Love, like a river, will cut a new path whenever it meets an obstacle. - Crystal Middlemas -

There is only one happiness in life, to love and be loved. - George Sand -

"Enemies, as well as lovers, come to resemble each other over a period of time."

"It takes years to build up trust, and just seconds to destroy it.."

You know you are in love when you see the world in her eyes,and her eyes everywhere in the world.- David Levesque -

Love is like magic And it always will be.

Love is unselfish,Understanding and kind,For it sees with its heart And not with its mind!!

When you love someone,all your saved-up wishes start coming out. - Elizabeth Bowen -

Showing posts with label Study. Show all posts
Showing posts with label Study. Show all posts

Aug 1, 2012

Buku vs incik hubby

Alhamdulillah selamat dah nasi tomato versi mak mertuaku dan pulut durian ibuku bersahur pagi ini..

Incik suami yg sibuk menelaah untuk peperiksaan akhirnya pada semester pertama ini.  Membuatkan si isteri diam seribu kata daripada mengganggu si suami yang sedang kusyuk membaca buku nota OUM nya.

Aku yang berbaring dikatil tatkala merasa penuh diperut masih terasa mengantuk.. ehh tidakk.. aku tidak boleh terlelap dan tertidur selagi solat subuh belum ditunaikan... Azan masih belum berkumandang. Berzikrullah sementara menunggu sahutan solat....

Baiklah...

...


Dec 27, 2011

Tak sempat nak menangis pun...

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, selesai hal ehwal keluarga di Pahang, segala surat menyurat dan undangan saman di hari majlis perkahwinan aku nanti semoga mereka semua datang tepat pada masanya.. Al maklumlah memasing ada tugas di hari majlis aku nanti. tak sabar rasanya hendak berkumpul ramai-ramai. untuk sahabat-sahabat pula Insyaallah dalam masa terdekat ni setelah tesis aku selesai. so sabar ye.. ;)

 Yang secomel aku tuh adalah cousin aku namanya
Marissa Sara ;) *comel ke aku?..gedix mari..!

Tak sempat sampai Kuala Terengganu pun lagi, sis Ana (geng study OUM) sms aku, " Aduyai..sistem n tesis kena hantar ahad ni, kedai nak jilid tesis takdop lak kat sini. dua-dua tak siap lagi.. huhu serabut.." (aku copy sms sis ana semula..kiki)..Makk aihh.. tak sempat lagi kaki aku nak jejak tanah air tumpah darahku di kuala terengganu ni dah dapat sms gempak petanda aku kena siapkan tesis dan projek sistem aku tu sebelum 1hb ni. So dalam masa 4 hari sahaja. Alhamdulillah sistem projek tu dah nak hampir siap, cuma persiapan mengarang tesis masih belum siap, bercampur dengan banyak lagi perkara lain yang perlu aku kena beri tumpuan.

tarik nafas.. tarik nafass...hembus pelan-pelan...istirgfar...

*akhir kata.. kita buat rilekss...

kalau aku cerita mengenai persiapan majlis kahwin aku sekarang, takut otak aku ni asik ingat nak kahwin aje.. so, buat-buat tak tahu jelah.. sehingga selesai tesis ni baru lah aku boleh berblog mengenai cerita hal persiapan majlis kahwin aku.. Almaklumlah kalau bercerita mengenai persiapan kahwin, siapa tak suka kan? semua orang suka kalau cerita bab kawen-kawen nie.. ehehee.. kang kalau aku bercerita.. makin senyum lebar pula pipi aku ni then tak siap tesis aku..apa-apa pun kawan-kawan doakan semoga tesis aku ni berjalan dengan lancar ye.. dan siap tepat pada waktunya. Insyaallah :D Lepas tu kita bercerita pasal kawen-kawen plak.. *gatai semacam jek bunyinya...*

Areja : Mata pejam, Otak berfikir, Tidur tapi tak lena, makan kenyang jek... :)

Dec 22, 2011

Tinggal lagi yang satu itu...

 Assalamualaikum.. :)

Alhamdulillah last paper exam untuk semester ni dah selesai.. mudah-mudahan keputusannya tak menitiskan airmata aku atau perkataan (repeat) yang terkeluar semasa result exam nanti. Itu sahaja yang aku harapkan.. Subjek yang sangat men 'down' kan aku semester ini. bergantung harapan pada markah Assignment sahaja.. *haha..bole macam tu? hisk..hiskk...

Yup.. Tinggal lagi satu..kemudian aku boleh senyum sepuas mungkin... Insyaallah.
Maksud aku tinggal untuk aku siapkan final report atau lebih sedap di dengar Tesis sistem Projek yang tengah aku usahakan bersama seseorang. Kalau aku buat seorang comfirm bulan Januari ni tak naik pelamin lah aku.. ehhehe..

Insyaallah, walaupun sistem projek tu aku 'share' dengan someone tak bermakna aku tak merasa akan kesusahan untuk menyiapkan projek sistem tempahan aku tu. Sebab kesusahan yang aku dah dapat selama nie dah banyak menggantikan apa yang lebih perit yang patut dirasa. Tak mengapalah, asalkan aku dapat siapkan final report tu dengan hasil titik peluh sendiri dan aku akan cari 'fell' projek sistem aku tu dengan cara tersendiri. :)


 
Hurmm.. rindu pula zaman-zaman aku study di UDM a.k.a UNiSZA sekarang. Banyak kenangan-kenangan bersama sahabat-sahabat semasa buat projek akhir. Rasanya video rakaman luahan perasan selepas presentation final projek tu masih ada lagi dengan aku.. So, Ina, Hana, Ida and Yati kalau korang nak tengok jgn lupa ingatkan time hari majlis aku nanti, aku leh tunjuk. sebab video tu aku rakam secara spontan aje.. hehee.. paling best Ina laa.. gelak baik punye!! hehe ;)

Minggu ni aku dan parents nak ke Muadzam Pahang, Johor maybe kalau sempat naik KL. Untuk bermadah atau jemputan kenduri kahwin aku nanti. Untuk kawan-kawan insyaallah lepas aku siapkan final report ni, haa.. baru lah aku boleh tumpukan sepenuhnya pada majlis perkahwinan dan jemputan-jemputan semua.. so, tunggu......... :D

Ok, apa-apa pun minta kalian doakan kejayaan dan kesejahteraan agar dipermudahkan segala urusanku. Insyaallah.

wassalam.

Jun 21, 2011

Pengorbanan ini.....

Hari ni adalah hari terindah, moga hari esok lebih indah dari hari ini ;)

Alhamdulillah, syukur aku lihat result exam semester January 2011 aku meningkat. Rasa susah sangat untuk aku pulihkan kembali result exam aku yang hampir jatuh merundum tu.  hope semester Mei 2011 ni adalah yang terbaik dan dapat meningkat pointer yang lebih baik. Insyaallah.

