Love, like a river, will cut a new path whenever it meets an obstacle. - Crystal Middlemas -

There is only one happiness in life, to love and be loved. - George Sand -

"Enemies, as well as lovers, come to resemble each other over a period of time."

"It takes years to build up trust, and just seconds to destroy it.."

You know you are in love when you see the world in her eyes,and her eyes everywhere in the world.- David Levesque -

Love is like magic And it always will be.

Love is unselfish,Understanding and kind,For it sees with its heart And not with its mind!!

When you love someone,all your saved-up wishes start coming out. - Elizabeth Bowen -

Showing posts with label Habibi. Show all posts
Showing posts with label Habibi. Show all posts

Oct 10, 2014

sushi vs salmon mentah

kalau bab makanan jepun dan lagi lagi ikan salmon mentah serah sahaja pada incek hubby. pantang sebut salmon, mau je dia ajak aku terus ke kedai makan Petama, iaitu salah satu restorant di bandar kuala terengganu yang menyediakan makanan korea dan jepun.. western pon ado....

hari hari kat rumah pun dah ada ikan salmon nie, tapi sekali sekali mau jugak layan tukang masak kat kedai katenyerr...

ok selamat menjamu mata... ;)

May 25, 2014

Aku yang kini

Assalamualaikum wbt.
Lamanya tak post muka owner blog.. eheh..
Lamanya tak berposing.. owner yg dulu suka sangat berposing depan camera... nak di katakan setiap hari ada je gambar posing terbaru..hehee

(Berpeloh-ploh atas bibir aku... hehe kepanasan kau berjemur atas house boat Tasik Kenyir ni..hehe padahal pagi tu.. cuaca teramat panas time tu..)
 
Kini...
Setiap kali posing depan camera, semua gambar nak delete... seiously.. kalau tgk hancur gambar..huhuu...
Nak buat cemana.. semenjak menjadi isteri dan ibu kepada seorang anak.. banyak perkara yang perlu dilakukan dan perlu diberi perhatian.. lastly kecantikan dan kesihatan diri terabai..tetapi itu bukan alasan sebenarnya.... :)

Alhamdulillah bab kesihatan tu, walaupun rasa tak sempat nak jaga.. orang sekeliling terutama ibu dan suamiku sentiasa mengingatkan... syukur..

Cuma bab kecantikan ni.. entah kenapa.. adakah kerana aku dah ada suami?? Huhuu...padahal kecantikan ini perlu lebih dijaga bila bersuami.. nah! Jangan abaikan perkara itu ya si isteri2 di luar sana yg sudah bersuami... ;)♥

Walaupun masa tak mengizinkan... perlu banyak perkara yang kita beri perhatian.. bab kecantikan ini... ada sedikit masa, celahlah.. orang kata.. tatap atau tiliklah kulit wajah anda, rambut anda, tubuh badan anda, kuku dan setiap inci ditubuh anda.. agar sentiasa terjaga. Lagi - lagi buat diri dan suami tersayang..

Ingat tu...!! ♥♥

Smile....

Sep 10, 2012

10 September

Hari ni hari jadi incik hubby.. hari beliau dilahirkan..genab yang ke 30 tahun...

Tiada apa yang aku nak berikan..
Entah kenapa.. Dulu-dulu kalau ada org tersayang mesti nak bagi hadiah.. Sekarang.. asik belanja makan aje...

Mungkin masa tak mangizinkan untuk aku survey dan cari hadiah yang sesuai untuk incik hubby..  Hanya sekadar belanja incik hubby makan di Secret Recepy itu pun incik hubby yang bayar.. huhu disebabkan line mastercard payment tak leh online. *munguks!* 
Aku plak tak sempat nak draw duit cash kat ATM. Nasib lah incik hubby ada cash lebih.. Tak pe lah nanti aku ganti semula..

Entah kenapa semakin hari semakin sibuk.. tidak sedar masa semakin hari semakin berlalu.. Hidup aku hanya berikan tumpuan pada kerja dan perniagaan kanopi aku..

Bukan aku tak sedar kekadang terasa suami sedikit terabai.. haishh tak masuk setahun lagi perjalanan hidup sebagai suami isteri nie.. apa lah nak jadi dengan life aku..

Kekadang tu terfikir juga, kalau hidup ni dibebankan dengan kerja, sampai bila nak menikmati hidup dunia yang sepatutnya lebih beribadah, bersyukur dan sentiasa bersujud pada Allah Taala.. Astargfirullah... *datang insaff sekejap aku ni...*  Hanya kerana sesuap nasi, pakai, tempat berlindung dan kenderaan yg boleh membawa aku pergi bekerja dan berjalan tika diperlukan.... Mungkin bukan aku sahaja seorang yang memikirkan masalah ini, ramai lagi didunia nie..

