Love, like a river, will cut a new path whenever it meets an obstacle. - Crystal Middlemas -

There is only one happiness in life, to love and be loved. - George Sand -

"Enemies, as well as lovers, come to resemble each other over a period of time."

"It takes years to build up trust, and just seconds to destroy it.."

You know you are in love when you see the world in her eyes,and her eyes everywhere in the world.- David Levesque -

Love is like magic And it always will be.

Love is unselfish,Understanding and kind,For it sees with its heart And not with its mind!!

When you love someone,all your saved-up wishes start coming out. - Elizabeth Bowen -

Showing posts with label Meow. Show all posts
Showing posts with label Meow. Show all posts

Jul 23, 2012

Jojo dlm kenangan

Dulu... Semasa hayatnya ada... Selalu sahaja dimanjai.. kucing yang baik dan dgr kata.

Alhamdulillah hidupnya hanya bertahan 2 tahun sahaja.. mungkin kerana Allah lebih sayangkannya...

Jojo, semoga dikau aman disana...


Jun 20, 2011

Kucing bersayap

uik?? kucing bersayap? ni first time aku lihat gambar kucing bersayap.  Ajaib kan? ini lah kuasa Allah Taala nak tunjuk pada manusia kekuasaanNYA.. so jom layan gambar kucing bersayap ni.. comel :)


Dan selebihnya korang tengok kat sini jelah. KUCING BERSAYAP

Cik Areja : agak2 kucing ni bole terbang ke ea suatu hari nanti? 

Jan 24, 2011

sesaat pun aku tak miss....

Hari ni, dari subuh aku terjaga sendirian mulanya senak perutku kerana untuk membuang air.. tapi bila tengokkan jam sudah 6.05 pagi, terus sahaja aku mengambil wuduk dah solat subuh. Baru aku angkat takbir, terdengar bunyi suara ibu aku sedang menegur nenek di ruang tamu (nenekku tidur di satu sudut ruang tamu rumah) "Mie, Subuh baru je azan..."  Skali lagi aku mengangkat takbir tanpa menghiraukan azan subuh yang sedang berkumandang. Selesai solat aku tidur. *memang tak leh buat isteri solehah, lepas subuh tidur balik! muahaha*

Jam 7am, aku terkejut, sambung lagi tidur. Jam 8.30 am aku terkejut lagi, selak langsir tingkap tepi katil aku dan melihat langit, dah cerah....

masih termenung atas katil... memikirkan perkara dan kerja apa yang harus aku lakukan hari ini...

Jam 8.45am aku bangun dan bersiap untuk ke kerja...

9.30am selepas breakfast aku ke ofis, melihatkan apa yang patut aku kena settle kan untuk hari ini.
Urusan aku dengan Jabatan Pembangunan
Senarai Quotation membekal barang binaan untuk 5 bidang berlainan dan 1 bekalan untuk pertandingan yang masih kosong belum di letak harganya..
Borang membuka akaun kewangan semasa syarikat yang masih kosong belum terisi..banyak yang aku perlu isi, personal, company info, form utk buku check, penyata dan sebagainya... huihhh

Ibu talifon,
"Young, harini janji temu dengan doktor haiwan, kena bawa Puteh ni, Luka dia tak baik-baik lagi.."
"ok, tapi akak nak beli alas meja utk sewaan ni, tak cukup lagi.."
"Ok, sekali jalan!"
"pagi ni dok dang bu, petang la lepas zohor"
"ok"

Dipagi hari ni, aku just menyiapkan kerja mengisi borang dan mengisi harga quotation utk client aku tu. lastly apa yang aku sempat hanya ke Wisma Persekutuan sebab urusan yang paling mustahak.

Petang aku ke Klinik, dan Puteh mendapat 6 jarum untuk lukanya yang seminggu berlubang dek kerana sifat keibuan yang terlampau..*nanti aku tunjukkan gambarnya*
Selepas itu, aku mencari alas meja, tapi hampa semua tak ckup meter untuk alas yg aku nak tu.. kedia tak byk simpan stok.. aku nak 40meter. tapi tak dapat. maybe bersambung esok sesi mencari alas meja.