Bersempena hari lahir ibu aku pada 21 Jun 2011 ni aku nak ucapkan pada IBU tercinta,


Jelingan Manja dari Ibu tercOmeLku.. hehee

Selamat Hari Lahir buat IBU ku yang tercinta tersayang termanja dan Tercantik.  Alhamdulillah kak yong doakan IBU semoga diberi kesihatan dan kebahagiaan bersama anak-anak ibu ini dan keluarga sampai ke bila-bila.  Semoga IBU sentiasa ceria disamping anak-anak dan ayah.  Alhamdulillah semoga sentiasa dipanjangka umur dan dimurahkan rezeki. 

Dan..

Selamat hari bapa buat hari-hari kepada AYAH ku. Setiap hari adalah hari Ayahku.  

Jelingan TeGaS dari seorang ayah a.k.a Boss aku..hehee

Tiada lagi pengganti melainkan ayah. walaupun tegas dalam mendidik anak-anak semuanya adalah untuk kebaikan anak-anak ayah.  Ayah adalah ayah yang terbaik buat diriku dan juga keluarga.  Alhamdulillah, kak yong berbangga sangat dapat ayah yang kelakar, penyayang, tegas dan Hensom.  Terima kasih kerana selama ini menjaga akak dan adik2 dari sebesar zarah hingga lah ke sebesar 'orang' juga isteri tercinta, ibuku yang comel dengan penuh kesabaran dan keperihatinan...Kasih sayangmu tak pernah kami lupakan sampai ke nafas terakhirpun.. Terima kasih ayah, ayah adalah hari-hari kami.... :)

Lepak-lepak tepi pantai selepas aniversary ibu dan ayah, tahun lepas umur aku 24thn, 

so tahun ni sudah 25thn lah ibu ayh aku selamat melayari bahtera rumah tangga mereka, dan umur aku pun makin 'up' lass.. adehh...makin tua aku nie... ibu ayah plak makin tua makin bertambah Cinta....mauu kawennn jugekkk.....!

Tiada lagi hadiah paling beharga buat diriku melainkan anugerah seorang IBU dan seorang AYAH yang ceria, penyayang dan penyabar dalam menghadapi karenah anak-anak, Alhamdulillah aku bersyukur kepada MU Ya Allah dengan anugerah ini. Alhamdulillah.. T_T

Cik Areja :  Siapakah bakal suami aku yang dapat menandingi kriteria seperti ayahku??? heheee....ayahku idolaku....

Apr 26, 2011

Oh, aku dilamar cinta kanopi......

Tiba masanya untuk aku fikirkan mengenai blog aku yang sentiasa sunyi dan sepi apabila aku dilanda kesibukan.. 

Alhamdulillah, final exam aku dah abis hari ni (last day)...Yes! aku dah MERDEKA! MERDEKA!


kenapa decoration meja & canopy macam ni pernah muncul dalam mimpi aku eh?? 
cuma lokasi sahaja berbeza... wass wasss debabasss......santek kan? decoration macam ni lah yang aku dok bayang-bayangkan canopy aku nanti sebelum nieh... dengan lilitan daun2 tuh.. huihh mantap! Garden Style.. sila belajar dan buat deco seperti ini jika anda mampu :) Insyaallah...!

Aku tabik pada blog ini dan gambar ini juga sumber daripada blog ini... Decoration untuk wedding event semua mantap abis.. i loikeee!


WOoo..woo MERDEKA itu untuk seketika sahaja.. bukan untuk selamanya.. kalau selamanya, ofcoz target aku planning untuk berumah tangga la pulak.. hak3..dengan decoration pelamin, baju, guesst canopy, table set, hantaran,  sesi photoshoot gempak punye....


ehem..ehem...(tampar pipi sendiri jap!)..owh bermimpi rupanya...

Ehh...ehh itu bukan prince charming aku tuh! salah orang...hohooo
Cuma aku suka lokasi photoshoot yang diambil atau dibuat oleh ayah sedara aku sendiri, pakcik aku ni dah otai.. lama sudah dia berkecimpung dalam dunia photografer, so semakin lama semakin cantik gambar-gamabr dia, otaii dah nie.. rumah besaw, kereta besaw, bini besaw..ehh silap.. bini die cun...
Lokasi di Terengganu jek nie...tapi entah kat mana.. akan aku cari jugak nanti nieh... ;)

Ofcoz lar tidak lagi utk semua itu.. masih bermimpi-mimpi lagi rupanya...adehh...belum mencapai ke arah itu walaupun sudah mengigaukan si 'prince charming' yang segak-segak itew.. ;) 
 (lagi sekali tampar pipi kiri kanan aku nie!..buang tebiat dah nie...!

Neway, masih ada 2 semester untuk aku tamatkan study aku kat OUM ni.. fuhhhh... kusss semangat...cepat lah masa berlalu untuk aku mendapatkan segulung ijazah dengan bangganya nanti.. Insyaallah.. :)


Aku tak tahu nak cerita apa malam nie (dah byk aku bercerita kt atas, masih tak tahu lagi nak cerita apa?hampehh..).... nak cerita bab kanopi aku tu ofcoz lar sememangnya tak sudah-sudah, nak update pun tak ada bahan, kalau aku cilok gambar-gambar dalam google kang ade yang cakap aku ni memplagiat hak cipta terpelihara, kalau aku letak resources dari mana pun rasa tak ORI sebab bukan hasil kerja tangan aku yang kreatif itewww....(sekali lagi bg pelempang kt muka dak nieh!..haishh).. 

Seriousss aku memang tak suka mencari pasal dengan mencilok hak cipta terpelihara orang..  So, apa yang kau hendak biar lah aku usahakan sendiri. walaupun sedikit lambat atau maybe terlebih lambat......redhooo....janji aku dapat apa yang aku nak...tak gitu kawan-kawan? :) so rerajin lah korang datang menyemak kat blog business aku ni ye..
Maaf lee, blog kanopi aku masih under construction..masih tak byk gambar untuk dijadikan sumber inspirasi pada client aku
Aku masih baru dalam business nie.. :) sila menyokong..hehe.. kamu dan kamu yang membaca adalh sumber inspirasi aku untuk aku majukan business aku ni. Insyaallah :)

 
Sumber  : Mr. Google..tq


Sumber  : Mr. Google..tq

Ini lah Transparent Arabian Canopy tu.. rental dia ofcoz lar bukan harga biasa-biasa okey.. lingkungan RM300 keatas berdasarkan reseach aku lah tadi.. Dan kalau aku nak buat sewa kanopi seperti ini di Terengganu agak-agak ada orang tak nak sewa ngan aku kanopi sebegini??? nak suh ayah aku buatkan kanopi macam ni no problem kot ;) (ofcoz lah sebab aku juga menjual dan membekal kanopi..hehee)

Dalam asyik aku buat servey decoration canopy ni macam-macam style lah aku jumpa, dan yang latest jenis Transparent Arabian Canopy (spt gambar diatas).. haishh maybe sekitar pantai timur ni kurang sket kot rental untuk jenis canopy macam ni, almaklum lah kebanyakkan buat majlis di siang hari, kalau disiang hari tu tiada matahari tak mengapa juga, ni panas terik siapalah nak pakai transparent canopy kan? melainkan majlis itu diwaktu malam then dihiasi dgn lampu lip lap candlelight huihhhhh.... dengan decoration ala-ala white lace tale tu.. sweet garden....