Lepas berkeluarga dan ada keluarga sendiri baru tahu bertapa nikmatnya Allah memberi ujian dan dugaan.. agar tahu hidup kita didunia ni tiada yang dimulakan dengan senang lenang.. semuanya bermula dengan kesusahan.. Hanya kerana sesuap nasi yang HalaL............

To my beloved Husben..

Selamat hari lahir.. Sayang doakan,

Semoga Allah sentiasa memanjangkan umur hubby.
Semoga Allah menyemai rasa kasih sayang antara kita dengan lebih mendalam.
Semoga dihari lahir kali ini, Allah murahkan lagi rezeki kita dan zuriat yang soleh dan solehah... :)
Semoga hubby berjaya dunia akhirat dan diberkati dan dirahmati Allah swt.


Awak cinta saya dunia akhirat..

Sep 24, 2011

Cari Redha Allah.. Bukan redha manusia....

bismillahirrahmanirrahiim....

assalamualaikum....
alhamdulillah. Allah masih memberi nikmat iman dan islam dalam diri kita sehingga harini yang jarang-jarang kita zahirkan kesyukurannya. ^_^
buat dirinya yang tidak kuketahui siapa. moga Allah sampaikan nukilan ini, isi hati ini kepadanya.

doa tidak putus2...mengadu kepada ALLAH...merayu...agar dia adalah sayap kananku... juga berharap..diri ini adalah sayap kirinya...dan penghulu bidadarinya di syurga ALLAH yang kekal abadi kelak...insyaALLAH...amiin...amiin...amiin....ya Rabbal Alamin....



***************


Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi, aku juga punyai keinginan seperti gadis lain dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu.Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf a.s. yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat.



Andainya kaulah jodohku yang tertulis di luh mahfuz, ALLAH SWT pasti akan mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu, kali pertama kita berpandangan. Itu janji ALLAH SWT.Akan tetapi selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaan itu kepadaku, kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara'. Aku takut perlakuan itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.   

Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfaq seluruhnya pada mencari redha Ilahi. Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri atau sandaran perjuangamu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi, kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan ALLAH SWT dengan kemenangan atau syahid itu. Akan kukesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku.

Aku pasti berendam air mata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku. Bukan itu yang ku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku keranaNya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibu bapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan aku dan kau lupa tanggungjawabmu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan ALLAH SWT sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku...

**********************

ya ALLAH....pelihara dirinya untuk ku...tetapkan dirinya untuku.....satukan hati kami ya ALLAH....satukanlah kami...sebagaimana Kau menyatukan saidina Ali bersama siti fatimah az-zahra.....amiin ya Rabb.....

p/s: moga suatu hari dirinya membaca nukilan ini.. :)

cik areja : Walaupun aku sudah menjadi tunangan orang.. aku tetap sukakan hasil nukilan ini....dan satu doa juga dariku buat si dia...walaupun aku sudah tahu dialah sayap kananku.... Insyaallah ;)

Sep 22, 2011

Honeymoon Lepas bertunang???

Kau ada? haa.. mana ada orang nak ber honeymoon lepas bertunang.. mau kena tangkap berbasah basahan nieh!
Kejam betul tajuk post aku nieh...

Ingat!
masih haram dan belum sah okey! bertunang hanya sekadar ikatan sebelum ke alam pernikahan. So berkenalan lah sebaik mungkin dan menjaga adap pergaulan seelok-eloknya... (jangan jadi macam aku hari-hari nak jumpa..adehh) cepat-cepat lah incik tunang balik ke kemaman semula.. takleh dok dekat dekat selalu... windu semakin mendalam.. huahuaaa...

Kesnya.....meh nak cerita love story aku nieh...

Orang lain bertunang biasa-biasa aja.. aku lepas bertunang memasing kena ke emergency & trauma di hospital.. huhu..

Pejam celik, pejam celik, Incik Tunang pulak dah seminggu lebih bercuti dan MC..
Elok je selesai majlis tunang aku dan sidia, keesokkan hari aku kena ke hospital kes ada habuk besi masuk dalam mata aku, aku pun tak tahu mana datangnya habuk besi tu (maybe kes kanopi aku tu..) setelah aku bangun dari tidur. yang pasti aku gosok sebaik mungkin mata aku selepas subuh pada hari tu.. :D

Bila seharian mata asik pedih dan tak selesa nampak lah habuk besi melekat dalam selaput anak mata hitam aku.. haa.. baru lah aku terkejar2 ke emergency & trauma di HNZ, itu pun selepas aku ke klinik sebab doktor klinik yang suh aku ke HNZ.. terketar-ketar lutut incik tunang datang ke hospital takut aku jd pape.. heh heh.. terima kasih temankan saye pada hari itu....  :D

