Love, like a river, will cut a new path whenever it meets an obstacle. - Crystal Middlemas -

There is only one happiness in life, to love and be loved. - George Sand -

"Enemies, as well as lovers, come to resemble each other over a period of time."

"It takes years to build up trust, and just seconds to destroy it.."

You know you are in love when you see the world in her eyes,and her eyes everywhere in the world.- David Levesque -

Love is like magic And it always will be.

Love is unselfish,Understanding and kind,For it sees with its heart And not with its mind!!

When you love someone,all your saved-up wishes start coming out. - Elizabeth Bowen -

Showing posts with label Lelaki. Show all posts
Showing posts with label Lelaki. Show all posts

Jul 24, 2011

Mengapa Violet?

Assalamualaikum.

tetiba rasa hendak menulis. :)

Apakhabar semua sahabat blog? sihat kah? moga anda sentiasa ceria dihari-hari nan indah, juga tidak lama lagi kita semua akan mengerjakan ibadah puasa pula. tak sabar rasanya aku menanti bulan kemuliaan itu. semoga ibadah puasa yang ku kerjakan nanti mendapat keberkatan Ilahi dan begitu juga buat sahabat blog ;)

balik pada tajuk aku tu, Mengapa violet?
 hehee.. sebab aku nak share pada korang warna violet. ada banyak jenis warna violet yang menarik perhatian aku dan telah menyentap hati sanubari aku pada warna ini. ok aku ak tunjuk dulu warna-warna violet yang aku search kat google ni :

Violet
Sila buat aku jatuh cinta dengan sebanyaknya....


 ambik kau...warna kuku pun aku bole letak contoh kat sini. aisehh..sangat cantik.. hehe


Light Violet
haishh... dah suke dah suke...


Dark Violet
arghh.. pengsan....
untuk dark violet ni ada sesetengah orang akan panggil purple rebina (minuman rebina tu)
Banyak lagi sumber warna yang menyentap mata ku di sini
 
warna-warna ini tampak lebih elegant dan sesuai dengan aku yang sukakan ala simple but elegant. eheh~

Jom usha lagi...

gaun pengantin.. hehe sukerr sukerrr.. sangat nampak elegant dengan gabungan colour macam ni ;) 

 
Insyaallah warna bilik aku pun akan bertukar seperti warna ini...walaupun bilik aku sekarang sudah bewarna light purple pink.. hehe tetap inginkan light violet pula.. 

sila bersabar cik areja :)
 lagi? korang usha kat sini ea.. jangan ade yang koma dah... klik klik!

tak larat dah aku nak copy paste contoh2 warna violet ni.. hehe semua nya aku suka.. dan yang paling aku suka adalah light violet dan sesuai digandingkan dengan warna putih :)

p/s: cik areja nak mencari light violet metallic.. ada ke kain jenis macam tu? metallic bukan untuk warna kereta je ke? eheh~

Jun 18, 2011

HARGA SEORANG WANITA BERGELAR ‘ ISTERI ‘



Hargailah isteri anda…….



Mulianya seorang isteri disisi Allah…

Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak2. Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak. Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka……


Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan… jadi ‘kilang ‘ manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh…. 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

Cuti bersalin juga sehingga 60 hari, Bila dah bersalin tu, susukanlah anak…jgn takut “kendur” atau menggelebeh pulak… Si suami pulak, jgn la berebut dengan anak untuk menyusu pulak…… Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah , Tapi bila dah habis cuti tu.. . layanlah suami…”Offer” lah pada suami , Nabi bersabda: berjimak dgn isteri itu pahala …jangan buat deekkk jeee, Jangan buat alasan itu dan ini pulak….ingat tu si isteri yee!!! Kata nak pahala lebih…

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang….. sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya…

Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran seksa kubur. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah ke atasnya jua. .

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.

Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man, She was not created from his head to top him, Nor from his feet to be stepped upon, She was made from his side to be close to him, From beneath his arm to be protected by him, Near his heart to be loved by him.

“Wahai Tuhan… ku tak layak ke syurgamu … namun tak pula aku sanggup ke nerakamu…
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ….


“Ya Allah….. jadikanlah kami hamba-hamba mu yang bertaqwa .. ampunkan dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat-umat islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia”……

Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.. Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah ‘Laa ilaaha illalLah’ ini. Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): “Wahai manusia! Ucaplah ‘Laa ilaaha illalLah’, kamu pasti berjaya!”

Marilah kita ucapkan kalimah ini: “Laa ilaaha illallah!” x 10
by:aremies

Cik areja :  Mencari keredhaan Ilahi..... :) Alhamdulillah

Jun 14, 2011

Cara nak tackle ex-bf???

Korang tengok gambar print screen kat bawah nie, adalah tadi aku baru nak mengusha nuffnang aku yang dah lama aku tak usha tu kan, sen nye takdelah naik sangat pun. masih ditahap macam tu juga, time nuff dok mengempen aku buat derkk je..T_T post cerita kat blog ni pun rasa bila syok sendiri baru aku nak bercerita, tak syok haram aku nak bercerita.. bersawang bagai lah blog aku ni.. so hari ni aku tengok kata kunci untuk hari ni sahaja tetiba boleh dapat key ini, yang sudah aku buat dalam bentuk Lobe tuuu.....



 Makk aihh.. aku bukan kemain lagi entry sebelum ni "Jauhi lah Ex-Boyfriend" ada ker? takde pun.. tapi bunyi-bunyi lebih kurang macam tu lah...haha... boleh plak si pencari ni nak cari "cara nak tackle ex-boyfriend".. hoho...

Maaf lah aku tiada tips-tips atau cara-cara untuk tackle kembali ex-ex boyfriend ni. walaupun aku sudah ramai ex-boyfriend. wahahaa~

Nasihat aku lah apa yang aku boleh bagi nak tackle ex-boyfriends ni kembali kan tak PerLu lah. kerana....

1. Benda yang dah lepas buat apa lagi nak dikenang-kenang.

2. Kalau ex-bf tu sudah putuskan kita, tak perlu lagi kita cari dia kembali, kecuali putus dan berkawan secara baik itu boleh diterima tanpa ada rasa 'perasaan sayang dan cinta lagi' owh boleh ke?

3. Takut bila tackle balik, ex bf tu takkan menghargai anda sebaik mungkin atau seperti sebelumnya. maybe dia sudah ada pilihan lain dan anda hanya dalam list, senarai tunggu pakai buang.. 

4. Takut dia akan lebih tidak menghargai anda lagi. then break up lagi.. sengsara dan buang masa... seperti aku sekarang ni.. penyesalan tiada guna lagi...T_T
5. Menjadi lebih terhimpit dan tersepit. maksud aku takut nak buat itu ini kerana risau menyakiti hatinya lagi...

6. Udah-udah lar tu.. ramai lagi lelaki/perempuan yang lebih baik, cantik, hensom, dari ex tu...

7. bagi peluang pada hati anda menerima kekasih baru dan belajar menerima cinta baru.

8. Pengalaman mengajar erti kehidupan.... okey. ;)

Apa yang aku nasihatkan ini berdasarkan pengalaman aku. aku sudah banyak kali bercinta dengan boyfriend dan pernah tackle kembali ex-bf aku, so aku dah taknak perkara ni berulang lagi.