Then...

Lepas tu mula lah aku berangan-angan nak kan majlis aku ala-ala style macam tu, kemudian ditambah lagi aku merapu dengan decoration yang indah - indah di hari majlis aku... aku tak terfikir pun jenis dress apa yang aku nak pakai, tapi fikirkan decoration hantaran, guess canopy, vip table set decoration, pelamin decoration, make up, Hand bouquet dgn orchid fresh flower...mak aihhhh..aihhh aihhh!! ~pengsan~


Sumber  : Mr. Google..tq

Haishh.. Hand bouquet ngan orchid fresh flower idamanku.....Kalau permintaan seperti ini dgn ibu aku, agak-agak dia pengsan tak? sebab dia peminat orkid tersohor... miahahahaa....siap dengan hantaran pun deco nye bunga orkid juga.. hohooo

See.. see.... seriousss aku dah memang betul-betul nak kene penampar lagi pelempang kat pipi muka aku ni, nampak sangat dah ada ala-ala fairy tale yang tengah  berterbangan di sekeliling aku nie.....huishh

cemane lah aku nak upadate blog business aku dengan sebaik mungkin?? kalau setiap kali aku buat research mesti berangan ke tahap baik punya mimpi.. kalau betul tak mengapa juga.. ini tidak... hohoooo....

Then mulalah lepas tu aku menjadi malas..... so, masih terbengkalai lagi.. tapi jadual job aku tersusun rapi tau! client service mesti pantas bertindak... :) harga rental aku standard mengikut harga pasaran dan ada diskaun sempena cuti sekolah.

korang-korang yang dah nak menamatkan alam kebujangan tu, dan memerlukan canopy silalah calling2 aku di no ini 013-9868904 atau 017-9737986 (Cik Areja) atau email sahaja hnhilhament@yahoo.com..

sekian merapu meraban dari cik areja di malam kemerdekaan exam :D

cik areja : Owh prince charming.. aku merindui mu..dushhh! (ambik kau penumbuk satu!)

Mar 12, 2011

ayat-ayat terakhir.....

Assalamualaikum wbt....

Takziah aku ucapkan pada negara Jepun dan di kawasan sekitar yang juga terkena kesan tempiasan Tsunami di Jepun.  aku harap rakyat Malaysia yang berada di Jepun selamat terutama cousin aku juga yang belajar disana.  Tapi khabar beritanya dia selamat, alhamdulillah.  Semoga bencana ini menjadi ikhtibar dan keinsafan buat kita semua. Berdoa lah agar kita sentiasa tenang dalam mengharungi dugaan yang melanda. tiada apa lagi yang boleh kita lakukkan melainkan berdoa dan berdoa kepada ALLAH SWT agar kita selamat sejahtera juga dilindungi bencana-bencana alam ini. Dunia akhir semakin dekat.... tabah lah...

Ayat-ayat terakhir aku bukan bermaksud aku hendak 'stop' menulis blog kesayangan ku ini.. ayat-ayat terakhir aku masih ada penyambungnya.. Cuma ia sekadar luahan hati...

Assignment aku yang masih memerlukan ayat-ayat terakhir untuk aku melengkapi tapi masih tergendala.. Tertekan pun ada dek kerana soalan assignment yang aku rasakan diluar kawalan dan pengetahuan am aku.. sudah puas aku meng 'google' tapi maish disitu.. Ayat-ayat terakhir belum ada penyambungnya....

ALhamdulillah, 2 sahabat aku hari ni dilangsungkan perkahwinan mereka, semoga mereka berkekalan hingga akhir hayat.  hari ni aku hanya 'berdua' ke perkahwinan sahabat-sahabat aku ini. bukan maksud untuk menyakiti hati sesiapa, tapi memberi 'pengenalan baru' agar tiada lagi memori lama...

Siapa tahu aku dan 'berdua' itu berjodohan? Hanya Allah sahaja yang tahu... terkadang hati masih sayangkan yang lama. memang perit untuk hilang begitu sahaja.... aku hanya merintih dan berdoa padaNYA agar DIA memberikan aku petunjuk jodoh ini. ampunkan lah dosa-dosaku........



kembali menyambung ayat-ayat terakhirku.... lagi dua hari tarikh 'submit' akan ditamatkan.. selamat berjuang wahai Cik Areja... :)

wassalam.

Mar 1, 2011

Marry Me.......

Alhamdulillah..
got gaji, got bonus hari nie... hehe

Boleh lah aku menyimpan dalam tabung aku. Tabung haji.. bukan untuk buat pergi haji ye, belum sampai masanya lagi..Insyaallah kalau lebih boleh lah aku buat untuk ke umrah/haji pada masa depan.. Harap tercapai :). Tak lama lagi ibu ayah aku nak pergi umrah plak, bagi kenal-kenal tanah mekah dulu.. Alhamdulillah.

mengira dari sekarang banyak benda yang aku sedang target untuk aku grab nanti..hehe...

belum boleh buat belian hadiah perkahwinan untuk bakal suami ye... entah siapa bakal suamiku? hak3.. marry me..... *tetiba*

daripada dok berangan dan angan-angan mat jenin, baik lah aku siap kan cepat-cepat asignment aku ni.. semua tinggal 50% je lagi.. atas rajin dan malas aku je nie...
Owh teringat pada MR.Tedy ;) *tetiba lagi..*

dalam dok layan lagu tu ada satu lagu yg selalu aku dengar kat Mix.fm best juga.. memang jiwang.. tapi bermakna... :)

Jan 24, 2011

sesaat pun aku tak miss....

Hari ni, dari subuh aku terjaga sendirian mulanya senak perutku kerana untuk membuang air.. tapi bila tengokkan jam sudah 6.05 pagi, terus sahaja aku mengambil wuduk dah solat subuh. Baru aku angkat takbir, terdengar bunyi suara ibu aku sedang menegur nenek di ruang tamu (nenekku tidur di satu sudut ruang tamu rumah) "Mie, Subuh baru je azan..."  Skali lagi aku mengangkat takbir tanpa menghiraukan azan subuh yang sedang berkumandang. Selesai solat aku tidur. *memang tak leh buat isteri solehah, lepas subuh tidur balik! muahaha*

Jam 7am, aku terkejut, sambung lagi tidur. Jam 8.30 am aku terkejut lagi, selak langsir tingkap tepi katil aku dan melihat langit, dah cerah....

masih termenung atas katil... memikirkan perkara dan kerja apa yang harus aku lakukan hari ini...