Petang selepas kerja, aku dan ibu bekerja keras pula untuk belajar cara-cara memasang scallop kanopi. semua ini kerana business dan new job aku... semoga impian aku menjadi kenyataan.. owhh aku terlupa utnuk membuat satu post story mengenai syarikat baru aku yang sudah siap berdaftar :)

Malam, hari ni aku mengajar. melayan karenah menagement tuisyen dan budak-budak.

Setiap malam aku rasa bagaikan otak aku sentiasa memikirkan hari esok apa yang aku nak buat dan apa yang aku nak buat untuk seterusnya..... kadang tu aku rasa seperti aku hanya memejamkan mata, tidak lena... letih.. tapi kadang tu aku rasa gembira apa yang aku lakukan sepanjang hari.. Otak aku seperti tak pernah berehat... kadang tu terasa juga untuk menelan panadol agar otak aku ni berhenti berfikir sekejap, tapi aku masih waras... So, aku layankan sahaja otak aku ini....janji aku gembira. :)

Areja : Assignment 3 subjek yang semua meliputi essay (2500-3000 patah perkataan) belum terlintas di otak aku.... haishhh cemane tu???? hahaaaa dan  kerana ke 'busy' an aku hari ni... ada yang menyepi...

Jan 7, 2011

Jangan jadi seperti JOJO, dan Jojo juga JANTAN..

Jojo pemalas.... nak berbini pun penakut...kesian....selagi Donie berkuasa...




Areja : entah sampai bila aku nak ikut hati aku... Tapi kenapa dia sedia memberi harapan yang tak pasti? kenapa aku masih menunggunya?? sampai bila?? Sedangkan kawan-kawan aku selamat mendirikan masjid dan bekeluarga dengan bahagianya......

Kenapa orang yang aku jumpai itu tidak bersungguh dalam menghadapi ujian hidup?? takut kah???  kenapa mesti untuk faham kepada isi tersirat? kenapa tidak tersurat? susah sangat kah untuk berterus terang dan membuat keputusan sebaik mungkin???  kenapa dibiarkan sahaja sehingga masa yang ada berlalu basi seperti itu... 

aku tak faham dengan dunia lelaki zaman sekarang......

Dec 17, 2010

Kenapa kamu tiba-tiba 'senyum'??

Ehh... Mr.Ted.. baru perasan wajah awak ada 'senyuman'.. sebelum ni nampak macam nak marah je.. peluk lah cemana pun kamu tetap macam nak marah pada saya.. kenapa ya?

Aawak buat lar hal dengan saya.. saya campak jek kamu tepi dinding! macam Mr.Red sebelum ni, diia pun dah tak berani buat hal dengan saya, sebab dah selalu kena campak kat tepi dinding paling best tepi pintu toilet tu... sekarang Mr.Red dah menjaga hati... so Mr. Ted awak pun kena pandai menjaga hati lar okey! kalau tak nak kena campak jugak..hehee...


 
See... Happy nya dia.. :D

Ehh Mr.Ted awak malu-malu ke bergambar dengan Mr.Red??? aiseh kan awak dah lama berkawan dengan dia... tinggal sebilik, tidur sekatil... aisehh.. mesra kan Mr.Red nie? Berkawan baik-baik ye.. Jangan gaduh-gaduh taw..



OoLolooo.. gitulah kawan....good boy!

Haa... ni pic masa mula-mula Mr.Ted dan Mr.Red berjumpa.. baru berkenalan lar katakan...
Nampak macam Mr.Ted ragu-ragu lagi tu... hehe so cute!




Mr.Ted & Mr. Red, jangan jadi macam guppy & Jojo ni okey... suka berebut selimut, berebut katil.. tak best lar macam ni.. nak tidur pun pakat tonggeng punggong memasing...!! Ishkk tak senonoh!...shuhhh! shuhhh!