Jadi lebih baik lupakan terus sahaja, kalau tak boleh lupa pun berkawan lah biasa-biasa sahaja dan jangan selalu berhubung. Yang pasti akan ada kekasih yang lebih baik lagi dari ex anda. pasti akan merasa cinta lebih bahagia dari cinta sebelumnya. :)



.....dan aku juga sedang belajar melupakan ex bf aku, walaupun perit kerana bertahun lama menanti hari bahagia yang tak kesampaian, aku tetap melawan perasaan tu. lagi-lagi sudah menjumpai kekasih yang memahami jiwa kita, kerjaya dan keadaan tingkah laku kita, serasi dan sejiwa dengannya.  Insyaallah akan aku lupakannya terus semoga Allah memberi petunjuk padaku dan sentiasa memimpinku ke arah kebaikkan. amin..

Bila Ex- Boyfriend berkahwin, terdetikkah rasa itu??

Haish.. sudah 2x aku men'delete' tajuk 'Bila Ex-Boyfriend berkahwin' huhu.. rasa nak post, sekejap rasa malas pula aku nak bercerita. Bila dikenang perkara itu dah berlalu, buat apa nak diingatkan lagi kan? memanglah....

Bukan mencari masalah jika aku post cerita aku dengan ex-boyfriend aku pun, disini sahaja tempat aku meluah. meluah sebagai pedoman, motivasi dan ingatan aku dihari kelak. mungkin juga muhasabahkan diri aku bila tiba masa aku rasa aku perlu membaca diary aku nie kembali. mengingat cerita lama  sekali sekala tersemat kisah suka, duka, lucu dan gembira :) apa salahnya kan?

Bila Ex-Boyfriend berkahwin.. eh Ex- Boyfriend yang mana satu tu?? hehe.. ramai betul ex-bf aku nie.. hurmm aku gelarkan dia Mr. Engineer. Kalau Mr.Photografer tu bukan lah, dia belum berkahwin, masih solo. rasa nak tackle die boleh la pm aku.. wakaka..syarat kena ada sharifah.. huhu.. ok stop talking about him.. meh bercerita ex-bf aku Mr.Engineer lebih senang MR.E ni.

Baru-baru ini, adik aku si Ayu tu ajak aku ke kenduri kahwin sahabatnya, sahabatnya ni pula adik kepada Mr.E, dan tak sangka dorang jemput aku juga ke kenduri sambut menantu. bermakna keluarga Mr.E ni dapat 2 menantu lah sekali gus.

 
ShomelL jugak lar wife die... :) tapi ibu aku cakap, anak ibu lagi COmeLL... I lobe u lah IBU! hehee

huhuuu... Apakah perasaan bila dapat tahu ex-Bf sudah berkahwin?? fuhhh! ini lah perasaan aku, agak terkejut juga lah, lagi-lagi orang yang pernah masuk dalam hati kita ni ofcoz lah sedikit sebanyak akan tersentuh juga dgn berita tu... walaupun perkara tu dah berlalu.  Bila dikenangkan perangai dia, dengan gantung aku tak bertali tetiba senyap lepas kekantoian sms aku pada Mr.Photografer *Ops!* hahaa...

Time tu, semasa aku kusyuk menonton wayang bersama best friends (bff) aku, movie yang asik buat aku tergelak langsung aku dah tak ingat aku sms 2 orang jejaka time tu. ahh nakal betul aku time tu.. :)  Kononnya nak setia, tapi kesetiaan diganggu begitulah akibatnya....walaupun time tu Mr.P sudah pun menjadi ExBf aku... *harap korang tak pening lah baca cerita aku ni.. huhu*.

Mr. P memang suka ganggu aku.. dia tahu kami memang tak boleh berkahwin dan dia tahu aku sudah punya Boyfriend lain, oleh sebab dia tahu Boyfriend aku time tu ada perangai yang tak seberapa baik, maka suka hati dia sahaja tackle aku kembali.. hurm.. aku harap peristiwa tu takkan berulang lagi.. walaupun aku tahu time tu dia terlalu sayangkan aku dan inginkan kebahagiaanku bersama dengan lelaki yang baik-baik juga. :) Terima kasih awak, Mr.P. saya menghargainya. :) aku pernah menceritakan perihal Mr. E di sini

Haishh tetiba cerita sal Mr.P lah plak....salah topik dah nie...adehh...

ok..ok.. continue balik....

Alhamdulillah, itu sahaja ungkapan yang terkeluar dari mulut aku ni.. terpinga adik aku..
*Dalam slanga Terengganu...

adik : doh tu akak, mu nok g dok kenduri dorang?? ayu rasa nok pergi, tapi kalau kak tak mboh gi, ayu dok pergi lah...

akak : hummpphh! malas lah. buat nape gok g kenduri kahwin ex bopreng? nok bagi sakit hati ke ape? biarlah dorang dah bahagie. selamat doh semua tu. kekgi kalau pergi pakat wat muka sposeng lake, bazir pitih minyak kereta jek. doh lar rumohnye jauh sek hulu manir nung..malass eahh!

adik : alaa kak, mung bawok lar abg N***... dakpe nye..

akak : dopleh dia balik shah alam doh nanti, lagi pun memang akak malas laa.. aci dok takmboh g jugop! kalau ayu nok g, g jelah sendiri.

See... kejam punya kakak kan? hohoo. dan keputusannya aku tak pergi juga ke majlis ex-bf aku tu. kalau break secara damai tak pelah jugak time tu, ni break gantung tak bertali. macam orang bodoh je dia buat aku.. then adik aku pun sememangnya tak pergi lah ke kenduri sambut menantu sahabatnya tu.. kesian... lagi pun sahabatnye tu pernah juga nak tackle adik aku.. Playboy lah katakan.. huhh! ada hati lagi nak ke majlis dorang.. ohh pleaseeee larr..
abg N***? huhu.. nantilah akan aku ceritakan... :)

Secara kesimpulannya, hati aku sememangnya sudah lega, dia bukan jodoh aku.. dan aku bersyukur Allah itu Maha Berkuasa sentiasa memberi petunjuk. yang mana baik dan yang mana buruk. Mr.E tu bukanlah budak jahat sangat, dia juga baik cuma mungkin tingkah laku dan perangainya tak sepadan dengan aku, mungkin sepadan dengan jodohnya yang selamat sudah pun menjadi wife dia sekarang.  :)

Masih terlintas.....
Terima kasih pernah membahagiakan aku walaupun untuk sedetik dan meraikan hari graduadku walaupun masa dirimu tidak mengizinkan pada hari tersebut, terima kasih sekali lagi mengorbankan waktu kerjamu dan pulang ke kampung bg meluangkan masa hari sejarahku pada hari itu...




Alhamdulillah, aku harap semoga dia berbahagia bersama pasangan. *sememangnya bila tengok gambar kahwinnya dia memang sudah terlebih bahagia..mane tu? tang perutnya kowt....wopps!* Lagi satu aku suka warna tema majlis perkahwinannya.. agagaa....teka lah yg mana satu MR.E?? muahahaha

Dan... aku sudah memaafkan segala salah dan silapnya terhadap aku sepanjang tempoh berkasih-kasihan dahulu yang tak kesampaian tu. dan buku kesayangna aku yang hampir sebulan aku order di kedai buku,*gila susah nk dapat buku ni dulu* "Aku terima nikahnya" yang aku suruh dia baca,then tak pulang-pulangkan kembali pada aku tu walaupun aku minta berkali-kali untuk dipulangkan..*gila ego dia buat tak tahu..* Sudah aku halalkan sebagai hadiah perkahwinannya.... walaupun dia tak tahu coretan aku disini.... :) tak mengapalah.. semoga buku itu menjadi motivasi buat dirinya dan isteri terbarunya....