Jam 8.45am aku bangun dan bersiap untuk ke kerja...

9.30am selepas breakfast aku ke ofis, melihatkan apa yang patut aku kena settle kan untuk hari ini.
Urusan aku dengan Jabatan Pembangunan
Senarai Quotation membekal barang binaan untuk 5 bidang berlainan dan 1 bekalan untuk pertandingan yang masih kosong belum di letak harganya..
Borang membuka akaun kewangan semasa syarikat yang masih kosong belum terisi..banyak yang aku perlu isi, personal, company info, form utk buku check, penyata dan sebagainya... huihhh

Ibu talifon,
"Young, harini janji temu dengan doktor haiwan, kena bawa Puteh ni, Luka dia tak baik-baik lagi.."
"ok, tapi akak nak beli alas meja utk sewaan ni, tak cukup lagi.."
"Ok, sekali jalan!"
"pagi ni dok dang bu, petang la lepas zohor"
"ok"

Dipagi hari ni, aku just menyiapkan kerja mengisi borang dan mengisi harga quotation utk client aku tu. lastly apa yang aku sempat hanya ke Wisma Persekutuan sebab urusan yang paling mustahak.

Petang aku ke Klinik, dan Puteh mendapat 6 jarum untuk lukanya yang seminggu berlubang dek kerana sifat keibuan yang terlampau..*nanti aku tunjukkan gambarnya*
Selepas itu, aku mencari alas meja, tapi hampa semua tak ckup meter untuk alas yg aku nak tu.. kedia tak byk simpan stok.. aku nak 40meter. tapi tak dapat. maybe bersambung esok sesi mencari alas meja.

Petang selepas kerja, aku dan ibu bekerja keras pula untuk belajar cara-cara memasang scallop kanopi. semua ini kerana business dan new job aku... semoga impian aku menjadi kenyataan.. owhh aku terlupa utnuk membuat satu post story mengenai syarikat baru aku yang sudah siap berdaftar :)

Malam, hari ni aku mengajar. melayan karenah menagement tuisyen dan budak-budak.

Setiap malam aku rasa bagaikan otak aku sentiasa memikirkan hari esok apa yang aku nak buat dan apa yang aku nak buat untuk seterusnya..... kadang tu aku rasa seperti aku hanya memejamkan mata, tidak lena... letih.. tapi kadang tu aku rasa gembira apa yang aku lakukan sepanjang hari.. Otak aku seperti tak pernah berehat... kadang tu terasa juga untuk menelan panadol agar otak aku ni berhenti berfikir sekejap, tapi aku masih waras... So, aku layankan sahaja otak aku ini....janji aku gembira. :)

Areja : Assignment 3 subjek yang semua meliputi essay (2500-3000 patah perkataan) belum terlintas di otak aku.... haishhh cemane tu???? hahaaaa dan  kerana ke 'busy' an aku hari ni... ada yang menyepi...

Jan 18, 2011

aku rindu korang!!

Banyak yang kau nak story sebenarnya... tapi keletihan pula yang menjelma... katil dna bantal dah memanggil aku... *bukan orang okey! orangnye takde lagi.. haaaha*

Nak story pasal company ayah aku, new business and company aku, nak story pasal Bee Orenn.. nak story pasal life aku dan kawan-kawan aku juga.... Study pun... erghhh starting this week adalah first tutorial aku utk semester january 2011...

Pasal diet? ohh malam nie.. aku termakan itu Mi hun goreng mamak *feveret aku* tapi kurang sodap sket kat Bistro ape entah aku g makan dengna Yanie malam tadi..  Tapi abis juga kat sepinggan.. haaahaa. diet rule takleh ikot ini malam.. hancus!

Ok la nak tido da..
nanti aku update la. just tunggu dna tunggu. jeng jeng..
nunite semua!
Assalamualaikum
Cik Areja~

Jan 2, 2011

sendirian 2011

Belum terlambat aku nak ucapkan SeLaMaT TaHuN BaRu 2011 buat semua pembaca..
bermula tahun baru semua orang akan menyimpan azam.. alhamdulillah begitu juga aku...

 
Semoga azam yang ditanam menjadi kenyataan...

Azam untuk diriku ohh masih begitu....
haha.. aku rasa macam aku tidak mahu menyimpan apa-apa lagi azam untuk tahun 2011 ini. Biarkan ia berjalan dengan sendirinya.. biarkan takdir yang menentukan. aku hanya menjalani kehidupan aku seperti biasa.  menyambung segala aktiviti yang sudah aku rancang...


Seperti biasa setiap soalan mengenai ke alam rumah tangga...
sentiasa membingitkan telingatku dan membebankan mulut serta lidahku.. apatah lagi hati untuk menjawab pelbagai soalan mengenai itu... bukan aku tidak usaha.. biar saja Yang Maha Mengetahui menentukan segalanya....


Pengajian ku di Tahun 2011..
Alhamdulilah tahun ini adalah tahun terakhir aku belajar. hanya ada 2 semester. dan aku target dengan 2 paper yang aku terpaksa mengulang exam tersebut akan aku catch up pada 2 semester terakhir aku ini.. Insyaallah aku akan cover sehabis baik. ini sahaja peluang yang aku ada.


Syarikat baruku yang masih tergantung...
Borang mendaftar nama syarikat sudah 3 bulan siap aku isi.. tersimpan rapi dalam laci meja di pejabatku.. tapi masih belum aku submit.. entah mengapa beratnya hati... pelbagai dugaan yang mendatang, pelbagai kata dan pandangan mengenai setiap perniagaan yang aku ingin buka... sentiasa melemahkan semangat aku...
adakah perniagaan yang aku ingin ceburi kalini ini akan menampakkan masa depan aku nanti?? perlukah aku takut dan tidak yakin lagi dengan setiap kata dan pandangan yang mendugakan reputasi perniagaan aku kelak?  Tahun ini aku perlu teruskan dan abaikan segala pandangan negatif tersebut.Ya! aku tidak perlu menangguh lagi...... Ya Allah kuatkan lah semangatku.. berikan lah aku kemudahan agar setiap kerjaku berjalan dengan lancar.. amin...


Kewangan yang mengikis hati nurani...
Semakin hari semakin aku bermasalah dengan kewangan.... bukan sifatku yang suka menyusahkan kedua ibu ayah aku. Juga sahabat-sahabatku. terasa diriku teramat tidak berguna untuk membalas budi ibu ayah yang telah 24 tahun membesarkan diriku dan menjaga ku... terasa diri ini anak yang masih tidak boleh menanggung ibu dan ayah.. walaupun ibu ayah aku masih mampu...  aku juga seperti anak-anak yang lain teringin juga untuk menghulur penat lelah kerjaku kepada orang tua.. agar mereka berasa gembira... tapi apa dayaku... makan pakai masih ditanggung ibu ayah... gaji yang tak seberapa sekadar cukup membayar loan study, kereta dan bil2 ku..terasa kadang itu aku alpa.. alpa dengan nafsu hati sendiri.... bukan aku tidak beringat.. tapi aku degil masih ada sifat kepentingan diri sendiri... biarlah masalah ini hanya di tahun 2010..bukan lagi di 2011... kini aku sudah dewasa.. dewasa yang meningkat 25 tahun......


