Love, like a river, will cut a new path whenever it meets an obstacle. - Crystal Middlemas -

There is only one happiness in life, to love and be loved. - George Sand -

"Enemies, as well as lovers, come to resemble each other over a period of time."

"It takes years to build up trust, and just seconds to destroy it.."

You know you are in love when you see the world in her eyes,and her eyes everywhere in the world.- David Levesque -

Love is like magic And it always will be.

Love is unselfish,Understanding and kind,For it sees with its heart And not with its mind!!

When you love someone,all your saved-up wishes start coming out. - Elizabeth Bowen -

Showing posts with label Makan-Makan. Show all posts
Showing posts with label Makan-Makan. Show all posts

Oct 12, 2014

ikan bakar vs arang bakar

hi..hi..hi.... :)

assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, what a have wonderfull feeling on this weekends... berbahasa omputehh aku... entah betul..entah tidak ayat grammar b.i tu.. lantoks ler.., asal korg faham.. tak faham buat tak tahu je okey..

hari sabtu, entah kenapa incek suami buat nak makan masakan kampung aje kerjanye... takde kaedah dalam kamus menu ber gym dia nak makan masakan kampung.. tup..tupp.. jom sayang..kita p makan ikan baung kat kole berang.. malam kita p makan ikan bakar O kt dapur arang,kole ibai..

okey, kat sini.. aku nak cerita satu lokasi tempat makan baru di kuala terengganu, area kuala ibai. kat kuala berang tu aku rasa dah komercial sangat..may be.. o_0

beberapa keping snap..snapp.. from us... kerenah-kerenah bila kelaparan dari incek hubby n my little stronger's boy aku nie ha... punya lah pelahap membelasah ikan bakar iaitu ikan kerisi bakar dan ikan kembung bakar..

sambal2 dia? perghhhh.. terrrbaikkkk... bolehlah korang rase ikan dan beberapa menu masakan kampung yg lai  kt kedai makan dapur arang ni... mmg best! buka malam je tau! jadi, siap2 ler sesi menggemukkan bdn...tp setakat ikan bakar kosong, cicah air asam atau sambal kicap atau yg terbaik budunya.. apelah sgt kan ?!.....
diet makan yg terbaik dah tu.. ;) cuma nasi jgn ambil byk2 lah yea..

dan last... aku suka warna2 pada kedai makan ini... merahh... cun gittewww...

ok check it out!

Oct 10, 2014

sushi vs salmon mentah

kalau bab makanan jepun dan lagi lagi ikan salmon mentah serah sahaja pada incek hubby. pantang sebut salmon, mau je dia ajak aku terus ke kedai makan Petama, iaitu salah satu restorant di bandar kuala terengganu yang menyediakan makanan korea dan jepun.. western pon ado....

hari hari kat rumah pun dah ada ikan salmon nie, tapi sekali sekali mau jugak layan tukang masak kat kedai katenyerr...

ok selamat menjamu mata... ;)

Jun 17, 2011

Weekend dengan Nasi Kerabu daging bakar.

Assalamualaikum,

Happy Weekend ;)  Alhamdulillah have a wonderful today :)

Hari ni macam biasa asal weekend je ibu aku memang suka masak sedap2, buat laksa lah, laksam lah, nasi minyak lah, nasi dagang lah, nasi kuning lah then this weekend nasi kerabu daging bakor plak.. hoorayyy!




Kekadang tu tak hari weekend pun ade jugak nasi minyak ke nasi beriani ke. ikut kerajinan ibu dan permintaan anak2.. kekadang aku sendiri pun nak makan itu ini kena lah masak sendiri then ibu kau tunjuk-tunjuk je.. see.. the real sifooo time memasak tau..haha




Adik aku si Atin tu tengah bakar daging yang aku perap tadi, hurmm wangi-wangi jek menusuk lubang hidung aku ni.. dah terliur rasenye. ayah pun dah balik semayang jumaat, aku je belum solat zohor lagi. *kantoi lambat...* neway, aku nak mandi dulu lah dah dok kat dapur macam-macam bau rempah ada ni time memasak tadi...lepas mandi baru lah boleh solat dengan bahagianya ;)

Haishhh kalaulah Hp aku ada, dah lama aku tempek gambar-gambar kat sini banyak2 kan best dpt view gambar kat korang.. tapi apakan daya korang berdoa jelah supaya Hp baru aku yang masih dalam penyelenggaraan tu siap dibaiki.. *tak puas lagi nak melepaskan rindu pada HTC Desire HD aku tu.. T_T*


ok, have a nice day sumerrr.. :D wassalam.