Aku disini, sudah dengan dunia baru aku. dan atas ceritaku yang tersendiri.. semoga yang lepas ditinggalkan hanya coretan kenangan. aku menunggu hari esok yang lebih bahagia dari hari ini....senyum selalu... :)

Cik Areja : masih memegang kata-kata ini,  "Bukan mudah untuk menggapai sesuatu yg indah.. bukan mudah untuk mencari yang membahagiakan... kesabaran itu perlu.. andai diri ini inginkan yang terbaik...Insyaallah...♥"

May 17, 2011

aktiviti mengorat :)

Mood : layan jiwang dengan lagu Hindustan.

Lagu ni dari filem Dhadkan yang bertajuk Dil Ne Yeh Kaha Hai Dil Se. First keluar aku time ni form 1 org form 2, tak kisah lah tu, aku memang suka nonton cerita hindustan cuma sekarang aku tak seberapa layan, mungkin masa tak mengizinkan. lagi pun tak banyak cerita dan lagu yang best macam dulu-dulu..

Kenapa tetiba aku nak  layan lagu nie? biarkan sahaja persoalan itu tidak berjawapan ;)



mesti korang dah lama tak layan lagu hindustan kan? so dah datang terjah blog aku ni layan kan aje lah lagu ni, mesti korang suka ;)

May 16, 2011

Jar Of Hearts

mood malam ini : aku berjiwang.... sambil menahan senak diperutku.... sudah kali ke empat aku keluar masuk tandas.. semuanya gara-gara teh tarik dan sunquik orange suam pagi tadi.....

haa... layan.. aku memang suka layan lagu yang berkaitan jiwa dan perasaan aku sekarang nie...



part lirik yang best :


I know I can't take one more step towards you
'Cause all that's waiting is regret
And don't you know I'm not your ghost anymore?
You lost the love I loved the most

And I learned to live, half-alive
And now you want me one more time 


dan lagi :

Dear, it took so long just to feel alright
Remember how to put back the light in my eyes
I wish I had missed the first time that we kissed
Cause you broke all your promises

And now you're back
You don't get to get me back







lagi.....

And who do you think you are?
Runnin' 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart

You're gonna catch a cold

From the ice inside your soul
So don't come back for me
Don't come back at all 


selamat ketiduran... aku malas nak cakap banyak.. sebab mataku dah senak.. semakin menahan semakin senak lah juga perut aku memulas.. so lebih baik aku tidur melayan kesenakkan mata aku nie...

May 8, 2011

coming soon~

Assalamualaikum...

sihat kah? sudah makan kah?

haishh... sebenarnya aku pun tak tahu nak update ape.. cuma akhir-akhir ini mulut aku cepat sahaja menjawab 'coming soon' and 'coming soon'.....

korang tahu kenapa aku jawab macam tu? haishh mesti leh agak dah kan???

BILA PEREMPUAN atau lebih sedap lah didengar, anak dara macam aku nie....hehe....tak kahwin-kahwin lagi ofcoz lah sentiasa sahaja ada yang bertanya, "haaa Aja mu ni bila lagi??? takkan nak mendara sampai ke tua....", aii..aiii kasorrr jek ayat....

ada lagi ' anok murni ni bila plop nok wat majlis? molek buat sekali guh..tiga-tiga..*anak dara murni ada 3 ye yg sedang mendara, dan sorang lagi tu masih budak2...* huhu.. letih juga ibu aku menjawab, lastly toleh kat aku..so aku jawab sahaja lah.. 'coming soon, Insyaallah'... dari jawapan 'no comment' terasa hati orang plak kan..

Yelah abis dah semua kawan-kawan kahwin, jap-jap nak beli hadiah kahwin, jap-jap nak beli kain pasang buat baju kurung untuk hadir ke kenduri kawin *rotate yg sama tak best lak kan..artiskan..~muntahhh* ,lepas tu hujung bulan garu kepala...budget lari..huhu... orang sekarang kawen dah takikot musim.. anytime and everyday sentiasa ada sahaja org yang berkahwin..... ramai sungguh ummat manusia......dan aku bila lagi nak meramaikan ummat manusia ni? hehee.... soalan yang tinggal tanda tanya pada 'coming soon'.. :)


Neway, aku pun rasa juga gementar bila sebut 'coming soon' ni macam dah tak lama sahaja aku pulak yang menjejak ke alam rumah tangga....tapi tak tahu lagi lah.. huhu.. bila tengok orang kahwin nikah.. gerun pun ada... banyak nak buat itu ini, duit lagi.. masa depan dan tanggungjawab.. Tapi Insyaallah, aku harap aku dah ready untuk itu semua.. lagi pun memang aku ni rajin bebenor suwey persediaan kahwin walaupun tak tahu bila lah aku akan dikahwinkan.. calon pun masih samar-samar.. 'awak ni betul2 nak saya jadi isteri awak ker?' see... soalan tak boleh blah... *abaikan..*

Aku harap, apa yang aku cari, 'coming soon' aku tu akan tercapai jua.... nak cerita banyak itu ini tak guna juga kalau tak tercapai.. so berdoa dan berusaha lah....moga ada yang terbaik... ;)

ok tata... continue nak buat card mothers day untuk ibu ku.. tunggu update seterusnya.. :)
HAPPY MOTHERS DAY TO ALL IBU ;)
Ibuku, you're the greatest mother that i have.. i love you so much ibu!!


aku rasa korang tengok ni mesti rasa syok sendiri
panas-panas terik ni eloklah guna kanopi yang besar-besar macam ni
cantik lah rumah korang!! mesti suka tengok pagar-pagar antik, berkerawang, moden ni kan..

Apr 7, 2011

Semalam Yang Hangat


Sebelum engkau ke mari
Tiada resah
Tiada khuatir

Menjelang kemesraanku
Yang di rindu
Hanya syahdu

( korus )
Mengapa itu
Mahu jadi teman
Mahu jadi kekasih
Selamanya...oh...

Aku bukan lagi mainan dulu
Telah kucampakkan kau ke mana
Ke lautan hitam yang ku tahu
Pasti kita tak jumpa

Semalam
Itu semalam
Hari ini aku hidup
Dalam dunia yang aman
Kenangan
Kita lucutkan
Kita bakar sama-sama
Pengalaman hidup
Seksa....



 

Semalam yang hangat - WINGs 
Areja : Tiada apa lagi yang dapat aku fikirkan.... hanya  berserah pada takdir......

Mar 23, 2011

Bengkak perut weh!!