Sahabat tercinta...
Terselit indah.. bersahabat bagai lara yang tersetia... Sedikit kata, kelu lidah menelan pahit di jiwa... ada juga sahabat bagai cerita indah mengukir senyuman melayang hingga ke awangan... terindahnya pertemuan itu..  *senyum* 

Hidup yang kadangkala dilanda kesepian mengundang jiwaku mencari pengisi teman.  bukan lagi Mr.right.. tetapi seorang gadis yang dianggap teman luahan jiwa... Aku tersilap langkah... sahabat disalah ertikan.... diri ini tahu akan kesudahan ceritanya terjadi sesuatu yang memudaratkan... akhir 2010 mengakhirinya.... 2011 moga ada sahabat yang lebih memahami.... biarkan sahabat-sahabat itu bahagia dengan sendirinya.....


Sahabat pengubat rindu....
Mr.Right yang aku dambakan hanya khayalan.... mengapa masih aku berjumpa insan yang susah untuk memahami cinta Ilahi?? kenapa sentiasa ada halangan diriku dan dirinya??  Biarlah rinduku ini pergi dibawa angin... cinta tiada yang setia melainkan cinta Ilahi.... hanya pasrah menanti pengubat rindu Ilahi... biarkan aku bersendirian... dan hanya berdoa menyembah Keagungan Tuhan....

"andai kasih tercipta kerana NYA, lengkapkanlah... andai kasih hanya berpada-pada..leraikanlah.... biarkan diri ini bersendirian... jiwa meronta kasih nan abadi... akan cinta Ilahi...." ~Cik Areja

Sendiri ~ May



Dinginnya di malam ini
Suasana pilu
Terkenang daku kembali
Sejarah silam

Setelah engkau pergi
Sepi hatiku
Terpadamalah api cinta
Musnah harapan

Mengapa engkau sanggup
Mengubah fikiran
Hanya kerana
Peristiwa itu

Kau hancurkan kota cinta
Yang kita bina bersama
Di masa Yang lalu

Kini aku terus tersiksa
Oleh kepalsuan cintamu
Tinggallah aku sendiri
Menanggung derita ini

Setelah engkau pergi
Tertutup hatiku
Tak mungkin bercinta lagi
Biarku sendiri

Dec 26, 2010

Malaysia VS Indonesia.. aku tak Lena....

"GOL!! HoHH!! GOLL GOLLL GoLLLLLLLL..." pekikan suara ayah dan ibu aku sejurus tendangan bola terus masuk ke Jaring Gol. Lagi-lagi ayah aku siap dengan kakinya dihentak ke lantai *seperti budak-budak yang sedang amuk* dengan girangnya apabila bola telah masuk ke Jaring GoL Malaysia untuk kali kedua.. Huhh Fanatik betul ibu dan ayah aku memekik dengan semangat bola MALAYSIA VS INDONESIA  (2 - 0) untuk pusingan masa pertama. aku?? hahaa.. lebih baik bersendirian dalam bilik, melepaskan kerinduan pada blog yg selama 7 hari aku mendiamkan diri... huhu =D

Macam lama je tak update, baru 7 hari aku membiarkan blog aku bersawang.. tapi tak mengapa asalkan kawan-kawan sentiasa bersinggah sudah memadai buat aku :)

Muka tak leh blah.. hormon tak lepas!! huwaaa... huwarghhh

Selesai satu masalah.
Final Exam aku buat semester akhir tahun ini sudah selesai, Alhamdulillah.  Tapi aku tak tahu lah result nanti bagaimana? Hope yang terbaik walaupun tersangat lah susah final exam semester ini.  Sebab OUM dah banyak buat penukaran dan pembaharuan format paper exam. Insyaallah All the best :) Hope semester depan subjek-subjek yang aku ambik berjalan dengan lancar dan yang paling penting cepat habis.. yeehaaa...

Huihhh...lagi sekali teriakkan GoLLLLL!!! dari Ibu n Ayah aku... rupanya dah masuk jaring lagi kali yang ke 3..huhu... kuat pelik je Malaysia VS Indonesia malam nie... syabasss mereebathi...huhu

Layan Bola lah.. sila-sila... nonton sama yukk!

Dec 16, 2010

Ngidam nak make up

Cerita Dua kertas Putih

Uiks.. selesai dua paper exam petang tadi. entah lah rasa macam tak confident je aku menjawab soalan tadi. apa yang aku study semua tak masuk, ofcoz sebab last minute. nyesal? tak kot~

sebab aku dah study sebelum paper first, 3 hari sebelum paper kedua tu. paper pertama ALhamdulillah aku dapat menjawab semua esei so hendak tembak secara tepat dan selari berkemungkinan aku boleh score. InsyaAllah.  Tapi untuk paper second nie, mak aihh.. rasa nak konyot2 jah kertas soalan tu.. semua format baru sampaikan soalan pun baru-baru. dah tak ada clue yang sama dengan paper final yang lepas-lepas, seperti rujukan sebelumnya.

Rasa nak melayang pun ada jawab exam untuk paper kedua petang tadi.. sesi tembak secara tidak tepat berdas-das aku lepaskan.. fuhhhh... dalam masa 45minit sahaja aku menjawab dah siap!! Masa diberi 1 Jam Setengah.. huhu.. Tawakkal~

Berbalik pada tajuk post tadi.

Ohh.. rasa macam aku dah lama tak buang tebiat. make up sana sini.

Sebelum ni post entry aku banyak juga menceritakan perihal make up dan gaya make up yang aku suka.

tak sah kalau aku tak conteng muka aku dengan alatan make up. *senyum*

Mata aku yang selalu kemerah-merahan.. adakah tidak cukup vitamin?? vitamin apa lagi yang kau nak wahai mata??? *macam lar aku ni selalu makan vitamin, ada lar kot sekali je tu pun ibu yang suruh.. haha..hampeh*

Nampak sangat pipi aku kiri dan kanan telah menanam bibir aku sedalam mungkin.. sudah menunjukkan aku yang semakin menternak lemak disitu... T_T

AKu akan mengenakan Make Up bila aku :


Berurusan dengan client atau urusan lain-lain
Bila BOS sudah memberi arahan, pergi jumpa si pulan si pulan, pergi urusan itu ini... haaa..... start la jari jemari ku memegang eyeliner, maskara and lip gloss. walaupun sikit aku akan tetap touch up muka aku nie.. tak sedap rasanya hati kalau tak mengenakan benda alah tu.. rasa macam tak confident untuk berhadapan dengan client..lagi-lagi kalau dengan heels aku!..Ouchh..~perempuan.....