May 11, 2011

ibuku keharuan... sayang sgt ibu..





Alhamdulillah, wishes selamat hari ibu selamat sampai pada ibu tercinta.

Happy dapat makan sambil menyambut hari ibu pada 9 mei baru-baru ini di RFC. Itu pun restorant RFC dah nak close dan ayam goreng pun dah nak abis. Huhuu... bila aku sebut nak buat jamuan untuk ibu sempena hari ibu sekejap, terus akak cashier tu cakap, ayam ada tapi kena tunggu 15mibit. Fuh lega aku rasa. Boleh teruskan makan-makan..hehe.. thanks pada akak cashier tu juga berikan extra nugget untuk ibu aku...hehe

Owhh cup cakes tu pun sgt sedap ;) thanks to kak farin.

Kad yang bertemakan 'hari-hari IBU kami' secara tak sengaja ibu aku sebak bila baca ayat-ayat ucapan last minute yang aku dan adik-adik perempuan aku yang lain reka dalam kad tersebut.

Aku ada merakam detik tersebut. Tapi malu plak nak tunjuk kat blog ni lain kali lah. Hihi..

Ok, gud nite semua...
Sayang ibu bukan pada hari ibu sahaja, sayangi ibu setiap detik. Setiap masa. Setiap waktu..kerana kasih sayang beliau tidak pernah luntur walaupun sedetik itu berhenti..... selamat hari ibu sedunia.....
Published with Blogger-droid v1.6.8

Dec 31, 2010

Happy Aniversary in 2010 cont..WELCOME 2011

Kali kedua aniversary untuk 8 tahun pertubuhan syarikat ayah plak.. sambil-sambil ayah aku ni nak belanja pekerja-pekerjanya makan. dan ada Juga saudara terdekat. hehe.. hapening malam tu. sangat best! Tempat pun sama juga, D'Muara Live Seafood. nak tahu lebih lanjut apa yang best kat restaurant ni korang leh pergi ke link ni --> D'muara




Staffs Kejuruteraan RZA. yang budak kecik tu tak termasuk okey..!

Para isteri dan anak2 pekerja, ibuku dan adik2 ku...sabar menanti sebelum ngap itu hidangan :)

Terima kasih kepada waiters dan waiteress yang melayan karenah-karenah staff  Keuruteraan RZA dengan mesra dan penuh kesabaran. hehe...

Sangat berselera.. best sangat..!

Ibuku yang sangat Cantik pada malam itu..hehe

Big Boss and his wife 
Dimulakan dengan doa..then terus ngap!! hehee... tak cakap banyak dah time ni...makan beramai-ramai..

Lady Boss.. muahehehee *gambar tuan belog mesti lor kan..hiks3*

3 dara pinky + purple girl

Happening.....

Alhamdulillah.. Semuanya selamat pada tahun 2010. aku harap tiada apa lagi yang tertinggal di akhir 2010 ini.. semua nya berjalan dengan lancar. segala dugaan penuh pancaroba yang aku jalani pada tahun  ini menjadi satu kenangan terindah dan termanis buat diriku kelak.  segala dugaan dan ujian yang melanda akan lebih mematangkan aku.
Semoga perniagaan ayah aku dan juga aku bertambah maju dan lebih berjaya. Insyaallah. amin.. amin...


WELCOME 2011!