 Menahan sehabis baik.. tidak elok untuk kesihatan......
Sementara hujan berhenti ni, dan menunggu masa untuk pulang ke rumah (toilet time) *office dan rumah 20 langkah sajerk. 100m..dekat je...ngee~*  boleh lar aku meng 'update' blog kesayangan aku nie.. rindu! rindu! *tetiba..buang tebiat mcm orang jatuh cinta..haha *  takde makne aku nak 'membuang' kat toilet office atau bengkel ayah aku ni, oleh kerana pengguna-penggunanya adalah mejoriti lelaki, so harap maklum lah bagaimana keadaan toilet tu.. sebagai wanita yang 'pembersih lagi rajin', aku pun tak sanggup nak mencuci toilet dorang, so pandai2 lah pekerja tu bersihkan sendiri. *tapi memang dorang bersihkan sendiri jugak.. miahahah*  aku tak pe lah, rela aku balik rumah, dan guna toilet aku sendiri..lebih selesa okey! dekat je pun..

*BOSS!! aka ayah aku yg ensom, next our branch, sediakan toilet KHAS untuk our boss yep!! boss n client only. okeyh! baru lah rajin i nak mencuci..huhh!*

aku suka cuaca seperti ini, permandangan yg sejuk mata memandang :)


Busy semacam kah???
Yelah aku ni asik busy je, *busy ape? busy facebook!-wakaka*  takde lah, busy lah dengan agenda seharian aku, sampaikan aku kena 'tepek' calendar widget sebagai ingatan aku tu, takut juga terlepas agenda atau appointment dengan sesiapa.  huhu, korang nampak tak? aku rase tak nampak.. aku je kot.. hehehe :)

Hujan ni dari semalam lagi tak berhenti-henti. dan hari ni lebat mak aiihhhh sampai gelap langit tu ha... macam waktu maghrib atau lepas subuh nak pagi jek. sejuk tak payah cakap lar. aircond dalam office aku ni pun suhu 29 celcius jek, tak ON lemas hidung plak aku nanti.. hehe..

ok las, continue facebooking.... memang ngah tak ade kerja nieh... sangat bersenang hati... lalalalala~
Perlukan perkhidmatan sewa kanopi??? Jom singgah blog HNH Canopy Services ni okey :)

Mar 22, 2011

Jiwa kacau..cuainya aku..

Assalamualaikum wbt..
apa khabar blogger ? hope sihat semua.. cuaca pun alhamdulillah hari ni Terengganu tidak hujan, hanya mendung seketika dan panas seketika.

Apa kena dengan tajuk post aku kali nie???
Entah lah, aku pun tak tahu sejak akhir-akhir ini ada sahaja masalah pengurusan kerja aku dengan client dan beberapa egensi government dengan sedikit kecuaian yang menyusahkan diri aku sendiri. *hampeh!*

 Sumber : http://gallery.minitokyo.net


CUAINYA AKU...
baru-baru ini, penyata dari KWSP sampai di pejabat RZA *office tempat aku bekerja la*  Big Boss a.k.a ayah aku cek caruman penyata semua salah pekerja dan majikan.  Aku pun hairan cemana lah aku boleh tersalah tulis, yang kwsp pun satu, ikut jek apa yang aku salah buat tu.. hahaa... cuma terbalik sahaja, caruman pekerja ditulis pada caruman majikan dan sebaliknya.  langsung aku kena buat surat dan pembetulan terus hantar ke kwsp pagi tadi.


Lepas tu dengan client pula, ada pesanan (LO-Local Order) aku tersilap taip nama bahan dalam invois, itu pun kena panggil tukar invois baru, adoi la.. dah la jauh ke tempat client tu.  mau aku tak pecut 80-130km/sjm. dalam 10minit aku dah sampai kat tempat client tu,  yang sepatutnya mengambil masa perjalanan dalam 20 minit sebenar.ofcoz kereta sangat banyak.. tapi pandai-pandai lah menyelit... heheee...

3 kali dalam seminggu ni aku dok mengulang alik ke gong badak bertemu client, dan hari ni pula invois aku tertukar dengan invois client, invois aku tu tak bertanda tangan pengesahan dari aku, mungkin aku terlepas pandang semasa aku banyak yang kena tanda tangan baru-baru ni. Manalah aku tak pening sekali dapat LO 5-7 keping.. orang kata masyukk kalau dapat LO (Local Oder) ni, Of Coz lar.. Alhamdulillah.. tapi yang mengurus ni pening semacam.....

erghh.. CUKUPLAH 2-3 minggu ni aku kelam kabut dengan kecuaian yang menyusahkan aku nie...

 
 Sumber : google
PAKCIK OH PAKCIK
hari ni semasa aku On the way ke gong badak jumpa client aku tu, nyaris nak terlanggar seorang pak cik depan pasar bukit besar Kuala Terengganu.  yang aku hairan boleh pak cik tu lepas beli paper terus dibaca, then masa nak melintas langsung tak tengok kiri kanan, jalan jek ikut suka hati dia.  aku yang tengah sedap memecut laju dari jalan yang renggang tiada kereta membreak sehabis-habisnya kereta aku tu.. mungkin ada bunyi kesan tayar kereta aku semasa break tadi.. fuhhh kussss semangat!



TEPUK DAHI tiada MOTIF
Dari jauh aku lihat pakcik tu aku dah bagi lampu dan dalam masa yang sama aku perlahankan kereta, ingatkan dia tengok la semasa melintas, tapi hampa, hampir aku dekat dengan dia, baru lah dia perasan, time tu lah die terkinja-kinja depan kereta aku, lepas tu boleh pulak dia gelak-gelak.. mak aihh pakcik ni tak reti bersyukur ke yang dia tu selamat dan hidup lagi... kalau takk.... hurmm.. Innalillah lah kamu!,

Waktu tu aku dah berenti tabik baikkk punya mintak dia jalan/melintas dulu, *jantung aku berdegup 100km/sjm dah time ni* mati aku kalau terlanggar orang, walaupun bukan aku yang salah.  Aku nak bagi HORN, takut pakcik tu ada penyakit jantung ke ape ke,lagi satu, aku ni respect (hormat) pada orang tua, so tak nak lah tidak bersopan dijalan raya, kan gitu..  Terus je aku angkat tangan tepuk dahi aku  huhu.. aku pun tak tahu kenapa aku tepuk dahi aku...memang tiada motif...

Kalau lah aku horn tadi, tak sempat dilanggar dah mati kena terkejut oleh horn. susah plak... bg lampu pun tak nampak.. may be rabun agaknya... haishhhh... orang tua orang tua.. sabaww jerkk lah....

*perlu kah saya memimpin pakcik semasa melintas selepas membeli surat khabar dengan secara tiba2 sahaja pakcik melintas tanpa menoleh kiri kanan dahulu??*

Selamat Datang ke Blog baru saye.. sila layari HNH ILHAM ENT.

Mar 19, 2011

Istikarah

mudah-mudahan aku diberi petunjuk olehNYA...
hati aku semakin tak keruan.. entah kenapa..

dengan nya aku semakin jauh.. terasa semakin jauh..
tapi yang ada didepan mata aku sekarang.. aku tidak rasa apa-apa..kadang tu aku rasa diakah? tapi entah lah...


mungkin hanya perasaan.. mungkin kerana kesunyian ada yang menghiburkan....

masa masih ada... berdoalah mungkin ada yg terbaik untukku....

Insyaallah.. ;)

Areja : siap modified PC + Laptop, dan aktiviti seterusnya siapkan blog HNH, pamplet dan business card. ;)

Mar 12, 2011

ayat-ayat terakhir.....

Assalamualaikum wbt....