Office

Ke tempat kerja, kadang tu aku langsung tak mengenakan make up.. neutral look lar katakan. :)

Hang Out bersama kawan-kawan(Girls Only)
Haa.. time ni lar.. gila mendadak aku make up.. kalah mak andam.. make up over sket.. tapi keluar dengan kawan-kawan perempuan sahaja okey! best ;) dan diikuti kawan-kawan aku juga turut ber make over sama, dan mulalah bakat jari jemari aku ni teserlah apabila dapat eksperimen kan muka dorang ..huhu. 
erghh.. *tetiba rasa rindukan bff*

Bersama Family..
Yup, kalau dengan family pun aku kurang sket lar make up - make up ni.. ape sebab?? lebih selesa begini lagi pun dorang dah tengok aku dari kecik sampai lar sebesar -besar manusia ni, so buat apa aku nak make up - make up kan?? neutral look suda... kalau hang out ofcoz la.. kadang tu kalau aku rajin, make up juga, kadang tu langsung tak sentuh.. huhu..


Date.. Ops!
May be ada setengah gadis kalau keluar berdating akan dress up dan make up secantik mungkin untuk someone.  Tapi aku?? huhu cukup lar sekadar maskara dan eyeliner, itu pun tengok mood.  Paling baik pun aku tak make up terus.. wahahaha.. dating sangat ke aku nie???

Period time...
Ahaks!. kalau aku cakap aku seorang je perempuan yang suka make up time period, tipu lah!! ramai je awek-awek di luar sana akan make up berhabisan time period nie.. sebab, time ni lah tak perlu nak tanggal-tanggalkan make up untuk mengambil wuduq dan bersolat, So dengan senang hati bertahan lah make up dimuka tu lebih dari jam dan ke jam seterusnya.. Hooyeahh.. sampai bawak ke tidur pun boleh! hambikkk...termasuk lar aku.. huhu...

Ok sekian, pasal make up make up.. huhu aku nak rest, nak tido, nak layan jiwang, hehee.....jumpa lagi next entry.. Assalamualaikum kepada pembaca muslim dan Salam Sejahtera kepada pembaca non muslim ;) Nite~

Dec 9, 2010

Diary hari ini dan Shoot Payung warna warni :)

Letih tapi aku gembira

Dalam kesibukan hari nie, alhamdulillah aku dapat sattle kan semua urusan projek dan pekerjaku...kredit to Mr.Client ;) wink~ sudi temankan aku lunch lagi-lagi melayan kerenah aku yang suka menggelabah nie..hehe..thanks a lot :)
Then kat office, siapkan Invois terus selesaikan petang tadi juga, cuma tunggu esok sahaja untuk aku submit invois tu pada client aku sekali dengan penghantaran barang.. Lepas tamat waktu kerja 5pm petang tadi, selesai solat asar, aku dah tak sedarkan diri di atas katil empuk aku, sebab terlalu penat dan aku sedar setengah jam sebelum maghrib. Huhuuu... kenapa lah aku cepat sangat penat akhir-akhir nie? kemana tenaga aku? atau aku kurang vitamin kah? huhu..


Oh di Saman lagi kerana heels lar nie...

Paling best tengahari td, tapak Heels aku tercabut, langsung aku berjalan dengan tapak tumit paku, ketak! ketak! berjalan macam peragawati tak cukup makan! bila jalan dah terenjut enjut baru lah aku rajin nak ke kedai tukang kasut baiki tumit aku tu, parking kat line kuning, konon sekejap aje. Lastly bila tumit heels aku tu siap baiki dan tukar tapak tumit baru, elok je pakcik MPKT muncul tepi kereta aku dan bersenyum kambing..

Pakcik Mpkt : "kereta awak ke?"

Areja : "haah, pakcik saman kereta saya ke?"

Pakcik Mpkt : "haah..kenapa awak parking situ?"

Areja : "Lor pakcik, saya parking Urgent la...baiki tumit kasut saya tercabut tadi.sekejap je...tarik balik r saman tu pakcik.."

Pakcik Mpkt :" dok leh doh mekk... bayar jelah 5yaa jee..." sambil berjalan meninggalkan keretaku...

Areja : "Hmm.. yolass..pakcik 5yaa....dari saya bagi ke Mpkt, baik saya bagi org mintak sedekah..." Terus aku masuk kereta dan ke tempat bayar saman...malas dah nak fikir apa-apa lagi...

Ya.. esok... :)

Esok si Hana kawan baik aku tiba dari Kuala Lumpur, berkampung di rumah aku, seronok rasanya dapat jumpa BFF (Best Friend Forever), Ina plak hari Jumaat baru tiba dari kelantan, aku tak keiah asalkan mereka datang dan meet together lagi.. wah! rindu rasanya.. Hmm how about yatie yek??? aku sms dia " Yati demam Ja, Insyaallah Yatie balik" itu je yang aku dapat feedback dari nya. Hope dia balik.. sangat-sangat rindukan dia.. walaupun yatie dah jadi isteri orang. hope dia berbahagia..Ida pula aku tahu dia akan datang.. :) 

Exam..

lagi 4 hari aku akan exam.. dalam masa 4 hari ni juga aku enjoy dengan Bff aku.. huhu.. aku tak tahu lah cemana nanti? adakah aku dapat cover study aku atau tak?? huhu.... 

Shoot dengan payung colourfull

Alhamdulillah hari ni tak berapa hujan, cuma mendung dan ada juga hujan rintik-rintik seketika. Ok, shoot kali ni saya shoot kat sesuatu tempat, di mana kah itu? rahasia kan sahaja lah.. tapi memang nice place la.. sebab jarang photografer2 shoot kat situ. al-maklum lar tengah2 musim hujan ni, payung pun laku semacam je kan? sehinggakan boleh buat shoot photo sekali.. jom layan :)
kenapa kepala aku senget semacam je???

Ehh.. senget lagii.. bg kiss sket.. Muwahhh!!~ *gediks*

I like this picture so much, coz ada bulatan dalam air tu, aku pun tak tahu apakah benda yang membuatkan air tu jadi bulatan comel mcm tu.. kredit to Mr.Photografer ;) love it!


Try to be vouge.. tapi tak jadi..hahaa

Terbanglah kau si rama-rama.....




Areja : seronok dapat makan sate & sotong celup tepung with my sis malam tadi :) tetiba bangun dari tidur petang tadi, ajak ibu ayah pergi makan sate kat kelulut, lastly dorang tak nak coz nak makan nasi jugak, apa lagi aku ajak adikku lah.. sama-sama membesarkan badan.. huhu.. diet Oh diet... bila adik beradik berganding bahu bab makan.. susah lah nak diet..Oh please...haahaa..