Nov 12, 2010

pale hontak ngah serahbott!

Oh please stop thinking about her! not him! yeaa... she is.... damn betul !... makin hari semakin aku tertekan... tapi aku cuba hadapi dengan senyuman.. ofcoz aku rase aku tak JUJUR.. ofcoz aku rasa makin tertekan.. hahaa... *gelak tetiba*

Ok lah aku perlu berpeluh... sudah lama aku tak jogging atau bermain pape sukan... layan badminton lar petang ni di GSC PJ. :)

owite...kite ketemu di lain masa.. adios!~


wif Jojo.. dan aku yg semakin montel bersama Jojo kesayangan ;)

Aug 30, 2010

My Kitty's Contests

Salam..
Hehee.. gatal plak rasenya nak join contest ni.. al-maklum la sempena MERDEKA yang ke 53 ni ramai plak yang anjurkan contest, so ape lagi? jom lar joint same2.. contest nie berkenaan dengan Haiwan peliharaan yang paling korang sayang, entry seterusnya korang boleh ke blog MIA . Hadiah yang best tengah menunggu... hehe.. ok MIA semua syarat saya dah penuhi, let's check out my post.. ;)





Jeng-jeng... mempersembahkan....


Inilah JOJO a.k.a SINGA saya, sebab memang mcm singa!..huhu..tengok bulu di lehernya lebat kan..muka jek kampung maklum lar bapak kampung..badan jek si parsi ikut ibu dia..usia baru 8 bulan tapi badannye sangat gemuk. selalu makan dan makan dan makannnn.. boleh kurus duit belanja tuan asik spend makan si JOJO nie.. haa.. satu lagi keistimewaan JOJO ni pantang tengok tuan dia tidur lena-lena, of coz kacau abis.. gigit2 lar, jilat la.. paling menggerunkan jari jemari dia tu mau nak sama besar ngan 4 jari tuan dia.. huishh skali terkam comfirm menjerit!.. last.. JOJO sangat-sangat manja.. sesiapa gosok bulu dia terus tangkap cintan.. bahaya2.. tak boleh kurang kasih sayang si JOJO nie.. huhu..

note : sesiapa nak SLIM korang boleh tengok kat blog MIA ni jugak, produk yang membransangkan.. Insyaallah saya pun nak cuba juga. :)


Aug 24, 2010

bertungkus lumus....

Perkataan kat title tu mcm jarang da saya dgr skrg nie.. huhu.. takpe la nak pakai jugak..

aisey.. blog da abes maintainance.. agak2 korang rase da cun blom blog saya nie? sedap tak mata memandang? humm mata korang rase mcm ade blur-blur tak kalau baca entry post lam blog nie? klu tak OK inform saya okey.. al-maklum lar saya tgh rajin..hohoo..

Ni pun baru je lepas mengecat rumah.. masih ada 5% nak disiapkan.. hoooraayy.. sakan u'olls nak beraya tahun nie.. padahal terkenangkan cat dinding rumah yg da lusuh. usia rumah ni da menjangkau 8 thn da pun.. lagi-lagi bekas rekahan dek perbuatan kerja-kerja construction Istana Sultan Terengganu, dorang buat letupan batu bukit kat sebelah kampung saya ni..ishkk. saboww jek lah..

nak tau colour ape? haa sabow yek.. eden tak menyempat lagi nak snap2 pic lam umah ni, rupe mcm tokang pecah adoler... kucing pun sodap buat pesta kat ruang tamu rumah tu.. sabow-sabow..

uihhh penat2.. takpe la da kul 2am nie.. esok nak bangun sahur plak.. mandi pun tak lagi nie.. mintak maap le.. klu ade pembaca ade terbau-bau wangian cat tu kan.. haaa.. takde org lain lar tu.. huhu.. ok lar..caw dlu.. selamat bersahur lar ye sume.. saya nak pergi mandi pagi.. huhu.. pai2..