Takziah aku ucapkan pada negara Jepun dan di kawasan sekitar yang juga terkena kesan tempiasan Tsunami di Jepun.  aku harap rakyat Malaysia yang berada di Jepun selamat terutama cousin aku juga yang belajar disana.  Tapi khabar beritanya dia selamat, alhamdulillah.  Semoga bencana ini menjadi ikhtibar dan keinsafan buat kita semua. Berdoa lah agar kita sentiasa tenang dalam mengharungi dugaan yang melanda. tiada apa lagi yang boleh kita lakukkan melainkan berdoa dan berdoa kepada ALLAH SWT agar kita selamat sejahtera juga dilindungi bencana-bencana alam ini. Dunia akhir semakin dekat.... tabah lah...

Ayat-ayat terakhir aku bukan bermaksud aku hendak 'stop' menulis blog kesayangan ku ini.. ayat-ayat terakhir aku masih ada penyambungnya.. Cuma ia sekadar luahan hati...

Assignment aku yang masih memerlukan ayat-ayat terakhir untuk aku melengkapi tapi masih tergendala.. Tertekan pun ada dek kerana soalan assignment yang aku rasakan diluar kawalan dan pengetahuan am aku.. sudah puas aku meng 'google' tapi maish disitu.. Ayat-ayat terakhir belum ada penyambungnya....

ALhamdulillah, 2 sahabat aku hari ni dilangsungkan perkahwinan mereka, semoga mereka berkekalan hingga akhir hayat.  hari ni aku hanya 'berdua' ke perkahwinan sahabat-sahabat aku ini. bukan maksud untuk menyakiti hati sesiapa, tapi memberi 'pengenalan baru' agar tiada lagi memori lama...

Siapa tahu aku dan 'berdua' itu berjodohan? Hanya Allah sahaja yang tahu... terkadang hati masih sayangkan yang lama. memang perit untuk hilang begitu sahaja.... aku hanya merintih dan berdoa padaNYA agar DIA memberikan aku petunjuk jodoh ini. ampunkan lah dosa-dosaku........



kembali menyambung ayat-ayat terakhirku.... lagi dua hari tarikh 'submit' akan ditamatkan.. selamat berjuang wahai Cik Areja... :)

wassalam.

Mar 1, 2011

Marry Me.......

Alhamdulillah..
got gaji, got bonus hari nie... hehe

Boleh lah aku menyimpan dalam tabung aku. Tabung haji.. bukan untuk buat pergi haji ye, belum sampai masanya lagi..Insyaallah kalau lebih boleh lah aku buat untuk ke umrah/haji pada masa depan.. Harap tercapai :). Tak lama lagi ibu ayah aku nak pergi umrah plak, bagi kenal-kenal tanah mekah dulu.. Alhamdulillah.

mengira dari sekarang banyak benda yang aku sedang target untuk aku grab nanti..hehe...

belum boleh buat belian hadiah perkahwinan untuk bakal suami ye... entah siapa bakal suamiku? hak3.. marry me..... *tetiba*

daripada dok berangan dan angan-angan mat jenin, baik lah aku siap kan cepat-cepat asignment aku ni.. semua tinggal 50% je lagi.. atas rajin dan malas aku je nie...
Owh teringat pada MR.Tedy ;) *tetiba lagi..*

dalam dok layan lagu tu ada satu lagu yg selalu aku dengar kat Mix.fm best juga.. memang jiwang.. tapi bermakna... :)

Jan 3, 2011

Mr.F saya benci awak!!

 pash falling foe a heart broken player Pictures, Images and Photos

Mr.F saya benci awak!!
Mr.F saya benci awak!!
Mr.F saya benci awak!!
Mr.F saya benci awak!!
Mr.F saya benci awak!!

areja : Luahan tak bertauliah... muahehee
mood : EMO

Jan 2, 2011

sendirian 2011

Belum terlambat aku nak ucapkan SeLaMaT TaHuN BaRu 2011 buat semua pembaca..
bermula tahun baru semua orang akan menyimpan azam.. alhamdulillah begitu juga aku...

 
Semoga azam yang ditanam menjadi kenyataan...

Azam untuk diriku ohh masih begitu....
haha.. aku rasa macam aku tidak mahu menyimpan apa-apa lagi azam untuk tahun 2011 ini. Biarkan ia berjalan dengan sendirinya.. biarkan takdir yang menentukan. aku hanya menjalani kehidupan aku seperti biasa.  menyambung segala aktiviti yang sudah aku rancang...


Seperti biasa setiap soalan mengenai ke alam rumah tangga...
sentiasa membingitkan telingatku dan membebankan mulut serta lidahku.. apatah lagi hati untuk menjawab pelbagai soalan mengenai itu... bukan aku tidak usaha.. biar saja Yang Maha Mengetahui menentukan segalanya....


Pengajian ku di Tahun 2011..
Alhamdulilah tahun ini adalah tahun terakhir aku belajar. hanya ada 2 semester. dan aku target dengan 2 paper yang aku terpaksa mengulang exam tersebut akan aku catch up pada 2 semester terakhir aku ini.. Insyaallah aku akan cover sehabis baik. ini sahaja peluang yang aku ada.


Syarikat baruku yang masih tergantung...
Borang mendaftar nama syarikat sudah 3 bulan siap aku isi.. tersimpan rapi dalam laci meja di pejabatku.. tapi masih belum aku submit.. entah mengapa beratnya hati... pelbagai dugaan yang mendatang, pelbagai kata dan pandangan mengenai setiap perniagaan yang aku ingin buka... sentiasa melemahkan semangat aku...
adakah perniagaan yang aku ingin ceburi kalini ini akan menampakkan masa depan aku nanti?? perlukah aku takut dan tidak yakin lagi dengan setiap kata dan pandangan yang mendugakan reputasi perniagaan aku kelak?  Tahun ini aku perlu teruskan dan abaikan segala pandangan negatif tersebut.Ya! aku tidak perlu menangguh lagi...... Ya Allah kuatkan lah semangatku.. berikan lah aku kemudahan agar setiap kerjaku berjalan dengan lancar.. amin...


Kewangan yang mengikis hati nurani...
Semakin hari semakin aku bermasalah dengan kewangan.... bukan sifatku yang suka menyusahkan kedua ibu ayah aku. Juga sahabat-sahabatku. terasa diriku teramat tidak berguna untuk membalas budi ibu ayah yang telah 24 tahun membesarkan diriku dan menjaga ku... terasa diri ini anak yang masih tidak boleh menanggung ibu dan ayah.. walaupun ibu ayah aku masih mampu...  aku juga seperti anak-anak yang lain teringin juga untuk menghulur penat lelah kerjaku kepada orang tua.. agar mereka berasa gembira... tapi apa dayaku... makan pakai masih ditanggung ibu ayah... gaji yang tak seberapa sekadar cukup membayar loan study, kereta dan bil2 ku..terasa kadang itu aku alpa.. alpa dengan nafsu hati sendiri.... bukan aku tidak beringat.. tapi aku degil masih ada sifat kepentingan diri sendiri... biarlah masalah ini hanya di tahun 2010..bukan lagi di 2011... kini aku sudah dewasa.. dewasa yang meningkat 25 tahun......


