Love, like a river, will cut a new path whenever it meets an obstacle. - Crystal Middlemas -

There is only one happiness in life, to love and be loved. - George Sand -

"Enemies, as well as lovers, come to resemble each other over a period of time."

"It takes years to build up trust, and just seconds to destroy it.."

You know you are in love when you see the world in her eyes,and her eyes everywhere in the world.- David Levesque -

Love is like magic And it always will be.

Love is unselfish,Understanding and kind,For it sees with its heart And not with its mind!!

When you love someone,all your saved-up wishes start coming out. - Elizabeth Bowen -

Showing posts with label Jurnal. Show all posts
Showing posts with label Jurnal. Show all posts

Jun 20, 2011

Kucing bersayap

uik?? kucing bersayap? ni first time aku lihat gambar kucing bersayap.  Ajaib kan? ini lah kuasa Allah Taala nak tunjuk pada manusia kekuasaanNYA.. so jom layan gambar kucing bersayap ni.. comel :)


Dan selebihnya korang tengok kat sini jelah. KUCING BERSAYAP

Cik Areja : agak2 kucing ni bole terbang ke ea suatu hari nanti? 

Jun 18, 2011

HARGA SEORANG WANITA BERGELAR ‘ ISTERI ‘



Hargailah isteri anda…….



Mulianya seorang isteri disisi Allah…

Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak2. Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak. Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka……


Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan… jadi ‘kilang ‘ manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh…. 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

Cuti bersalin juga sehingga 60 hari, Bila dah bersalin tu, susukanlah anak…jgn takut “kendur” atau menggelebeh pulak… Si suami pulak, jgn la berebut dengan anak untuk menyusu pulak…… Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah , Tapi bila dah habis cuti tu.. . layanlah suami…”Offer” lah pada suami , Nabi bersabda: berjimak dgn isteri itu pahala …jangan buat deekkk jeee, Jangan buat alasan itu dan ini pulak….ingat tu si isteri yee!!! Kata nak pahala lebih…

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang….. sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya…

Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran seksa kubur. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah ke atasnya jua. .

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.

Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man, She was not created from his head to top him, Nor from his feet to be stepped upon, She was made from his side to be close to him, From beneath his arm to be protected by him, Near his heart to be loved by him.

“Wahai Tuhan… ku tak layak ke syurgamu … namun tak pula aku sanggup ke nerakamu…
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ….


“Ya Allah….. jadikanlah kami hamba-hamba mu yang bertaqwa .. ampunkan dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat-umat islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia”……

Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.. Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah ‘Laa ilaaha illalLah’ ini. Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): “Wahai manusia! Ucaplah ‘Laa ilaaha illalLah’, kamu pasti berjaya!”

Marilah kita ucapkan kalimah ini: “Laa ilaaha illallah!” x 10
by:aremies

Cik areja :  Mencari keredhaan Ilahi..... :) Alhamdulillah

Jun 16, 2011

Godam menggodam


Haishh apa nak jadi lah dengan dunia internet sekarang. Nak tergelak pun ada, nak buat-buat terkejut pun tak terasa. macam berperang internet pun ada nieh!

Kegodaman semua ni disebabkan ada PEMBANTAHAN sekatan laman perkongsian file. huhu... kalau kerajaan nak sekat, baik lah sekat Internet terus biar rakyat Malaysia ni mati tuli dengan Internet. kalau guna internet setakat tengok website je ape kejadah langsung tak boleh buat file sharing atau dowloading..

Aku pun rasa MENYOKONG apa yang si Anon tu buat.. haa.. kau godam lah semua web Gov tu.. biar dorang tahu siapa rakyat dorang nie.. huhu.. tapi jgn kau godam maklumat-maklumat dalam tu udah lar.. huhu..



Cik Areja : Mesti kaki tangan IT kerajaan tak tidur semalaman dek kerana berperang pakat Down kan web dorang.. heyahahaha....