Selepas kejadian...
Incik Tunang pula asik gatal gatal aje.. ape kes lar die nie.. dari satu hari sebelum bertunang sampai la selepas hari bertunang.. makin hari semakin banyak bitik-bintik merah di lengan dan lehernya.. (siyes, aku tak skodeng.. aku usha jepp, sambil tutup mata sebelah ;) hehe..) pergi ke klinik doktor cakap gatal biasa, kawan-kawan plak cakap gatal dah bertunang.. haishh macam-macam lah....manis sangat darahnye kot...huhu

lastly, incik tunang plak ke Emergency & trauma... lepas ambil darah, baru lah dapat tahu Incik Tunang kena demam chiken pox.. huhu.. patut lah asik demam dan gatal-gatal.. ingatkan gatal nak berbini.. heh heh..

Takpelah incik tunang, sama adil lah dugaan kita nie.. anyway.. Selamat ber honeymoon dengan MC yek ;)
Semoga Incik Tunang  kembali sihat walafiat, dan sembuh seperti sedia kala.. Insyaallah.

Cik Areja : Sila berpantang dengan sebaik mungkin :) mau jek makan sedap-sedap depan dia.. huhu

Sep 14, 2011

D.I.Y -2- Gubahan dan Hiasan Mini pelamin

Assalamualaikum.

Salam ceria di petang hari :D

Semalam aku dah pulun habisan post sal D.I.Y hantaran dan hiasan pelamin. entah cemane boleh hilang plak. JinApret mane lah yang kacau dan delete pos aku tengah-tengah malam semalam.. huhu.. saborr jek lah..

 ok continue...

Gubahan hantaran bebakulku...
3 hari 3 malam aku menyiapkan 7 jenis gubahan. terutama tang bunga tu. Ingatkan senang main copy paste nie, rupanya kesabaran tu perlu ada juga.. lainlah kalau copy paste kat word semuanya tak perlu kesabaran paste je dah paste je dah siap... yang ni paste paste tak siap siap.. so makan lah 3 hari 3 malam aku menggubahnya..
hasilnya....

Peti Harta karun..buka buka ada cincin buat incik tunang terchenta....  :)
nasib aku tak letak sampah banyak-banyak dalam peti tu..eheee

di hari majlis pertunanganku...
aku suka kek tu.. sgt best!

close up sket... kau mawarku....hehe.. jadi tak bunga mawar yang aku buat nie?? jangan korang sebut macam taiklembu suda la walaupun ade rupe sedemikian..
ni gubahan gubahan yang siap 2 malam sebelum majlis, songket, kain nikah, sejadah dan kain pelekat, cincin dan hiasan untuk buah buahan nanti..


Deco deco si Mini Pelamin...
Mini pelamin ni pun aku copy dan paste daripada internet. suwey punya suwey dan mengikut kesesuaian bahan yang ada.. inilah hasilnya...

view, penuh dengan keserabutan perabut rumah.. huhu.. ape-ape pun pelamin anganku tak musnah... sangat kukuh walaupun hanya menggunakan ampaian kain rumahku dibuat sebagai tiraian tabir putih tu... hohooo...

Tag TQ last munite....
tinggal sehari lagi bermakna esok (09.09.2011) majlis pertunangan aku.. boleh pula aku duduk di ofis dan termenung.... lastly timbul satu idea mengenai taq TQ (Thank You) ni. untuk wishes pada tetamu dan keluarga incik tunang sebagai tanda penghargaan pada kehadiran mereka.

Asal tema doorgift aku ni coklat putih entah kenapa rupe tag Tq aku ni warna putih merah.. haishh kalau mata tu dah berkenan merah.. tok sah nak cakap ape lah.. ape - ape pun leh jadi..huhu
Alhamdulillah 50 doorgift aku ni siap dalam masa 15 minit dengan bantuan ibu dan adik2 aku.. 
belum lagi untuk 2000 doorgift untuk majlis perkahwinan aku nanti.. mak aihhh... cemane lah nanti..


apa yang aku terlupa kat sini 'sekeluarga' dalam otak aku dah taip tapi tak de plak kat sini... huhuu.. tertinggal rupenye... (alert- majlis perkahwinan aku mesti ingat la taq TQ ni mesti lengkap dengan nama 'sekeluarga' itu lah paling penting)

Alhamdulillah semua d.i.y aku ni selamat dah pun.. dan aku pun dah menjadi tunangan orang. Majlis aku juga alhamdulillah selamat. semua berjalan lancar. ok hari dah semakin petang... solat asar pun belum lagi... Insyaallah aku akan cerita mengenai tunang dan keluarga tunang aku pula... ok babai.. see you..

areja : cuba berdiri tegak di atas selipar sendiri....sambil melihat banyak lorong  yang perlu aku pergi agar aku dapat mencapai cahaya-cahaya di setiap lorong itu..... boleh kah aku capai semua tu?...