Lalala~

Jun 26, 2010

Saya terkenang akan kehidupan ini.

Ops! bateri dah cas penuh..... ok.. kuasa boleh digunakan sepenuhnya utk menaip... [senyum sorang2]


Ohh.. budak ni dah makin tembum... tapi saya suka dgn pic nie.. old potret ;)

Hari demi hari... pelbagai rintangan yang berlaku... hari demi hari saya lalui dengan ketabahan..
merungut, mengungkit tak lekang dari bibir dengan senyuman.. ya saya tahu kadang tu tidak ikhlas, kadang tu tidak jujur meniti hari utk yang seterusnya.. kadang tu tanpa berkata apa-apa saya teruskan saja.. Insyaallah ketika itu hati saya datang dengan penuh keikhlasan... :)

Apa yang berfikir sejenak di hati saya... moga ada yang lebih baik dari yang hari nie.. menghitung hari demi hari.. bekerja, belajar dan mengajar hari demi hari masa dihabiskan begitu sahaja... di rumah, menguruskan rumah, mengarah pada adik-adik, memarahi mereka jika ada yang tidak kena di mata saya.. Ohh! itu lah penangan kakak Sulong...


Diner satu family sempena Father's Day & Birthday Ibu.. Wish you all with Happiness
Love your daughter & Son ;)

Hujung minggu..sememangnya membosankan bg saya tapi kadang tu terasa juga penat, serabut, lelah dengan telatah nenek, menguruskan makan pakai mandi dan segalanya.. bukan selalu saya menguruskannya.. bergilir-gilir.. tapi dgn org lain tiada lah pula dia hendak mengarah itu ini.. tapi dengan cucunya terutama saya dan adik-adik perempuan saya achik dan ateh.ada saje yang diarahkan nya wal hal perkara kecil sahaja.. HUhuu.. tak mengapalah orang tua.. 2 malam berturut2 saya tidur dirumah nenek, oleh karana ayah cik dan cik ayu tiada ke dirumah. so, saya dan ateh menemaninya.. tak banyak kerenah diwaktu malam.. so datang pula kerenah saya, ateh dan adik bongsu saya pula merebut channel astro dan bergurau2 senda di atas toto yang melapikkan kami tidur di sisi katil nenek... bila mata dah letih kami tidur.............

"Membelai kucing dapat menghilangkan stress dihati..." betulkan fakta nie?


Donie yg notti... bijak lagi manja...

Yup.. saya sokong 100% sebab tu saya dan keluarga membela dan amat meminati kucing2.. dari saya kecil sehinggalah saya dewasa, kehidupan saya sentiasa diriangi dengan kucing-kucing. sekarang dirumah sudah ada 14 ekor kucing yang menjiwai kegembiraan saya sekeluarga..
siapa kata membela kucing ni menjijikan?? kotor?? bulu yang menyebabkan penyakit? bagi saya semua andaian itu saya ketepikan.... sampai skrg Alhamdulillah tiada penyakit yang dibawa dari kucing2 kami bela.. mereka meriangkan hati kami..kebersihan sentiasa dijaga.. kalau saya cerita bab kucing sampai esok pun tka abes lagi.. so just stop ;)


entah bila saya lukis nie? tak igt.. may be mase tgh bergayut.. ilham pokok ni terlukis kot.. huhu.. ape daa... ngah emo.. tp sekarang takde lah EmO2..huhu

"Bila nak kawin...?? umur bukan makin muda.."
Hari demi hari masih berlalu.. saya masih disini.. dan masih menghitung hari... bukan kerana saya ni terlalu memilih... mungkin hati ini masih memihak pada yang satu... mak sedara dan ayah sedara menziarahi keluarga saya di kampung ini persoalan itu sentiasa menghatui jiwa.. kesedihan dihati terpapar diwajah.. mungkin belum sampai seru nya... siapa yang tak mahu kahwin nikah dan berkeluarga??? Ada jodoh tak kemana... moga ada kesampaiannya suatu hari nanti.. Hanya doa sahaja yang saya panjatkan.. Insyaallah ;) Ok, just stop! :)


Latest.... saya yang tak reti dah nak ber diet.. huhu.. dah makin chumby :D

ok lah dah azan isyak.. takde pape pun yang nak diceritakan sangat.. cuma luahan hati saya untuk kesekian kalinya... moga Allah melimpahi rahmat & rezeki kami sekeluarga..Amin.