May 11, 2011

U-Mobile atau Untung Mobile???

"Pada tahun 2008 saya dan kawan saya telah di datangi oleh promoter U Mobile di sebuah booth PC fair di KLCC, promoter tersebut mengatakan boleh register line free untuk 3 nombor. Setelah di pujuk, maka kami menerima tawaran itu, Jadi kami serahkn IC kepada promoter itu atas permintaannya untuk register.

Line pospaid tersebut akan aktif selepas 7 hari, jika ada sebarang keraguan boleh terminated tanpa sebarang caj sebelum 7 hari, itu syarat yang dikenakan sekiranya kami tidak bersetuju dalam tempoh selepas register line tersebut..

Tidak sampai 7 hari, kami pertimbangkan semula untuk TERMINATE line postpaid yang kami langgan kerana tidak guna line tersebut, Sim card masih blom ditanggalkn dari CARD asal. Kami pergi semula ke Time Square untuk terminate. Setelah berurusan process berjalan dengan baik, tapi setelah sekian lama, BILL dari u-mobile sampai ke alamat tempat dimana kami tinggal.

Sedangkan saya sudah menghubungi customer support u-mobile untuk menyelesaikan masalah ini, mereka menjanjikan akan menyelesaikan secepat yang mungkin.

Tetapi sampai hari ini, pihak u-mobile masih lagi menuntut hutang mereka yg berjumlah RM 625.35 untuk 3 nombor line pospaid yang langsung saya tidak gunakan dan sudah saya terminated sekian lama, sedangkn kawan saya  yang register dan buat termination bersama saya tidak pula dituntut.

Jadi di sini saya ingin buat aduan bahawa U-mobile mengenakan CAJ kepada saya dengan tanpa sebab dan line pospaid yang saya sudah terminate.

Sehingga sekarang mereka masih menuntut hutang berkenaan sehinggakan saya dapat marah dan makian dari pihak syarikat lain yang bertugas sebagai menuntut hutang /bil yang tertunggak dari pelanggan-pelanggan syarikat U-Mobile berkenaan.

Saya amat tidak berpuas hati dengan layanan dan syarikat berkenaan sehinggakan mengganggu tugasan harian dan emosi saya.

Diminta pihak pengguna mengambil tindakan atas aduan ini.  semoga mendapat perhatian dan pertimbangan dari pihak pengguna sebaik mungkin. sekian terima kasih..."


Memang best je karangan aduan aku kat atas nie.. hehee..karangan bahasa melayu + bahasa inggeris lagik.. aku mengadu pada Pusat pihat aduan pengguna kebangsaan. ada lagi cawangan-cawangan lain.. tak larat plak nak mengisi borang menda yang sama aje.. huhu.. aku letak kat blog ni jelah, kot2 ada pihak pengguna bersimpati terbaca dan buat tindakan.. Alhamdulillah kalau ade..hehe.. sayang korang lar klu gitu!~ ;)



aku dah malas nak cerita banyak, korang baca sal aduan tu pun korang leh agak dah kan apa syarikat ni buat pada aku sekarang... sekarang dah tahun 2011 dah babe, korang kira sendirilah betapa tidak jemu nya syarikat ni menuntut hutang tertunggak yang tidak berbukti kesahihah aku ni dah terminated line pospaid tu..

kalau aku tak terminate cemane aku boleh daftar line pospaid maxis pada tahun 2009?? gila spesis apakah  U-Mobile ni tetiba mintak hutang tertunggak pada line yang sudah di terminate? SANGGAP Atau SANGAPP KAH syarikat U-MOBILE nie?? takde duit sangat kah yang asik minta hutang orang ikot suka hati mak bapak dia jek.....

dan ini web atau pengguna-pengguna yang dah terkena dengan U-Mobile ni setakat yang aku jumpa ni semua terkena pada tahun 2008...
miss dahlia
forum lowyat

yang lain suwey sendiri lah... masih tiada tindakan pape.. aku heran..........