Dec 2, 2010

kau sangat berJasa....tp kau berpaling dariku...hingga hari tuamu...

Adakah kau sudah puas berjasa padaku??
Yaa... kau memang menyusahkan aku....
Aku sayangkan kau bagai nak rak...
ditatang bagai minyak yang penuh hingga hendak melimpah ruah.....

aku tambahkan nyawa kau..
usia kau untuk membantu aku dalam berjuang habisan untuk melayari bahtera internet...
tapi kau tetap jua lembap..

aku buang segala penyakit yang kau simpan...
aku buang segala virus yang kau ternak...
kau masih begitu....curang...

Aku terlalu sayangkan kau...
banyak yang kau bantu aku...
dari mula kau bantu aku dalam memenuhi permintaan aku siang dan malam..
tanpa henti dan rehat.. aku biarkan kau bekerja keras.. sehingga aku menghadiahkan 'penyejuk hati'
agar kau sentiasa bernafas dan bernafas dengan baik.....

Tetapi kau tetap jelek dengan aku....
bila aku hendak menyentuh dirimu. menodai mu...dan membuka lembaran baru untuk hidupmu...
dikau mula merajuk... merajuk entah apa sebabnya?
kau berpaling tadah.... berpaling tadah pada orang yang jua tidak akan bersama mu kelak dan juga diriku....
Sampai bila kau hanya mahukan dirinya untuk menyentuh dirimu???
kau sangat berJasa....tp kau berpaling dariku...hingga hari tuamu...
Owhh Lappy ku Acer Aspire3683.

 sesi bermalasan atas katil...huhu... cian dak red jd tempat lapik netbook aku tu.. huhu

Tolong lah.. bertahan..... wahai laptop!!! aku ada satu lagi Last Final Projek pada tahun 2011 nanti... untuk aku selesaikan Degree IT aku nie....dan aku harap kau dapat bantu aku seperti mana kau bantu aku semasa di zaman diploma dulu... kau telah berikan inspirasi utk Result terbaik  final Project diploma dlu..So, aku harap kali kedua nie.. kau akan berikan juga inspirasi seperti itu.. Insyaallah.. aku sayangkau sampai bila2.. silah bertahan... hua huaa... T_T cedey2...

Exam date : 14hb, 15hb dan 27hb December 2010.. Sila study sekuat hati...

Nov 8, 2010

kebahagiaan untuknya...


Jika kita sayangkan seseorg, kita akan sentiasa mendoakn kebahagiaan untuknya....walaupun dia tidak berada disisi kita....
walaupun terasa perit di hati, sakit di jiwa.. hati tetap merelai kerana sayang insan padanya...
Moga ALLAH memberi hikmah di sebalik kerelaan hati ini, dan aku lebih dekat padaNYA..agar kekuatan yang ada pada setiap titisan air mataku..menjadi satu taburan air sejernih-jernihnya kebahagiaan untuk diriku pada masa kelak..
kebahagian yang aku dambakan...moga datang dengan petunjuk Ilahi.. Insyaallah. :)



Start esok, 3 paper for midterm in 3 days.. time to study.. banyak yang perlu aku cover... dan banyak yang perlu aku bebani.. terasa diri yang semakin ditenggelami arus kehidupan yang semakin duniawi...
terasa diri ini byk yang belum dikotakan janjinya..............
pray for my luck... :)

Nov 6, 2010

Tidur itu nikmat....

Tiada apa-apa yang aku nak coretkan pada entry hari ni... apa yang aku nak katakan.. tidur itu semakin nikmat buat diriku yang semakin hari semakin menggebu a.k.a menggemuk :D

Selepas bangun tidur aku tidur lagi... Bangun tidur aku tidur semula... seakan aku tidur 15jam sehari dari 24 jam masa sedar aku.. Mak Aihh... boleh mengong otak aku ni...

Hari ni aku ke kuantan.. dengan siapa? tetttttt....
Berjalan-jalan, makan-makan, dan shopping itu yang paling aku suka bila dengan? tetttttttttttt........
Haa.. banyak la kau punyaa tettt.....


Baru je bangun tidur dari kul 10pm tadi.. Miahaha... 7am-7pm perjalanan aku pergi dan balik dari K.Terengganu ke Kuantan.. dalam sehari.. sampai rumah mandi, solat then trus ketiduran.. dah lar dalam kereta tadi pun aku asik ketiduran.. lagi-lagi dalam perjalanan tu asik hujan jek.. huihh heaven! 

Tapi Alhamdulillah nasib takde pape coz ada jugak yang eksiden petang td, kes bawak rapat2 sgt...laju lak tu dalam hujan.. itu pun si driver yang cerita.. aku tidur memang tak sedar dah time tu.. gila syiokk ketiduran time-time hujan..hahhaa..

Dah! dah! pergi sambung tidur balik! esok kelas plak dari kul 8am - 4pm.... 

Haishh cemane lah ibu aku tak membebel  sekali keluar rumah hujung-hujung minggu pagi sekali nampak batang hidung, malam tengah2 malam baru lah nampak plak batang hidung anak dara dia nie.. heheee... hujung minggu, kalau tak kerana berjalan jauh2, dan ke kelas.... pasti aku ada melekat kat rumah.. kalau tak macam ni lah... pagi lepas subuh subuh aku dah keluar, petang maghrib baru aku balik tgh malam kat-kat kul 11pm baru aku keluar bilik.. haha.. *Sila jangan contoh macam saya ye anak-anak dara sekalian! tidak baik utk kesihatan dan kecantikan*

 
Apa aku kesahh?? Miahaha... ini lah penangan bila tidur itu menjadi nikmat.. tiada keserian wajah dan kecantikan ditenggelami oleh kegebuan... :D lagi-lagi dapat makan Pizza test menu baru plak.. entah apa nama tak ingat.. makan jek tau! hahaa..

Ok, out dulu... nite!~

Oct 22, 2010

8 days 25 hours...dan Landskap yg korang suka

Salam..

Masa masih terasa suntuk.. banyak nya perkara dan agenda yang masih belum selesai.

Alhamdulillah kursus yang aku sertai baru-baru ini selesai jua. cuma sijil masih belum dapat. masih dalam proses signature di Kuala Lumpur. baru tahap 1. nak sambung ke tahap 2.. huhu tak tahu lah aku ni boleh ke tak.. masa tu masih mengizinkan atau tidak? Tapi kursus tu sangat best.

Haa.. sesiapa yang nak Taman tema air boleh lah hubungi aku.. ehh macam besar jek taman tema air.. huhu.. Okey sesiapa yang nak kan air terjun luar atau dalam rumah, taman atau landskap tumbuh-tumbuhan, kolam ikan dan sebagainya yg berkaitan boleh hubungi aku atau email saja di kejrza@yahoo.com

Waterfall, Lakes District Pictures, Images and Photos
Indahnya...

