menunaikan kewajipanku...

sememangnya.. aku tidak kusyukk di surau staff Perempuan itu tadi.. dan sangat melempiaskan kata hati yang sangat tidak berpuas hati.. *senyum sinis*

Esok..
masih ada 4 hari aku berkursus di sana, so 4 hari aku ber'lonely'. makan pun sorang-sorang.. ke surau ke tandas semuanya berseorangan..*sedih*
HUmm.. esok aku akan berehat dan bersolat di surau besar lah plak. Hope tiada gangguan mcm tadi...
Yang penting aku berdikari.. macam tak biasa lak..dan jangan lupa sentiasa mengukir senyuman dibibir.. agar tiada yang mengatakan aku ni sombonk! ok cheer up!

Aku suka kursus Landskap hari ini.. hope lepas ni aku semakin pandai ber landskap.. lagi-lagi konsep taman jepun dan cina. tak sabar rasanya hendak belajar membuat kolam ikan dan air terjun *senyum sesenyumnya...*

Oct 14, 2010

luv chocolate? chocolate door gift ada kat sini..

kawan-kawanku sekalian... try rase... sedap ke tak? hehee... cemane nak rase klu telan air liur jek tgk gambor ni kan? oder laa.. baru dpt rasa..

neway, ni adalah chocolate untuk door gift. mcm2 bentuk ada.. wat masa sekarang ni gambar tak berapa clear. masih baru.... Insyaallah blog nya akan di update secepat mungkin untuk kalian-kalian semua.. sabar menanti ya.. cuci mata dulu...




chocolate oh chocolate

choocolate
choc choc choc..

give away...
door gift..
packaging
cute packaging..
little have one..
for engagement
for married aniversary
birthday party..
and etc..

any suggestion? please leave your comment.. I thank you for advance..(skema okey!)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More