Happy Aniversary in 2010

Salam to all readers :)

Apa khabar? apa azam anda untuk ke tahun baru 2011 nanti? hehehe... mesti macam-macam azam yang tersimpankan? azam saya?? huhu... dah cerita entry sebelum ni tapi sikit-sikit je saya story pun.. neway... sebelum tahun 2011 menjelma iaitu esok.. saya nak story mory sket sal sweet couple ni.. jeng2x.. yang lain dan tak bukan... ofcoz la ibu ayah saya.. dari dulu sampai lah anak dia yang dah besar panjang ni, dah masuk 24 tahun menyelami kebahagiaan alam rumah tangga.anak 7 dah pun.. alhamdulillah *24 tahun umur aku tu okey..hehe*


HAPPY ANIVERSARY 24TH IBU DAN AYAH. Akak doakan moga ayah dan ibu sentiasa bahagia dan berkekalan hingga akhir hayat. semoga ibu ayah menjadi kawan terbaik dan ibu ayah terbaik di dunia dan akhirat.tanpa ibu dan ayah siapalah akak dan adik-adik di dunia ni... akak dan adik-adik sentiasa menyayangi ibu dan ayah, ibu dan ayah adalah PENAWAR SUKA & DUKA kami.. we always LOVE YOU..much and more.. muaahhh!

So, baru-baru ni ayah belanja makan untuk kami satu family.. ayah yang belanja okey.. bukan aku!.. heyahahaa... anak apakah aku ini? tapi tak mengapa... sebab ayah yang dah janji nak bagi suprise utk isteri tercinta iaitu ibu kesayangan kami nie...

masa ni, lepak2 kat tepi pantai batu burok.. kekenyangan selepas dinner malam tu. Ibu ayah cakap, macam dulu-dulu je masa muda dulu selalu pergi dating tepi pantai,time tu aku ada dalam perut ibu.. hehe..Ibu ayah aku bercinta lepas kahwin..best kan? tu lah petua yang bahagia sampai skrg.
*patut la aku pun suka melepak tepi pantai, upenya port dorang berjangkit kat aku* hehe... how sweet~

So kami pergi lah makan kat D'Muara Live Seafood Losong. *Bolehkah aku mendapat suami sebaik ayah aku?? romantik, gentleman sehingga ke usia tua mcm ayah aku ni... bolehkah??...aku besyukur..*

Buat pertama kalinya aku dan family pergi makan di situ untuk mencuba,..harganya tak payah nak cerita lah.. makan ikut pakej dan kepala.. So, bagi ayah aku dia tak kisah, asalkan ibu aku happy dan anak-anak nye kenyang.. *time ni aku tak hold diet lagi..hehe*


Sedak tak? huhu.. ada lagi ni... malas nak snap semua.. masa nie air liur aku dah 40x telan nak ngap lauk-lauk nie.. muahehee..


makan jangan tak makan...

Makan jangan tak makan... time nie sedih gak. sebab aku booking awal tempah makanan dan tempat duduk tu.. lastly, sampai2 je tak siap lagi makanan dan tempat duduk pun kena tukar, kes ada pelancong mat saleh mane entah berebut nak duduk juga dekat meja yang aku dah book tu... memang meja yang aku book tu dapat view cantik la sambil menikmati makan malam. beralah je la..
*Ada tak yang nak ajak aku candle light dinner??* muahhaaa verangan..

Tempatnya pun cantik-cantik, layanan pun mesra. lagi-lagi di kawasan tepi jeti tempat orang letak boat nelayan dan permandangan pulau wan man dibelakang restaurant tersebut sangat indah.. waktu malam indah dengan sinaran lampu :)

hehee... continue next entry.. tempat yg sama juga untuk dinner aniversary syarikat :)

Dec 21, 2010

Ini cerita DIET

Sebelum tu aku nak umumkan yang blog aku sudah ditukar link nya...

arejasweetmemory.blogspot.com/ 

testing banner :) hehee.. test, test ok ke tak?


December 2010, bulan yang paling mengerikan aku. bila timbang dah masuk ke angka "7"..Ops!
apa mau jadi nie? paling last aku dpt berat angkat "7" ni pada tahun 2007... bertuah betul nombor "7" ni kan??

BMI (Body Mass Index)

Sebelum ni aku dah berusaha mengekalkan berat aku walapun bukan berat Ideal tapi maintain kan BMI aku kepada paras normal iaitu lingkungan 23 - 25 sahaja.

Bila dah masuk 26......

Baru lah aku terasa teragak-agak nak buat itu dan ini.. jaga makan dan nak bersenam, tapi bila musim hujan macam ni bila masa aku nak bersenam? bersenam atas katil syiokk lagi babe!! setakat sit up tu boleh je aku buat, hehe... tapi bab nak menjaga makan tu, boleh kah nak mendisiplin kan diri???