May 2, 2011

snap snap by HTC Desire HD...

Huihhh penat.... 3 hari berjalan sakan siang malam pagi petang jelajah kenduri kahwin satu negeri Terengganu..

almaklumlah baru dapat BF baru ni kerja aku dok snap dan snap picture jelah.. jom layan gambor-gambor dari Smart Phone aku ni...cun ke tidak.. terpulang lah pada simata yang dok mengusha nyee.....


Semua gambar-gambar di bawah ni aku tak edit.. ori and fresh dari camera album...hehe

nampak besar plak myvi aku nieh... kes modelnye tecikk..huhu...

Ikangg Ayeee

 Jojo
Permandangan di tasik bukit puteri dan pantai kuala abang Dungun.











Ni seorang pakcik bawak motor mcm minum todi...*search google* bawak tong gas dgn tak ikat nye, sambil2 pegang n isap rokok, nyaris nak langgar kereta aku.....



Picture kat bawah ni plak, sesi2 majlis pertunangan cik dania. sangat comel sesuai dengan panggilan manjenye ComeL...hehe congratulation my bff...luv~





Apr 29, 2011

Yeaa cik areja dah dapat boyfriend baru!

apa?

apa?


apa??

nak kahwin?

hahhaa.. aku dah bagi hantaran lagi mas kawen berbalas 3 aksesori dan sebuah HTC Desire HD.. wahh sangat best!

Sattle semua kerja aku terus aku ke kedai dealer hp tu.. tawar menawar harga akhirnya dapat juga aku memiliki HTC Desire HD, new boyfriend new dreamin...Alhamdulillah ;) lagi pun aku kegajian hari ni so ckup lah ongkos nak grab itu new bf.. hehee...

jangan jeles yee...



lalalala

tido malam ni hug and kiss new bf lah...

Apr 27, 2011

mencari cinta baru...

 yang mana satukah pilihan hati ku??....

hancur berkecai rasanya... apa bila ia sudah tidak bernyawa lagi...
teman seperjuanganku, sepermainanku....

*humm buang tebiat...

Hp aku ni  genab 2 tahun aku pakai iaitu Sony Ericson k770i pada bulan april ni ha....
oleh kerana aku ni semakin hari semakin kuat bergayut, dan sememangnya aku jenis yang malas nak menaip msg kecuali ada keyboard, baru lah aku rajin nak menaip... hehee...terusan Hp aku tu menjadi nazak dan menghembuskan nafas terakhir setelah belum selesai aku say 'good nite & sweet dream' pada si pemanggil  itu....hhahaaa.... macam tak sempat mengucap jek hp aku mati pada waktu tu... :(

ok dalam aku dok suwey hp 2-3 hari ni.. hmm tak juga dah berbulan-bulan kot aku suwey hp, semakin hari ada sahaja hp android yang keluar dan semakin canggih.  Lagi-lagi spec dia yang dah semakin upgrade dengan sistem kelajuan dan application yang lebih canggih.. So siapa yang tak gila kan dgn gadget seperti ini?

tunggu duit sahaja... pasti ada depan mata apa yang kita nak tu....huhu..

macam biasa aku sukakan Hp skrin dia besar, slim shaddy, tak banyak songeh, function yang mudah dicapai, senang nak taip msg dan lastly camera dia best..tapi takde lah se best dslr kan.. yg tu lain erti kata plak. ni Hp.. bukan dslr yek... lagi satu Android yg aku nak ni biarlah boleh comunicate dgn business aku.. itu yg penting..

bila aku jelaskan menda-menda macam ni kat ayah aku.. dia takkan faham.. dan tak nak hp aku lebih mahal dari hp die.. wahahahah.. sebab tu dia bagi aku budget kurang dari hp die.. *mau tergelak pun ade nieh..* so selebih nya aku kena tambah sendiri.. lagi satu ayah aku memang mengajar aku dan adik-adik aku untuk memiliki barang sendiri, silalah berusaha sendiri.....So, berusaha lagi lah ni untuk memiliki apa yang aku idamkan...