May 21, 2010

Hari Ini Saya Rajin! Ya Saya Rajin!

Salam.. selamat hari Jumaat untuk semua.. ape ye korang buat hari nie? lagi2 negeri yang cuti hujung minggu seperti Terengganu, Kelantan dan Kedah...

ok lah sementara menunggu solat maghrib masuk, terasa plak jari-jari saya ni hendak menaip dan meluahkan diary harian saya hari ni.. OHHh.. LOVELY Day.... *Senyum*

Rehat vs Rajin..
Huhu.. ingat kan rehat bole lah kot goyang kaki..tapi sebaliknya...Saya rehat hari ni bergoyang-goyang kaki.. fuhh entah berapa kalori turun hari ni.. berpeluh tak renti-renti.. huhu.. best-best!
dari pagi bangun *tak lah seberapa pagi pun* dengan tak mandinya lagi.. trus-trus ke dapur.. cari makan isi perut dulu.. penting tu.. hohoo.. then buat teh tarik.. *tetiba rasa nak minum teh tarik* then tgk kan meow-meow ni sonok jek bermain, haishh.. korang ni tak mandi lame dah nie.. so, mandikan lah mereka-mereka ni 12 ekor kesemuanya.. fuhh...berpeluh mengejakan meow-meow ni.. then tgk kan rumah berabukk tu tak payah cakap lar.. satu rumah saya mengejakan hari ni. sampai k bilik *tuan sendirik lar ye* dikemas tukar cadar tukar karpet.. *puas hati* >_________<

Petang plak...
"Kak Young.. tolong ibu ni.. buat telur dadar pahtu potong-potong halus nak letak atas pulut kuning..." "ok..."
Tengokkan di luar rumah.. baju plak tak berjemur.. 3 bakul plak tuh.. mak aihhh.. dorang ni.. baju-baju ni nak tinggalka utk stok kucing-kucing pijak balik ke ape? so, jemur lah saya di tgh panas terik tadi, tgk plak Bee Oren, semalam baru jek cuci di car wash 2 jam ko menunggu.. lepas ni nak g balik car wash tu 40x kene fikir. erghh tencion.. apa lagi, gilap-gilap lar bee orenn bagi bling-bling.. *Jangan ko buat perangai sudaaa!! * then last siram pokok bunga....

teringatkan hari nie... tak payah pergi joging pun takpe.. peluh keluar banyak daripada joging jek rase.. huhu... timbang-timbang.. same jugak berat.. :(

Hari -hari yang BZ ku lalui..
Sebab hari ni sahaja.. ya hari JUmaaT, satu hari sahaja saya boleh berehat.. coz esok sudah bermula kuliah saya untuk semester MAY 2010, Happy study to OUM Student and Welcome to Semester MAY 2010. then selepas kelas esok pukul 2pm, saya dijemput oleh pihat YPU untuk event Usahawan Muda di TTC.. humm agenda nye tak tau pape lagi nie.. tapi pergi je lah. mana lah tau ada apa-apa yang penting perlu juga saya ambik tahu.

Ok, next hari plak, dari hari Ahad to Selasa.. kena pergi kursus plak. Kursus PKK (Pusat Khidmat Kontraktor). Kursus tu berkenaan Microsoft Project dalam Industri Pembangunan. erghh dlu dah belajar Microsoft Project ni tapi Industri IT heh heh... takpe lah asalkan belajar. semua tu dapat pengalaman.. dapat cari pakwe baru! haishh... *abaikan statement pakwe baru tu..*

lepas hari hari itu baru lah lega....