Sahabat tercinta...
Terselit indah.. bersahabat bagai lara yang tersetia... Sedikit kata, kelu lidah menelan pahit di jiwa... ada juga sahabat bagai cerita indah mengukir senyuman melayang hingga ke awangan... terindahnya pertemuan itu..  *senyum* 

Hidup yang kadangkala dilanda kesepian mengundang jiwaku mencari pengisi teman.  bukan lagi Mr.right.. tetapi seorang gadis yang dianggap teman luahan jiwa... Aku tersilap langkah... sahabat disalah ertikan.... diri ini tahu akan kesudahan ceritanya terjadi sesuatu yang memudaratkan... akhir 2010 mengakhirinya.... 2011 moga ada sahabat yang lebih memahami.... biarkan sahabat-sahabat itu bahagia dengan sendirinya.....


Sahabat pengubat rindu....
Mr.Right yang aku dambakan hanya khayalan.... mengapa masih aku berjumpa insan yang susah untuk memahami cinta Ilahi?? kenapa sentiasa ada halangan diriku dan dirinya??  Biarlah rinduku ini pergi dibawa angin... cinta tiada yang setia melainkan cinta Ilahi.... hanya pasrah menanti pengubat rindu Ilahi... biarkan aku bersendirian... dan hanya berdoa menyembah Keagungan Tuhan....

"andai kasih tercipta kerana NYA, lengkapkanlah... andai kasih hanya berpada-pada..leraikanlah.... biarkan diri ini bersendirian... jiwa meronta kasih nan abadi... akan cinta Ilahi...." ~Cik Areja

Sendiri ~ May



Dinginnya di malam ini
Suasana pilu
Terkenang daku kembali
Sejarah silam

Setelah engkau pergi
Sepi hatiku
Terpadamalah api cinta
Musnah harapan

Mengapa engkau sanggup
Mengubah fikiran
Hanya kerana
Peristiwa itu

Kau hancurkan kota cinta
Yang kita bina bersama
Di masa Yang lalu

Kini aku terus tersiksa
Oleh kepalsuan cintamu
Tinggallah aku sendiri
Menanggung derita ini

Setelah engkau pergi
Tertutup hatiku
Tak mungkin bercinta lagi
Biarku sendiri

Dec 30, 2010

Kita da tak bole SMS lagi daa.....

haishh... iphone ke? blackberry ke? ke? atau? Hmmm..... simpan dulu lah hasrat tu...
makin kuat aku berangan nak hand phone baru, makin menjadi-jadi hand phone aku ni buat hal..adehhh...
kali ni terus tak leh sms dah... kalau tak sebelum ni buat Hang jek.. itu boleh bersabar lagi...

So, bila tak leh sms ni, boleh lagi ke aku nak bersabar eh?? Muahaha.. macam boleh lagi je... nak pergi hantar baiki macam tak ada masa lagi buat setakat hari nie. humm... 


Senang-senang doakan sajalah maxis potong bil talifon aku, tak larat aku nak menjawab sms setiap orang kena reply dengan call dorang. adehh... kalau yang tak penting tu tak de lah aku nak menjawab nye.. yang penting tu jelah. setakat bertanya khabar dan wishes.. mintak maaf lah aku takkan jawab atau call balik.. huhu.. Harap maklum..

ecece.. macam lah nombor talifon aku ni public number je.. Mengada.. nak kena story morry jugak kat blog ni..nampak sangat aku dah semakin bosan.. hiahahaah...

Areja : alhamdulillah, aku harap 'orang gila' tu dah tak ganggu aku lagi. maybe dia dah lost url blog aku nie, sejak aku tukar url baru, nombor talifon aku pun dia dah jarang ganggu.  kalau dia jumpa balik url blog ni tak tahu lah aku nak buat cemane lagi.. tawakkal je lah...

dan..

Hatiku rasa cemburu.......... T_T  bila diberi peluang dia tidak menghargai dan bersungguh. bila aku senyap dia merayu dan bersungguh.. apakah....??

Dec 27, 2010

Penat menanti penghujung 2010

Ibu : "the end of disember tahun 2010 ni ibu dah CLOSE.."  *uikk ibuku speaking*
Areja : "close apa ibu?"
Ibu : "calon2 yang akak ada tu, semua diam seribu bahasa...So ibu tak terima dah semua!!"
Areja : "Ohh.. takpelah kite cuba yang lain plak.." *sengeh mcm kerang busuk..boleh ke gitu?*

Perlu kah aku berserah pada Allah tanpa berusaha mencari jodoh?? Sedangkan ada yang mengatakan "Jodoh tak perlu dicari, ia datang dengan sendirinya jika takdir sudah tiba" owhh bolehkah begitu??

Rasanya macam subsidi plak, nak itu nak ini semua tunggu dan berharap tanpa usaha.. bolehkah Allah hendak memberi 'subsidi' itu sedangkan usahanya tiada??

Mustahil.. bagi aku semua yang berjodohan pasti mereka ada usaha walaupun sedikit, dengan keberkatan doa dan usaha Allah makbulkan jodoh itu...itu lah takdir kita yang ditetapkan NYA... betul tak? kecuali ajal maut...

Areja :
Penghujung 2010 apakah yang patut aku settle kan ??
1. Close akaun syarikat, utk buka akaun baru pula pada tahun 2011 nanti..
2. Memilih yang terbaik untuk masa depan aku..
3. rasanya dah tak ada apa lagi yg perlu aku 'kemaskan' jadual harian aku untuk hujung tahun nie..banyak yang dah settle kot.. hehe
4. Alhamdulillah

Awal tahun 2011 apa yang aku patut mulakan??
1. Buka akaun baru syarikat untuk permulaan tahun 2011.
2. Dah ada yang setia :))
3. teruskan usaha diet aku sampai ke berat ideal
4. tumpuan pada study sepenuhnya..
5. Insyaallah

Suaranya.. Rambutnya...geleknya...ohh heels nya....hiks! ComeL!

Opss terbosan sudah terubat :) thanks for AD, pandai juga si AD ni carik lagu bagi aku senyum.. *ade pape ke AD? haha...gurau jek* sila senyum ye AD..jangan kerut-kerut dahi tu..

OK, cuba dengar lagu ni, title tu macam 'kasar' je bila dibacakan, dengar pun dah rasa kasarkan? rasa macam lagu ni ada lucah pun ada kowt..huhu

So korang abaikan jelah F**K tu... aku pun tak suka..janji boring aku hilang..

Neway video ni sangat ComeL, bersahaja dan lucu pun ada :D suka hati je si Lily Allen tu buat orang kecik besar, kecik besar je aku tgk *gaya ckp mcm si sam dlm movie adnan sempit tu*,, korang tgk sendiri lah :) pasti tersenyum punye..


dan satu lagi yang aku suka tengok dan dengar lagu dari Lily Allen nie, Not Fair,


Suara yang comel

Huhhuu.. tengok saat yang ke 0:24 - 0.27 kalau aku menari macam tu bole kurus tak??
Huhh! saat 0:56 - 0:57 aku suka dengan itew! macam berkenan, walaupun old fashion...haha

Alahai, style rambutnye.. seakan-akan *aku* cemane lah kalau aku potong rambut aku bahagian depan then buat mcm tu? Cute jugakkan? wehoooo...

Areja : Lapar atau tidur? mana lebih baik?? hahaa....

Dec 17, 2010

Kenapa kamu tiba-tiba 'senyum'??