Yang penting aku kena sabar dan bersabar.... so, aku tgh redhoo memakai Hp nokia 105 nie... yg baterinya tahan 1 jam, itu pun kalau aku tak guna untuk calling2...klu calling2 tak sampai 5 minit dah mampos....huhu... saboww jeklah ....


Iphone 4 ni memang rasanya aku tiada harapan nak pakai... huhu.. disebabkan semuanya main kontrak kontrak.. so tiada rezeki lah ko Iphone nak bertuankan aku.. :P


Samsung galaxy s2, baru je keluar. fresh lagi nie... cun gak, function nye pun lebih kurang dengan android lain, tapi aku masih tak berkenan jugak.. entah kenapa.. mungkin pengalaman dari ayah sedara aku yang pernah pakai brand samsung kot.. *malas nak cerita..

Semalam aku dah survey SE Experia Arc nie, function, camera semua best, tapi slow...


Maybe HTC Disire hD ni jodoh ngan aku dah kot.....heh hehhh....
tunggu ye.. aku p masuk meminang...tak lama jek lagi.. sabow2... :D

ok, sekian kererapuan dari Cik Areja ;)

Cik Areja note :  Boleh kah lagi aku bertahan???

Apr 5, 2011

E.T vs BORN THIS WAY macam Haremmm!!

Cuba korang dengar lagu E.T yang dinyanyikan oleh Katy Perry ft Kanye West nie..
Video klip pun macam haremmm... kelahiran alien.. adeh laa mcm takde lagu lain nak buat.. tapi best la...
dan satu lagi video ni ofcoz la banyak simbol ILUMINATI... So korang hati-hati jgn terlalu ahsyikk sangat dengan video nie..


dan satu lagi Lady Gaga.. macam biasa.. semakin haru semakin biru semakin lucah...

Born This Way,  video klipnya pun dah memang nampak simbol Iluminati dengan kelahiran alien yang bererti kelahiran Dajal (si mata satu) tu.. ishkk Nauzubillah... takde ke orang nak block video-video sebegini?? Biru Otak aku tengok video ni..



So, korang berhati-hatilah bila mendengar satu-satu lagu tu, jangan tahu dengar dan asyik tanpa mengetahui maknanya.. lalu kita pula yang terleka dengan mainan syaitan dan dajal yang menyesatkan nie... minta Allah Taala sentiasa melindungi kita.. Insyaallah.




areja: akhir-akhir ni semakin banyak lagu dan video klip yang banyak menggunakan alien sebagai simbol dajal. apakah???

Mar 28, 2011

umur 3 tahun berat 60kg??

Comel tu memang comel.. 
tapi....terseksa...budak ni dari penempatan China, Lu Hao.. dah byk berita mengenai budak obesiti nie. mcm shin chan pun ada aku tgk. huhu.. Shin Chan obes..


Asalnya, semasa dilahirkan berat budak ni dalam 2.6kg (5.7 lbs) sahaja. normal lar tu pada baby yang baru lahir, setelah masuk ke 3 bulan berat budak Lu Hao ni naik secara mendadak sehinggalah usianya 3 tahun sekarang nie yang beratnya mencecah 60kg, tengok lah dia makan.. dalam satu masa 3 mangkuk nasi.. mak aihhh...


tengok lah mata budak Lu Hao nie dah macam tak nampak..huhu sepet semacam...nak cubit pipi bole??

"Hao hates walking and each day his mother takes him to kindergarten on a motorcycle.
'He is quite happy that I could ride him to kindergarten instead of walking him there,' said Yuan.
Hao has many toys at home but his favourite is Superman because, he says, 'Superman can fly and beat bad men!'
When asked is he would like to fly like Superman Hao giggles and replies: 'No. I am too fat'.
To push Hao to do more sports, the family installed a basketball hoop in the yard and often take him to swim in a local river.
But the exercise just make him hungrier and results in him putting on more weight."