Skipping? letih sket dah tak nak buat.. hahaa.. tapi aku tetap amalkan dan buat sedaya termampu..sejak-sejak aku dah sedar diriku semakin menggebu :) 

Tengok gambar jantung tu, bila lemak dah memenuhi ruang pembuluh darah, mana lagi darah nak lalu??
haaa.. mulalah terjadi penyakit, darah tinggi, kencing manis, diabetis, strok lah.. n etc

Gemuk VS Gebu

Aku tak berani untuk mengatakan diri aku "GEMUK" kerana perkataan tu tidak akan memotivasikan diri aku untuk ke berat Ideal aku.. So aku suka gelarkan diri aku "GEBU" heheee. macam kucing jek...tapi aku tak kisah pun kalau ada orang nak tegur aku ni dah gemuk! walaupun kadang tu sedikit terguris hati aku dengan gelaran tu, sedar diri ini.. *sejak bila entah aku semakin sensitif??* hohooo

Healthy Check Up
So, sekarang baru nak sedar la ni kan? kan? Haa.. bila dah check dapat tau paras darah dah nak masuk 7 iaitu nak hampir ke darah tinggi.. baru terkejut terberuk kan?? betapanya aku tidak menjaga makan selama aku sedar diriku 'Sihat Walafiat'..


Baru ku tahu organ pun ada umur. Maksud aku setelah check up, usia organ dalaman tu sudah berumur 42 tahun. Woopss!! aku baru 24 tahun okey.. Baru.. baruuu 24 tahun....
Ape kes organ dalaman aku menjadi seumur 42 tahun ni??? sedang kan aku barumur 24tahun.. terbalik plak kan? huhu..

Time ni segala ukuran dari atas kepala sampai ke jari kaki, perunding tu chek aku.. sampaikan ke berat dan segala nya dia telah catatkan sebagai laporan kesihatan aku. So, bila calculate dapatlah masalah 
badan aku ni simpan lemak, dan kandungan air yang menyebabkan badan aku ni naik mendadak beratnye..

Itu lah penyebabnya yang kes Organ dalaman aku menjadi tua, dan seperti mau uzur, jadi tenaga aku pun seperti mak cik yang berumur 42 tahun la... aiyooo..*Sama umur dgn ibu aku je ni.. tapi bertenaga jek aku tgk ibuku.. mesti umur organ die 24thn*. patut lar selama ni aku rasa cepat letih, drive jauh-jauh sikit sampai rumah terus kebabomm terjun atas katil..tidur selena-lenanya... lagi satu, badan aku terasa lesu dan tak bersemangat.. ini semua kerana organ yang semakin tua. dek ditenggelami lemak-lemak yang jahat. lemak baik tidak akan mengganggu organ dan membuatkan kita tidak sihat okey.. igt tu!..

Diet Seimbang

First, memang aku tengah ambik suplimen makanan, suplimen makanan ni untuk aku mengurangkan jumlah kalori yang aku hadap tiap-tiap hari tu. kiranya sebagai pengganti makan waktu breakfast, lunch and dinner lah. bukan ubat slimming atau ubat-ubatan yagn dijual di farmasi, klinik atau direct selling tu ok.. dan juga untuk membetulkan semula sistem organ dan darah aku agar kembali muda... eh silap, kembali normal dan membuang segala lemak dan toksik dalam organ aku nieh...

Tapi aku ambik 2x sahaja sebagai ganti iaitu time makan berat, time lunch and dinner. kadang tu aku tukar lunch ke breakfast.


The Cambridge Diet Program
kalau nak lebih tahu mengenai diet program yang aku amalkan ni korang boleh ke The Cambridge Diet
untuk pengetahuan korang, program ni bukan sahaja untuk dari yang gemuk ke kurus, malah yang kurus pun boleh gemuk maksudnya program untuk ke berat ideal (normal) disamping  menjaga kesihatan dan mencegah penyakit 'PAKEJ' tu. ok.