Opss.. tak lega lagi... lepas hari hari itu saya nak ke bank renew my Roadtax and Insurans BeeOren.. alahai ko BeeOren.. menghabiskan setiap helaian kertas2 yg ada muka agong tu jek *Ohh duit dimana kau duit...!!*.. takpe lah demi ko, ku sanggup.. asal ko berbakti sepenuh masa utk aku....

Lagi? Lom lega....
Kenduri kawen sana sini.. jemputan ke kenduri kawen sahabat-sahabat bersusun kad tuh,.. hadiah2 lom lagi beli.. haishhh.. sekali lagi *Ohh duit dimana kau duit...!!*

~tak sabar rasenye nak make up sahabat tercinta aku... di kenduri kawennya nanti.. walaupun dia telah sedikit mematahkan hati aku dgn sikap terburu2nya... aku redha. dia tetap sahabat baik aku...~

Ok lar.. apakah award utk kerajinan aku hari nie? dan terlebih rajin may be... Jom lepas isyak ni nak ke bandar lar kejap.. cari Heels.. byk sgt event saya hujung dan awal bulan nie.. da lame tak shopping heels.. hak2. baru jek dapat coach Handbeg dan sepasang kain, tak buat baju lagi tu.. heels pulak jadi sasaran.. Bankrup trus lepas nie....Muahaha

mane leh saya dapat heels seperti ini? o_O

Ok, dah2 yang mane tak solat lagi.. cepat solat.. abes waktu kang! k tata...
wassalam.. ;)

Jan 22, 2010

Ingat tak 'COmeL' yg hilang hari tu??

Sebelum ni saya pernah buat satu entry mengenai MISSING haiwan peliharaan kesayangan family saya..


Comel berumar 4 bulan

Alhamdulillah baru2 ni ada kawan ayah saya ke rumah kawan die sebelah kampung saya ni, pak cik tu bgtau ayah saya dia ade ternampak kucing parsi mcm kucing kat umah saya ni ada kat rumah kawan pakcik tu. tapi dia tak pasti sama ada kucing tu betol2 family saya punya atau kawan pakcik tu punya. so nak pastikan kucing tu betol ke tidak family sy punya,pakcik tu suh ayah saya pergi tgk sendiri. tapi ayah sy mana lah ade masa kan..so saya ajak ibu saya pagi2 hari lagi ke rumah kawan pakcik kawan ayah saya tu *ponteng kerja hari tu..hehe*.. lagi pun umah die tak lah jauh sgt..
then bila tanya ada tak kucing bla..bla... die pun tunjuk dalam sangkar...Masyaallah...memang betul kucing yg tidur nyenyak atas tanah tu adalah ComeL..dah lar dalam reban ayam...keciannnyer...ibu saya pun terkejut jugak, dah dekat 2 bulan hilang..tak sangka...masih hidup lagi..dan makin kembang bulunyer, warna pun dah seakan warna bulu mak die....bile saya panggil 'COmeL' tiba2 die mengiau..memang masih igt nama die..*Happy*


Sorry..kacau ngah makan ngan itam eaa...

terus kawan pakcik tu suh saya dan ibu ambik kucing tu sebelum anak die balik dari sekolah..sebab kucing tu anak lelaki die jaga..di cakap tak tau dtg dari mana kucing tu, tetiba anak die buat balik..* uik..sabor jelah! anak die yg mencuri upernyer si comel ni..* patut r hari tu, 2-3x adik saya cakap anak pakcik ni lalu lalang depan umah, tp tak sangka plak die berkenan ngan si ComeL ni..ishkkk...klu nak bgtau lah..byk lagi anak kucing kat umah sy ni..tpai klu nak comel mintak maaf laa...sebab bersusah payah nak dpt kan si CoMeL ni..humm...sabor2..

apa2 pun Alhamdulillah, lepas saya dan ibu bawak balik comel ke umah, trus bawak die ke Klinik Haiwan sebab kat telinga die dah dpt kurap! busukk lagi tu..sabor je lah...balik dari klinik dah dpt 1 suntikan ubat..kene mandi plak..cian2...nasib lar adik bradik die yg lain kenal balik si COmeL ni..