Read more: http://www.dailymail.co.uk/news/article-1368772/Lu-Hao-60kg-9-stone-years-old.html#ixzz1Hog4hpE6




Apa-apa pun yang penting parents dia perlu jaga pemakanan anak dia, jangan lah terlalu manjakan anak sehinggakan diet anak tidak terjaga, terlalu mengikut kata atau tangisan budak akan menyebabkan kemudaratan seperti budak Lu Hao nie walaupun doktornya berkata " Doctors said his hormones are at a normal level. It's hard to know why he could be so big."

yang penting peranan ibu bapa dalam mendidik dan menjaga anak-anak tu... 
haishh cemane lah anak-anak aku esok?? klu tak ikut kata mesti menangis dan menangis, itu lah budak-budak...perlu ada alternatif utnuk mendidik dan memberi yang terbaik untuk anak-anak.. Semoga Allah mempermudahkan segala urusanku kini dan di masa akan datang..amin..

Canopy sales and rental

Feb 24, 2011

Gadis TERENGGANU & KELANTAN Pemalas? Pengotor??

Salam, aku nak tunjuk kat korang satu wall dari kawan aku ni. So aku dah printskrin mana yg panas jelah juga menjaga nama baik kawan aku tu, comment-comment lain aku dah potong sebab tidak berkenaan, aku just ambil yang mana memanaskan line gadis-gadis yang membaca sahaja. Tujuan aku bukan hendak bergaduh atau memihak mana-mana.

Tujuan aku adalah bertanyakan pendapat sahabat-sahabat mengenai comment 'Akak yg rajin' tu... di FB panas dan bahangnya masih terasa... aku ttak ahu lah bagaimana di blog pula?? huhu apa kata kamu.....

boleh baca komen-komen di sini

Macam tak habis lagi je isu gadis Terengganu, Kelantan nie.. aku bukan lah suka sangat pada kontroversi walaupun aku pernah gelarkan diri aku ni MsControversy.  Tapi kontroversi aku tidak memburukkan orang lain atau mana-mana pihak.  So apa terjadi bagi seorang 'Akak' ni yang budget baik sangat?? Pembersihkan dia? Rajin sangatkah dia? Pandai sangatkah dia memasak??

Pendapat aku lah, secantik selawa mane pun setiap gadis itu ada keburukan dan kebaikkannya.  Jangan terlalau cepat judge orang macam tu lagi-lagi melibatkan negeri memasing.  Siapa yang tak terasa?? walaupun KEBANYAKKAN yang disebut-sebut itu tidak melibatkan semua.... terasa jugak wehh! sentap sentap jek jantung aku ni haa... 

Memang benar ada juga sesetengah gadis Terengganu Kelantan ni pemalas, tapi tak semua sampai gambaran akak tu menggambarkan seolah-olah, yg gadis-gadis Terengganu Kelantan ni terlalu JIJIK bagi nya..
sampaikan nak termuntah... Astargfirullah... 

ATAU Akak ni JELESS sebab KEBANYAKKANNYA gadis-gadis Terengganu dan Kelantan sememangnya dianugerahkan Cantik2, Comel2, Cun2 belaka? sebab itu kahh?  kalau itu lah sebab nya.. kenapa lah sampai mengutuk ke hingusannn?? tiada adap kah anda berkata-kata? dimana kesopanan anda dan dimana kah air muka KEWANITAAN anda ? (kalau aku cakap 'kegadisan' ofcoz lar x sesuaiikan??? dah kahwin.... faham2 jelah) Lagi-lagi akak adalah ORANG MELAYU ISLAM lagi.. beginikah caranya ORANG MELAYU MENGGAMBARKAN KEMELAYUAN sesama sendiri???

haishh.. berpatriotik lak aku kat blog nie......