Ehh... Mr.Ted.. baru perasan wajah awak ada 'senyuman'.. sebelum ni nampak macam nak marah je.. peluk lah cemana pun kamu tetap macam nak marah pada saya.. kenapa ya?

Aawak buat lar hal dengan saya.. saya campak jek kamu tepi dinding! macam Mr.Red sebelum ni, diia pun dah tak berani buat hal dengan saya, sebab dah selalu kena campak kat tepi dinding paling best tepi pintu toilet tu... sekarang Mr.Red dah menjaga hati... so Mr. Ted awak pun kena pandai menjaga hati lar okey! kalau tak nak kena campak jugak..hehee...


 
See... Happy nya dia.. :D

Ehh Mr.Ted awak malu-malu ke bergambar dengan Mr.Red??? aiseh kan awak dah lama berkawan dengan dia... tinggal sebilik, tidur sekatil... aisehh.. mesra kan Mr.Red nie? Berkawan baik-baik ye.. Jangan gaduh-gaduh taw..



OoLolooo.. gitulah kawan....good boy!

Haa... ni pic masa mula-mula Mr.Ted dan Mr.Red berjumpa.. baru berkenalan lar katakan...
Nampak macam Mr.Ted ragu-ragu lagi tu... hehe so cute!




Mr.Ted & Mr. Red, jangan jadi macam guppy & Jojo ni okey... suka berebut selimut, berebut katil.. tak best lar macam ni.. nak tidur pun pakat tonggeng punggong memasing...!! Ishkk tak senonoh!...shuhhh! shuhhh!

Nov 28, 2010

ORANG GILA Please laa... STOP LAa GANGGU LIFE AKU!!

Salam.. Alhamdulillah Assignment aku selamat dah hantar ke OUM submit online melalui LMS OUM tadi.. *legek!* tunggu hari Final Exam je lah bulan 12 nanti..

Note : Entry aku kali ni memang panjang gila baban.. So kalau malas nak baca, korang baca jek yang mana aku wat Bold kan dan HURUF BESAR tu... yang lain korang skroll-skroll jek lah sampai naik senak jari korang tu..hahahaa...STORY aku yang paling HANGAT dan lama dah aku nak LUAH, baru malam nie aku FREE n FELL untuk menulis tentang ORANG yang SYOK SENDIRI kat aku nie... aku pun tak faham kenapa dia jadi Syok GiLa kat aku yang hanya insan biasa nie....lama lagi tu..dah nak masuk 5 tahun lah kalau bulan 12 nanti dia ganggu hidup aku....

CRAZY! Pictures, Images and Photos
Bukan orang sebenar... huhu.. aku pinjam dari incik google :)

OK, berbalik pada topik or title kat atas tu... ORANG GILA yes ORANG GILA.. sama ada dia ni adalah diantara korang yang tengah baca blog aku sekarang ni, or silent reader, or yang aku kenal atau yang tidak kenal, mungkin diantara korang ada ORANG GILA nie...

Apa yang aku nak story morry kan kat sini.. selama 6 TAHUN aku Blogging, aku tak tahu dari tahun bila dia perhatikan aku.. tapi dan yang pastinya dia kenal aku luar dari blog ni. then may be dia tahu kerjaya aku bidang IT, ofcoz die dapat detect dengan mudah aku dalam alam maya nie kan?? Selama yang aku sedar ORANG GILA ni mengganggu hidup aku selama 4 tahun, bermula aku praktikal SPIKE@TERENGGANU di Bukit payung, dan time tu aku baru lepas putus cinta dengan someone. tapi aku tahu exbf aku tu takkan buat aku mcm nie... kalau betullah dia, dia takkan tahu keadaan semasa aku dan nama-nama kampung yang berdekatan kampung aku.. so ORANG GILA ni memang dekat dengan aku....dan dia kenal family aku..

Mulanya aku layan, layan sekadar bertanya siapa kah dia, coz kenal nama aku, asal usul aku dan tahu background study aku sebelum ni.  Then aku bertanyakan dari mana dia dapat nombor talifon bimbit aku, hampir 5-6 orang rakan-rakan spike yang sesama praktikal aku dia kenal.  Tapi tidak juga memberitahu pada aku perkara yang sebenar mengenai diantara mereka yang memberi nombor talifon bimbit aku... nama-nama tu seperti hanya main-main untuk buat aku terus mencari dia dan tercari-cari macam orang bodoh.... seperti menghantui minda aku terhadapnya... ni mainan apa nie?? Psyco ke apa??

Dia tahu segala background aku dan family aku, nombor plat kereta ibu dulu yg aku selalu guna ke tempat praktikal aku dulu  pun dia tahu pada masa itu.

Dan sekarang nombor plat BeeOrenn (Myvi aku) pun dia tahu.. siap colour lagi dia tahu.. Aku tak tahu lah ORANG GILA ni mengamal apa yang dia tahu segala2nya tentang aku.  erhh!! sikit lagi aku nak tergolong dalam kategorii sakit hati... sangat2 serabut.. bila fikirkan siapakah orang gila nie???

KALAU aku tak fikirkan pasal dia, atau aku lupakan pasal dia.. dia tetap mengganggu aku dengan SMS-SMS yang seperti dia sedang memerhatikan aku dimana sahaja aku pergi... Kalau korang lar dengan keadaan macam ni tak ke rasa RIMAS????? langsung yang lupa tu terus jd ingat then terfikir2 lagi tercari2.. Boleh aku plak yg jadi GILA!!! arghhhhh!

Kemana sahaja aku pergi sekiranya terserempak dengan nya, sedangkan aku langsung tak kenal, pasti dia akan Miss call aku atau massage aku then dalam SMS tu :

"awak nampak cantik hari nie..."

Teks SMS hari lain sekiranya ternampak aku lagi..

"awak dengan adik2 pergi mana? saya nampak awk lalu kat jalan pasir panjang td, awk tak nampak ke saya pakai Mazda3"

Hari lain..

"awak klu awak tak percaya kat saya, awak cari lah kereta saya, saya pakai Subaru warna biru plat WNS 52"
Lagi...

"Awak, saya nampak awak kat jalan bukit bayas.. awak nak g mana tu??"

Hari lain dia nampak lagi aku...

"awak, saya tengok awak makin kurus sekarang nie... apa rahsia ye?"
Adakalanya..

"Awak saya minum air kelapa ni kat simpang 4 chendering, meh lar teman saya.."

Lagi....