1 sachet tu bersamaan 411 kalori. Tahap metabolisma aku ni hanya 1432 kalori sahaja yang betul-betul boleh membakar makanan apa yang aku telan tu.  So, kalau aku makan lebih dari 1400 kalori sehari bermakna selebihnya akan menjadi lemak.. huhu.. bermakna sebelum ni, yang cepat sgt naik badan aku ni kes aku menternak lemak lar, makan lebih had kalori maybe dalam 2000 kalori sehari.. Ohh tidakkk..... T_T

So, bagi hendak kurus atau ke berat Idea, eloklah hadap makanan dalam sehari tidak melebihi 1000 kalori sehari. Owhh boleh kah??  T_T  bagi lelaki tidak melebihi 1500 kalori sehari.

Sama juga kalau tak ambik suplimen pun.. korang just kurangkan kuantiti makan tu contoh : biasa makan nasi 2 senduk, korang makan lar dalam 1 senduk saje then ambik lauk pun yang lite2 jek.

adoo ke aku ambik lauk lite2 lunch hour kemarin eh??
areja : "nasi setengah je mokcik, lauk sayur ade? pahtu sotong tumis tu je lah"
mokcik : "sayur nangka masak lemok je ade nok eh..sotong nak yg suku ke setengah?"
areja : " hmm.. takpelah seulas doh le nangka tu, sotong setengah?" *huhu.. takdenye nak lite2 klu dah hentam kedarah kat kedai makan nie..*

owhh.. lain kali kena hati-hati. Silalah berdiet,dan beringat...

takde kaitan ngan diet... aku suka dengar suara dan lagu Ana Rafali ni.. best :)


Second, bersenam lah korang sedaya termampu. paling biasa aku buat pun kat rumah skipping kira sampai 300x, lebih lagi baik..tu pun susah juga nak keluar peluh, aku dah tua... 42 tahun dah.. organ aku tak larat dah... aisehhh...

lagi.. korang buat lah sit up sebelum tidur dan selepas tidur..eh silap, selepas bangun dari tidur, morning-morning glory time tu.. haaa korang dah celik je mata, nampak en.hubby kt tepi.. haishkkk! abaikan...
korang buat lah sit up sampai penat..

Third.. aku nak balik umah da lar, ada kat office lagi ni, penat perut aku menahan air yang perlu dibuang, kes byk sangat aku minum air kosong. ye lah, kalau nak sistem dalaman menjadi baik, eloklah banyakkan minum air kosong, lebih 2 liter satu hari. bukan setakat sistem dalaman pun baik, kulit pun akan menjadi lebih cantik. tak gitu??
Jangan jadikan jantung korang dipenuhi lelemak seperti ini, kalau korang nak tengok real jantung seperti ini, korang tengok lar jantung ayam.. sama jek macam jantung kita.. jaga lah diet kalau nak sihat.

ok sekian untuk cerita diet hari ni.. nanti aku cerita lagi.. buat setakat ni aku baru amalkan 3 hari. 0.5kg baru berganjak pergi :)) owhh lagi 9.5kg. sila cepat berlalu ya...

Areja : Petang ni nak ke D'Muara Live Seafood, tempahan majlis makan malam bersama staff syarikat aku. huhu makan lagi. cemane lah aku nak cover diet time nieh?? huhu.. Insyaallah. nanti aku akan update dinner aku bersama anak2 buah syarikat ayah aku ni. neway ini kali kedua aku makan kat tempat ni. ok ketemu di lain hari.. daa....!

Dec 19, 2010

We don't need parachute..

"We just need umbrella....Yes just colorfull umbrella.. 
Make we laugh, happy and sharing together with love..."

Angin kuat sangat time tu.... nasib budak 2 org ni tak tebang...

gataiii.. nak buat ala-ala parachute... hahaa..

Haa... ni lagi gataiii..bole ke payung tu nak angkat.. gedabak2 tu naik?? sume *gimuk2..haha

Malam tu.. 3 beradik ni tujuannya keluar just nak ke hypermarket, beli barang dan teman si kakak nye ni bank in cek di cimb bank, tau jelah si kakak ni tak kira siang malam pagi petang asyik dengnan cek sahaja untuk di bank in. * tu lam handbag ada lagi check yg belum di bank in.. tergendala coz hari ni terlalu sibuk* kalau cek tu terus cek di nombor akaun aku takpe jugak. huhu... ~bahagia~ cek tu adalah amanah dari kerjaku...