Yang aku lihat, orang luar ramai datang Terengganu dan Kelantan untuk merasakan masakan Terengganu dan Kelantan dan juga menikmati udara dan alam sekitar di Terengganu dan Kelantan.  Lagi-lagi kenapa ramai jejaka-jejaka selain dari negeri ini ramai yang mencari calon isteri dari Terengganu dan Kelantan, adakah kerana paras rupa sahaja? mustahil tidak kan??? Siapa juga yang memenuhi negeri-negeri lain kalau tidak orang-orang Terengganu dan Kelantan.. Negeri mana-mana sahaja mesti ada Terengganu dan Kelantan. sebab apa? sebab kami selesa disana, kami tidak mengutuk orang negeri lain.. tidak mengutuk keburukan dan kelemahan orang negeri lain... kalau ada yang mcm 'Akak' itu bermakna silalah bersihkan diri dna hati  anda.......

Betullah, setiap orang ada kelebihannya memasing.. jangan terlalu judge org ikot anak mata anak tekak sendiri... belum duduk di negeri orang dah berlebih-lebihan nak mengata.... tepuk dada tanya hati...

dan..

Aku bangga aku anak jati TERENGGANU. :)

note areja : nasib lar hati aku ni baik tak Tag pun kawan aku tu walaupun aku dah minta izin dia sal comment panas ni...kalau tak larat dia nak mintak maaf ngan gadis-gadis Terengganu dan Kelantan ni?? silap hari bulan teruss deactivated fb nyee kot.. huhu

sekian.....

Feb 21, 2011

Bestnya dapat sponsor Kahwin!!!

Kelantan Sedia RM1.5 Juta Galak Pasangan Muda Kahwin


Kerajaan PAS Kelantan melancarkan "Gerbang Az-Ziwaaj" dengan peruntukan RM1.5 juta tahun ini bertujuan menggalakkan 1,500 pasangan muda kurang berkemampuan untuk berkahwin.
Semasa melancarkannya, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar), berkata program bertemakan "Anda Bijak Kerana Berkahwin" itu bertujuan mengelakkan golongan muda dari terjebak dalam perzinaan dan menghalang kejadian buang anak luar nikah.
Melalui program itu, setiap pasangan diberi RM1,000 dalam bentuk cek dan peserta boleh mendapatkan borang permohonan di pejabat kadi, pejabat Anggota Dewan Undangan Negeri, kaunter khidmat pelanggan Setiausaha Kerajaan Negeri atau muat turun borang dari laman facebook "Gerbang Az-Ziwaaj" (Gerbang Perkahwinan)
- Kota Bharu, 16 Februari 2011

Sumber Bernama @ iLuvIslam 


Ada tak yang nak sponsor aku berkahwin???
Sponsor Pasangan?? ahaks!

Bilalah Terengganu akan melancarkan program seperti ini?? Alhamdulillah... Inilah dikatakan PAS.. Pembangunan membawa  jati diri ummah!!

Jan 7, 2011

iPhone and Digi

Wahh wahh wahhh.... dah lama aku menyimpan hasrat untuk memiliki iPhone nie.. Oh noo..
lagi-lagi Nuffnang tengah buat kampen adv kat blog aku nie... apa lagi bulat mata aku tengok kempen digi dengan iPhone dan pakej plan yang sangat-sangat murah.... Ohh tolong tolong... menggeletar dah rasa jari jemari aku.. haha *konon.....*


Lagi-lagi HP Sony Ericson aku yang semakin hari semakin buat hal... haishhh tak terdaya rasanya melayan karenah HP aku nie.. ape tah lagi tuan HP yang semakin hari semakin menggedik untuk memiliki iPhone 4 nie... *mane aku nak cekau duit....* Atleast 2k mesti ada dalam tangan okeyh! kalau takde jangan berangan!!