Waterfall model landskape.. budget RM500 - RM30,000 untuk ruangan rumah dan dalam rumah. kalau luar kita bincang harga lain mengikut spesifikasi yang dikehendaki pelanggan. ;)



Bagi tahu saja landskap cemane yang korang nak? aku akan sediakan sebut harga terbaik punya untuk korang! okey..!

Penat di badan masih terasa.. belum hilang lagi.. kelas OUM macam biasa setiap 8am sehingga 4pm, Alhamdulillah lecture aku sorang tu dah ubah jadual bagi awal sket kelas.. kalau tak pukul 7pm baru abis.. huhu..

Assignment aku yang satu tu pun belum start lagi nak buat.. entah bila nak mula.. bahan dah aku cari.. tapi nak mengarangnya...?? best lagi mengarang blog kot.. ahahaa...

okey.. g.t.g.... nak tidur lagi ketiduran.. sememangnya aku semakin kuat tidur dan makan pun kuat.. adehhh..

Oct 14, 2010

Result exam result cinta atau nak berkahwin??

Muahahahaa..
Mata aku ni tergedik je rase... tengah load result exam tadi aku siap baca DOA lagi... bila terpapar jek, nah! ambik kau.. punya lah main sedap.. langsung B pun takda.. apa entah lagi B-.. punya lah main kedekut OUM ni.. huhu... OUM yg kedekut atau aku yang menjawab main-main tangkap cintan time exam hari tu??

adehh adehh.. tolong saya ibu.. tolong saya ayah.. bukan saya yang tak mahu usaha.. sudah saya study siang malam pagi petang.. sudah saya hafal sudah saya kaji kesemuanya.. tapi kejayaan yang memuaskan tidak mengizinkan...

Nasib lar semuanya PASS... tak ada yang repeat..

Semester ini result aku jatuh teruk.. waaaaa waaaa T_T
sonok betul beraya baru-baru ini... itu yang dapat balasan best tu..

nampak nya niat study kalini betul-batul kena perbetulkan.... aiseh...

aku ni dah angau ke atau memang ramai yg kawen sekarang ni??

buka mata nampak gambar orang kawin, tutup mata bayang bakal suami yang mana satu... kuar jejalan cakap sal kawin, online je tengok facebook dan blog jemputan kawin dan gambar orang kawin lagi.... kenapa ehh? ramai betul orang kawin sejak akhir-akhir ini..

tu haa esok plak ayah sedara aku plak yang kawin buat majlis menyambut menantu...
sedap nye tengok orang kawin.. cemane lah dorang leh kumpul duit cepat-cepat dan kawin? mudahnya dorang dapat jodoh...cemane plak dorang prepared tanggungjawab selepas kawin eh?? macam mudah je semua tu.. bila aku anggap semua tu mudah.. tak ada plak yang mai nak risik-risik aku... ke aku yang masih memilih???

arghhh.. ke disebabkan study aku????

see! see...! betulkan niat balik!!!! astargfirullah....

hati tak keruan nihhh.......

Aug 19, 2010

hati sudaa legaa... :D

lega sudaa lega sudaa..... :D

ape laa... sudah lega.. ALhamdulillah.. eccelli final exam untuk semester May 2010 ni dah tamat. walaupun terasa menjawab tadi mcm machine gun... hua huaaa... kenape saya rase gile confident menjawab soalan lam paper exam td?

tak pela.. da berlalu pun..

ape yg pasti esok saya mahu enjoy!! yahoo.. perut dah tak sakit! itu yg penting... yehaaa..
Hieyda n sis Ana esok kita ke kuantan yukk! Yeayy... shopping-shopping..
*sekarang nie Money is not available but money can nyorok2..i cari u sampai jumpa okey!* hahhaa



Note : hari semalam aku tersiksa....

Cukup laa.. pengalaman sakit perut kelmarin yang hampir membuatkan aku nak pengsan di kedai servis tayar kereta..menahan sakit perut yg teramat sgt...gelap mata aku...pitam dan nak termuntah.

Nasib ibu tersayang ada, drive kan kereta aku masa dalam perjalanan pulang ke rumah, selesai servis tayar kereta aku semalam..sangat tersiksaa..

Mungkin first time agaknya tgh2 bulan puasa 'OnLeave' aku... sebelum ni tak pernah pun buat time tgh2 puasa selama 12 thn aku period.. kalau ada dan teruk mcm ni pun hari2 bulan yg biasa dan bukan pada bulan puasa ...

Alamak.... byk lar tahun ni aku nak berganti puasa.. hua huaaa... terkena jugak akhirnya..sebelum ni jarang aku 'OnLeave' time ngah bulan puasa.. hahaha... ade pun 2-3 hari je itu pun time awal bulan atau nak raya..

so rasakan lar wahai cik areja... selama ni berlagak.. ko lar ganti hari paling sikit antara adik2 , ibu dan juga kawan-kawan.. huhu sekarang.. sama rata... huhu

Aug 16, 2010

Sampai hati awak.. buat saya mcm nie...

Owhh pelizz...

Time saya memerlukan awak.. awak buat-buat tak tahu. bila saya tidak perlukan awak.. awak bg harapan pada saya.. lepas tu buat diam tanpa khabar berita....

saya nak menyampah pada awak! tapi saya tak sanggup.. awak baik...banyak mengajar saya.. banyak berkongsi pengalaman dan pendapat bersama saya.. awak penyabar walaupun saya lambat setengah jam untuk berjumpa dengan awak.. kadang tu sehingga sejam, dan awak masih menunggu saya.. kejam kan saya??

Tak mengapa lah.. masa pun dah nak berakhir.. lagi 2 hari saya ada peperiksaan akhir, saya dah janji dengan awak sebelum hari terakhir kelas kita.. tapi kenapa awak abaikan janji tu? sampai hati awak... saya call awk kata tak sempat lagi sebab awak time tu ada kat KL, tak pelah saya bertimbang rasa lagi dgn jawapan awak tu... due date dah makin dekat .. saya sms lagi awak tapi awak tak jawab..last-last sampai hari ni awak berdiam diri.. saya check Inbox gmail saya masih kosong.. tiada reply dari awk.. :( ~sedey~ owh pensyarahku...... mengapa dikau berdiam diri??!!

Oleh kerana pihak OUM, admin dah bg notification kat shoutbox LMS, tak mengapalah saya hantar sahaja assignment tu... walaupun saya was-was.. ini lah kali pertama pihak OUM yg mark assignment saya, sebelum ni lecture-lecture yang mark.. owhh.. down rasenye.. HOpe dapat markah yang terbaik..

Kepada Lecturer ku. hek3.. ~sorry Incik~.. mintak berkat takot takleh jawab exam..abes la saye.. haha..buat entry Jiwang nie untuk die.. miahahaa..

ok lah, lusa dah nak exam, pray for me.. hehe.. nite sume!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More