Nakal kamu ya!


Bobo..muke yg cute!..

dan sekarang, anak2 kucing saya kembali lincah seperti dulu...bila comel dah ada adikbradiknya sgt2 nakal...huhu seronok tgk dorang bermain...humm Hope tak ilang lagi... :)


kami keluarga yg bahagia :)

Dec 25, 2009

MISSING!!




Kini Comey sudah 4 bulan....

MISSING..

"SESIAPA YANG ADA TERJUMPA ANAK KUCING SEPERTI INI, SILA KEMBALIKAN PADA TUANNYA...
TUAN2 NYA DIRUMAH INI (KG BUKIT, K.TERENGGANU) SANGAT MERINDUI ANAK KUCING INI..TERUTAMA IBU SAYA YG TERCINTA......"
  • NAMA : COMEY
  • WARNA : 4 WARNA (PUTIH, KELABU, KUNING, HITAM)
  • UMUR : 4 BULAN
  • SIFAT : MANJA, JINAK DAN LINCAH.
  • JANTINA : BETINA
Salam..
tetiba upload pic anak kucing yang missing nie...hehee..tapi rasenyer memang tak jumpa dah..si comey nie...maybe ade orang ambik a.k.a mencuri si comey family saya nie...terutama ibu saya lar sedey + merungut je.."windunyer kat comey" katenyer....si comey ni jelah satu2 nyer anak kucing yang menjadi keparsiannya..adik-bradik nya yg lain tak menjadi...yang paling best dorang ni nakal2..semenjak si comey hilang 3 hari ni, adik-bradik dia yang lain dah tak selincah mase si comey ade...ciannnyer.... Da lar die sekor je betina..adik-bradik die yang lagi 3 tu semua jantan..selalu lar buli die..tapi best bila tgk anak2 kucing ni lincah2 kan..humm...takperlah maybe family saya takde rezeki kot...may be Allah nak bagi yang lebeh baik lagi dari yang ni...HOpE orang yang ambik a.k.a mencuri si comey kami ni jaga lah elok2..jgn tak bg makan udah...ciann comey kami nie...Hope org tu bela ngan penuh kasih sayang...Insyaallah..

Ok layan pic nie....


Ni Donie, satu2nya Si jantung hati, tokoh, ketua, jejantan yang teristimewa di rumah kami...sangat nakal, manja, mengada, dan menggoda...



Si Ibu Meow yang membonteng...Snap poyot yang memboncit...lagi tampak seksii....



Ok..cutey..pose lagi..dengan sesi kemalasan pabila membonteng...tiap2 tahun kamu seperti ini kan?? haishhhh!



Si ibu yang membunting.... time ni Cutey tgh pregnant yang kali ke-2.. cutey ni pandai membonting 1 kali setahun sahaja..cucuk perancang itu mesti bgnya..keke...klu tak, tak larat ler..kami nak mengutip anak2 nyer yang sangat lincah tu kurung lam sarang dorang..tak bley letak lam umah.."hasil pelaburan" nya tak larat nak dicuci selalu...huhuh.... * Ayah, Need sarang Meow yang lebih besar, like a Room 10' x 10'..sudah okey...huhu...*


Setelah, 3 minggu melahirkan anak2nya kali ke-2...

Sebenarnya ade lagi 2 ekor anak kelahiran pertama Cutey ni, dah besar pun..sekarang anak die yang jantan tu plak nak "concos" ibunye...ape ke jaddah lah haiwan nie..huhu....men hentamm saja buat projekk...tapi yang bapaknya pun adik bradik gak ngan Cutey tuh...dah lar...janji meow2 ni bahagia...then memecahkan Pasu2 bunga ibuku..then sekarang pasu2 ibu dah ganti ngan yang plastik & yang bakul rotan jek..huhuu..safety first....

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More