MAXIS....Haishh.. ada juga yg hilang KESETIAAN nie, hampir 8 tahun aku menggunakan MAXIS, *setianyaa....*  Berkali-kali rasa sayang untuk menukar rangkaian lain tergendala sebegitu sahaja pabila memikirkan MAXIS adalah yang terbaik walaupun agak mahal... aku suka Maxis kerana jarang membuat gangguan di kawasan rumah aku atau kemana-mana sahaja aku pergi kecuali memang kawasan tu tiada rangkaian lagi. *dalam gua kot!* uhuhu...

DIGI.... adakah kehadiran mu cuba menggugat kesetiaan ku?????

nak tengok lagi apa yang best? koang klik2 lar NUFF aku kat atas tu okeyh!! Time kacih ;) sayang korang!!


Nov 2, 2010

Jodoh + Solat + Kiamat (turunnya Nabi Isa) + Azab Wanita

Hari ni aku tak adalah banyak kerja sangat. Just layan FB. :D  So aku pun dah memang boring dengan FB. terbaca lah note yang di 'share' kan oleh kawan-kawan FB ni. 


So sesiapa yang masih belum baca story morry pada link berkenaan.. sila-sila lah baca. untuk makluman dan iktibar buat korang semua termasuk juga aku yang lalai nie.. siyes aku dah rasa takut.. aku rasa macam buntu pun ada dengan hidup aku sekarang, semua rasa bila ada satu statement dalam story yang berkenaan kiamat tu terutama umur yang 20-30 tahun adalah fasa-fasa pertumbuhan yang merasa perubahan akhir zaman ni..*sememangnya aku merasa setiap perubahan tu..* Ya Allah... ALLAHUAKHBAR!!

Korang nak tau sila baca sendiri k.. aku link kan jek dari FB.





Antara banyak-banyak story morry yang aku takutkan adalah kiamat dan solat (balasan lewatkan solat). Tau je lah sejak akhir-akhir ni musim sejuk, hujan tak renti-renti mencurah ke bumi.. tidur pun pasti sodap! so setiap pagi asal nak bangun subuh jek, sedap lagi berselimut. then terjadi lah subuh gajah! tapi aku tak da lah setiap pagi.. tapi boleh dikatakan selang sehari.. ohh.. tidak.. lepas ni kena lawan SYAITAN tu!! takmo laa badan aku kena lilit dengan ular hitam yang mengerikan tu...Nauzubillah... Ya ALLAH lindungi lah aku...

Terdapat juga link yang aku dah terbaca sebelum ni tapi aku baca lagi dan nak share sama korang. biar sentiasa menjadi peringatan buat aku dan juga korang. ok dear, selamat membaca dan bersengkang mata.... ;) dan juga jgn lupa Jasa Baik korang untuk peringatan semua orang islam, korang share2 lar yek!!

Oct 21, 2010

Ohh lari upenye.. kes tak nak kawin..




Berita mengenai Rozaliya sebelum ni klik sini

Then berita Rozaliya hari ni yang aku dengar di radio hot.fm semasa dalam perjalanan ke tempat aku kursus.. tak faham betul lah aku ngan budak rozaliya nie.. kenapa lah tak dibawak berbincang? kenapa mesti lari macam tu? kesian mak ayah dia mencari. sesuatu masalah perlu di bawa berbincang terlebih dahulu bukan membuat sesuatu keputusan tanpa berfikir dan mementingkan diri sendiri. kelak diri yang merana dan rugi...




Berita Rozaliya Lari kerana tidak mahu berkahwin dengan tunangnya. klik sini & klik sini

ape2 pun budak ni memang comel.. hehee...
Sumber : Bernama, Utusan Malaysia

Oct 18, 2010

"Abang datang cepat, saya takut...."