Sep 5, 2011

Jangan tunggu lama-lama....

Assalamualaikum..

Fuhh... (hembus nafas... bukan tiup nafas eaa..)

Siap separuh 5 jenis hantaran untuk si dia.. dalam masa 1 hari aku mengambil masa untuk menyiap dan memikirkan gubahan apa yang boleh aku buat agar gubahan hantaran aku nampak simple dan comel.. hehe..belum boleh tunjuk lagi...lepas majlis Insyaallah akan aku tunjuk disini ;)

Actually gubahan ni aku ada tiru sikit design kawan aku yang pernah bertunang sebelum ni Miss Dania  (heee.. blog tengah maintainance rupenye...sorry da..) yang becoming to Madam Dania plak lepas ni. Insyaallah.. Entah kenapa suka sangat aku tengok gubahan tu. 


Tapi takde lah aku tiru sebijik-bijik.. So aku gubah ikot kelainan sedikit berbanding yang sebenar. Hand made tu yg penting..walaupun tak secantik yang kedai punye..huhu

Haa.. nak preview sikit design yang aku tengah buat siang tadi.. yang ni tak siap sepenuhnya pun lagi.. tapi aku yg mengada-ngada ni nak tunjuk juga.. hee...tema hantaran aku adalah warna coklat + krim putih.


Gubahan Kain Nikah ( warna di blurkan..hehe)
bunga ros ke bunga mawar ni??? huuu.. taram saja.. belum bungkus dengan kain organza + net lagi nie.. 




Yang ni plak gubahan untuk bekas cincin, see... bekas jarum hanya contoh semata-mata... gambar kedua tu, aku main-main letak riben plak kat keliling bunga tu.. hurmm view tak bape cantik.. akan digubah semula ;)

Dalam tengah aku semangat menggubah hantaran ni boleh plak si dia bagi lagu ni kat aku..aiseyy..


Tarikh pertunangan aku akan diadakan pada 9hb Sept pada hari Jumaat ini, Insyaallah. Semoga tali ikatan ini membawa ke alam kebahagiaan yang aku idam-idamkan. Semoga aku sentiasa berjodohan dengan si dia.


cik areja : semakin hari semakin sayang.....

Jul 24, 2011

Mengapa Violet?

Assalamualaikum.

tetiba rasa hendak menulis. :)

Apakhabar semua sahabat blog? sihat kah? moga anda sentiasa ceria dihari-hari nan indah, juga tidak lama lagi kita semua akan mengerjakan ibadah puasa pula. tak sabar rasanya aku menanti bulan kemuliaan itu. semoga ibadah puasa yang ku kerjakan nanti mendapat keberkatan Ilahi dan begitu juga buat sahabat blog ;)

balik pada tajuk aku tu, Mengapa violet?
 hehee.. sebab aku nak share pada korang warna violet. ada banyak jenis warna violet yang menarik perhatian aku dan telah menyentap hati sanubari aku pada warna ini. ok aku ak tunjuk dulu warna-warna violet yang aku search kat google ni :

Violet
Sila buat aku jatuh cinta dengan sebanyaknya....


 ambik kau...warna kuku pun aku bole letak contoh kat sini. aisehh..sangat cantik.. hehe


Light Violet
haishh... dah suke dah suke...


Dark Violet
arghh.. pengsan....
untuk dark violet ni ada sesetengah orang akan panggil purple rebina (minuman rebina tu)
Banyak lagi sumber warna yang menyentap mata ku di sini
 
warna-warna ini tampak lebih elegant dan sesuai dengan aku yang sukakan ala simple but elegant. eheh~

Jom usha lagi...

gaun pengantin.. hehe sukerr sukerrr.. sangat nampak elegant dengan gabungan colour macam ni ;) 

 
Insyaallah warna bilik aku pun akan bertukar seperti warna ini...walaupun bilik aku sekarang sudah bewarna light purple pink.. hehe tetap inginkan light violet pula.. 

sila bersabar cik areja :)
 lagi? korang usha kat sini ea.. jangan ade yang koma dah... klik klik!

tak larat dah aku nak copy paste contoh2 warna violet ni.. hehe semua nya aku suka.. dan yang paling aku suka adalah light violet dan sesuai digandingkan dengan warna putih :)

p/s: cik areja nak mencari light violet metallic.. ada ke kain jenis macam tu? metallic bukan untuk warna kereta je ke? eheh~

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More