Ateh & Achik

Ayoung & Ateh

Berbalik pada malam tu... owhh malam masih muda, so berjalan2 lah 3 beradik ni di kampung cina, ada taman baru kat belakang tu yang dinamakan Pulau Warisan, actually si kakak ni dah biasa pergi dan shoot pun kat situ.. so, sesaja lah bawak adik2 plak yg tak pernah tengok lagi.. *takde pape pun.. tempat melepak jek yg ado pon*

Posing sket.... howyeahhhh

Ololoo ayussssnyee...

Bila 3 beradik ni berjumpa a.k.a anak2 dara si Rahim dan Murni ni berkumpul, ofcoz laa.. kalau bab bergambar ala-ala gedix sedikit nak keterlaluan tu, mesti adoo nyee... tak kira tepi longkang pun leh jadik!..
Sila layan gambar yang tak seberapa berkualiti ni.. tapi tetap sweet memory bagi aku dan adik2 ku...

Bluberry cheese cake.... peringkat pertama...

Peringkat terakhir, gila kejam melahap anak2 dara si Rahim nie..

Owhh... Tiramisu Cheese Cake.. i'm in love with u....

Baru sampai, terus hujan lebat.. so melahap cake dalam kereta. :) aksi bergedixx yg tak diduga..

Melahap tak hengatt doniaaaa

Bluberry cheese cake yang terakhir T_T lepas ni kena diet.. da kena stop makan!!

adios~ ;) wink

areja note : Program diet sedang bermula.. tengok dalam 30 hari ni. we count. boleh tak hilang 5kg hingga10kg in 1 month..ho yeahh..

Dec 17, 2010

Puding Roti Bakar nyum nyummm

Hye.. salam jumaat.. :)

Neway, semalam aku try satu resepi ni.. huhu.. tak ada kerja petang semalam, so aku membelek lar resepi yang ada dalam internet ni.  yang paling aku rasa dah lama aku nak belajar dan teringin sangat nak buat Puding Roti Bakar..! Humm Nyumm..nyummm.. akhir nya menjadi juga aku buat.. hehee dah lar time tu aku puasa semalam..bagus betul orang berpuasa dapat masak cukup citarasa ni. :)

Bila mereka berkata...
Ayah cakap :  "Hmm sedap..."
Ibu cakap :  " Hmm wangi.."
adik2 :  " Nak lagi kak young.."
kak young : " aku puass...."

Jemput-jemput makan.... air kopi buat sendiri ;)


cemane? tengok macam sedap kan? ambik lar resepi ni,

Puding Roti.
Bahan-bahan:
  • 6 keping roti (sy campur roti putih dan roti gardenia breakthru, kemudian potong dlm bentuk kiub kecil - sekeping roti dapat 16 kiub)
  • 1 sudu besar butter
  • 1/2 cup brown sugar
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 cup kismis

Cara-cara:
  1. panaskan oven slma 10 minit....
  2. potong roti menjadi kiub2 kecil...wanie potong 1 keping tuh dapt 16 kiub
  3. dalam mangkuk laen...masukkan gula + butter....kacau sampai sebati pakai whisk..
  4. selepas dh sebati masukkan telur n kacau smpai sbti jga..
  5. masukkan tepung gandum +esen vanilla n then kacau smpai sebati..
  6. masukkan susu cair sedikit demi sedikit sehingga habis 1 tin...
  7. masukkan roti yg dipotong td dlam adunan...kacau sampai semua roti disaluti adunan td...
  8. biar roti dlm adunan slma 5 minit..
  9. griskan loyang dgn butter then tuang adunan td kedalam loyang dan taburkan raisins atas adunan..
  10. bakar pada suhu 180 degree selama 45 minit...
Resepi ni aku cilok dari Resepi Wani   Thanks wani coz share resepi Puding Roti yang best nie.. :)


ni tangan gatai-gatai snap gambar puding yang baru jek kecut lepas keluarkan dari oven..


Yang ni plak sebelum masuk oven... jangan lupa biarkan roti tu kembang sekejap sebelum bakar..


Areja : INsyaallah, petang ni rasanya nak try buat lagi, hantar kat orang mengaji Al-Quran tepi umah aku ni plak.. hhehe

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More