"Taknak teman saya makan ke?? saya makn sorang-sorang je ni"
Gila kan orang nie?? AKU LANGSUNG TAK KENAL DIA!, RUPA DIA! APA-APA BERKAITAN DENGANNYA LANGSUNG AKU TAK PERCAYA!!   SMS-SMS yang dia hantar pada aku sengaja untuk buat aku tercari-cari akan dia.. GILA-GILA...

dan banyak lagi SMS-SMS dia yang aku tak ingat.... actually malam ni dia siap hantar gambar muka aku yg aku buat profile blog aku ni.. gambar gedik muncung aku tu lah... Alahaiii... kali ni memang betul-betul dia cari NAHAS dengan aku la...!! Macam lar aku ni meterialistik sangat dengan nama2 kereta dia.. dan yang aku geram macam lah aku ni yg tergila2 kan dia.. BODOH punya OLanggg!!! Ofcoz dia dah baca BLog aku nie.. dan tak mustahil dia curi banyak gambar2 aku dalam blog nie....!!

ni picture aku time ngah kuros2 dulu nieh.. hahaha... adehh... bergedik jek tau.. 
sumber dari peti Folder aku le March 2009


Pernah suatu hari aku layan dia, kononnya hendak tahu siapakah ORANG GILA a.k.a SECRET ADMIRER yang GILA nak MAMPOS kat aku nie...Aku dah berapa kali ajak dia jumpa aku, then berapa kali aku dah kena tipu dengan dia.. Sampaikan aku cari dan tercari di kawasan kononnya dimana dia tinggal, plate kereta dia, tempat dia kerja, semua nya TAK WUJUD!!! Semakin lama aku naik fed up! then baru aku terasa selama dia perhatikan aku. dia hanya main-mainkan diri aku dan mengganggu hidup aku! ORANG GILA ni dah membuatkan hidup dan hari-hari aku TAK TENTERAM!!

dan..

AKU menjadi bertambah tak tenang, bila dia hantar SMS-SMS JIWANG dia pada aku.. Siap dengan lagu-lagu lagi...adehh laa... Dia memang GILA! GILA BAYANG GILA ANGAU!! LAGI OTAK YANG LANGSUNG TAK CERDIK DAN TAK PANDAI..! PENAKUT!! YEAA LELAKI PENAKUT!!!

Ada ke patut, dia cakap SAYANG dan CINTA kan aku, dia rela perhati kan aku dan tengok aku dari jauh dari berhadapan dengan aku.  Tak ke korang rasa Orang ni GILA????

Then, pernah dia cakap, aku ni dah kenal dia? SIAPA? Background yang dia ceritakan pada aku pun berputar belit. kalah Cacing kerawett yang berbelit2.... HEy!! Tolong lahh! aku dah tak tahu lagi apa hendak buat dengan orang macam nie???

Dan ada lagi dia request kat aku.. Aku boleh kenal dia tapi dengan syarat aku mesti TERIMA CINTA DIA, DAN KENAL DIA LEPAS AKU TERIMA PINANGAN DIA.. sebab DIA TAKUT AKU TOLAK CINTA DIA, WHAT DA FFFFFF?????? C.. Mau tersembur gigi2 kapak aku nie! rasa macam aku nak POTONG KEPALA TuTTT dia sekarang jugak!! Aku tak pernah lagi jumpa LELAKI YANG PENAKUT nak MAMPOS macam ORANG GILA nie!!

Dan Sekarang ini.. ada lar seorang kawan kepada kawan aku yang tengah menyamar utk berkenalan dengan ORANG  GILA ni.. apa yang bagusnya dia nie kalau ORANG PEREMPUAN memang akan layan baik punya... so, byk la clue2 sememangnya dia tahu tempat-tempat yang berkaitan dengan diri aku... dan Yang BODOH punya SI PENAKUT ni abis dia menjaja nama aku dengan Orang yang berkenalan dengan dia. ORang yang berkenalan tu kononnya tersalah nombor la... then terus dia buat kenalan..bagus dia layan semua....Orang jenis apa dia ni aku tak tahulah.....yang kawan menyamar nak berkenalan tu, bagi tahu satu persatu. dan kawan menyamar tu juga kena tipu!, dia memang LICIK! Semua INFO yang kawan menyamar tu bagitahu aku mengenai ORang GIla ni SAHH semua nya PUTAR BELIT LIDAH KELING BELAKA!!


Dan untuk aku selesai kan problem aku dengan ORANG GILA ni ada 2 sahaja cara terbaik,

first :   Aku terpaksa korbankan Nombor Hp kesayangan aku yang tak pernah aku tukar2 dari start aku pakai Hand phone mula2 dulu then tukar kan kepada Nombor Hp yang baru/lain.  Problem kalau aku tukar no lain,

1. masalah contact dengan client -client lama
2. masalah contact dengan kawan-kawan lama.
3. masalah contact dengan urusan study/urusan kerja.
4. masalah aku kekok nak menggunakan nombor selain nombor lama aku nie.. sebab aku dah rasa serasi dgn no aku nie..bukan aku tak cuba pakai nombor2 hp yg lain, tapi diri aku ni tetap setia yang nombor lama aku nie.. aisehh.. *setianya lah aku...hahaa*


Second :  Aku terpaksa buat LAPORAN POLIS, (ikut nasihat operator Maxis), tapi tak musahil dia boleh pakai no lain dan ganggu aku lagi kan??

Third :  Aku kena KAHWIN........woo woooo... bergoyang jap kepala... ahhahaha  *Ohh.. MR.Right where r u?? please safe me now...!* Miahahaaa

Erghhhhh...!! KECIK PUNYA PROBLEM dah rasa macam BESAR-BESAR PUNYA PROBLEM bab NOmBor talifon nie.... adakah aku masih boleh bersabar lagi??? Bila Hari ni tahun ini, Sudah 4 TAHUN ORANG GILA nie MENGGANGGU KETENTERAMAN HIDUP AKU....!! APA LAGI YANG BOLEH AKU LAKUKAN???

Kalau korang plak rasa nak kenal dia aku bagi nombor talifon ORANG GILA nie..
013 9351192  &   0179785795
Pasti layanan terbaik punya untuk korang... ha ha haaa..
*macam aku plak yg naik gila.. Astargfirullah....hehehe~*


Kalau betullah ORANG GILA tu sekarang dah pandai usha aku melalui alam maya nie atau kenal blog aku nie.. cuma aku nak cakap satu je "MUNG NI MEMANG GILA ANGAU, PENAKUT PAHIT!! PENAKUT BULU!! SEORANG LELAKI YANG PENAKUT BERHADAPAN DENGAN KENYATAAN!!! MALU LAR DENGAN DIRI SENDIRI!! JODOH, AJAL MAUT TU SEMUA KUASA ALLAH TAALA, BUKAN MUNG YANG TENTUKAN!! ADA FAHAM!!" *Terengganu language*


*Mung = Kau


Haa.. nilah Ruperr aku sekarang.... makan dan makan jekkk.. sampai bentuk pipi pun dah takda!!
almaklum laa.. musim kenduri kawen hujung2 tahun ni kan.. nasi minyak aje lee... huhu..badan pun dah tak larat dah nak tampung minyak2 nie.. lagi2 kess Orang Gila nie.. yang buat aku bertambah naik Minyakkk!!
Sumber : snap pada 21 Nov 2010


Note : MAAFLAH kawan-kawan sememangnya ayat-ayat aku diatas terlalu kasar untuk tontonan dan bacaan umum.... Aku dah rasa terlalu emosi lagi EMO dengna ORANG GILA yang mengganggu hidup aku ni yang hampir 4 tahun tak pernah serik lagi muak mengganggu aku yang sememangnya dah MUAk dengan gangguan2 nie... aku meluahkan disini, SEANDAINYA DIA terbaca atau memang tengah baca blog aku nie, untuk diberi pedoman DAN WARNING TERAKHIR dari aku...

Moga Allah memberi petunjuk kepada orang yang tidak mahu lihat aku tenang ini. Agar dia diberi pengajaran dan pedoman. Perkara yang buruk itu adalah datangnya dari kesilapan aku, dan yang baik itu adalah datangnya dari Allah Taala...



Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More