Sedapnya pekena teh tarik panas2 lagi kaw pagi2 tadi..semasa dikantin breakfast bersama 2 peserta kursus. Alhamdulillah, aku selamat tiba di ABM Jenagor pagi tadi walaupun dalam hujan renyai2 dan cuaca yang sejuk lagi lembab di pagi hari... :)
"ada dua lelaki sedang mengekori"

''
"abang datang cepat, saya takut"
2 SMS yang terakhir daripada gadis yang hilang di kuatan ketika membeli belah barangan persiapan perkahwinan.

Sambil menikmati teh tarik panas dan sandwich, aku membelek utusan paper hari ini. satu topik yang menarik perhatian aku kisah gadis yang hilang ini...



Rozaliya (nama pun cantik) hilang di kuantan pada 17hb Oktober 2010.
Semoga gadis ini berkeadaan selamat dan cepat ditemui... Moga Allah melindungi beliau. amin..


Sabariah merayu orang ramai mengenali atau mengetahui di mana Rozaliya berada segera menghubunginya di talian 019-9418016 atau 019-9178016 atau mana-mana balai polis berdekatan. [HM]

Apa yang aku kesalkan, sudahlah Tunangan orang.. cantik lagi, cute miut lak tu.. lagi-lagi orang Terengganu..
KENAPA MEMBIARKAN GADIS ITU BERJALAN KESEORANGAN???


Di tempat umum lah selalunya berlaku penculikan.. bila rasa takut macam-macam boleh berlaku..
kalau aku pun boleh jadi kelam kabut macam tu bila berjalan sorang-sorang di tempat awam.. Alhamdulillah aku jarang keluar sorang-sorang walau dimana aku pergi sebab pesanan Ibu dan Ayah adalah di UTAMAKAN... kecuali terdesak.. seperti kesibukkan aku dgn kursus salam minggu ini.. Hanya Allah sahaja tempat aku berlindung...

dan pastikan berjalan tu jangan lah berseorangan walaupun ke tandas.. kalau peneman tu lelaki jgn lar plak joint masuk ladies room tu.. kang haru biru.. ko jd pak gard udah kt luar pintu tu. ehehe... yang penting awek ko, ibu, adik2 dan isteri ko selamat!!

sumber :
berita culik di kuantan gadis berasal dari Kemaman Terengganu.

Anjing Hitam...
Haa.. satu lagi aku nak cerita, pagi tadi semasa perjalanan ke tempat kursus aku, ada anjing tetiba melintas dari dari jalan seberang, break mengejut ko anjing tu.. bukan aku yg break mengejut (tp break jugak lar smbil mengelak).. heee
kecut perut aku tgk anjing terus menuju ke arah aku.. gile hape anjing tu?? dah tau nampak kereta laju boleh lak menatang tu melintas lepas tu patah balik. lori dan viva tepi aku pun mengejut jugak breaknye..time tu aku dok di jalan lorong tak memotong.. (teringat kes excident babi hutan langgar van ayah aku semasa perjalanan ke kelantan raya ke-5 tahun 2004 dulu...) time tu bwk 70-80km/sjm gak.. aisehhh

Esok ade lagi 3 hari berjuang dengan kursus Landskap. Hope perjalanan aku selama sejam pergi dan balik ke Jenagor selama 5 hari ni dan drive sorang2 lagi tu.. Moga dipermudahkan dan selamat sepanjang perjalanan.. Moga Allah melindungi aku dimana aku pergi dan berada.. amin amin....

ok nite semua :)






Sep 30, 2010

mengenangkan ZAMAN dulu....siapa aku sebenarnya....

Zaman Sekolah dulu-dulu..dari rendah sampai menengah...

Tak apa lah semua orang benci aku.. aku tak kisah.. siapa yang tak kenal aku memang tak kan lama berkawan dengan aku. Sebab aku ni si mulut yang 'lazer'.. sikit tak puas hati aku tembak orang tu sampai mati!! tembak dengan alunan kata-kataku yang berdas-das keluar dari mulut manis lagi merah sweet ini. Sebab itu lah ramai sahabat-sahabat berjauhan dari aku, rahsia-rahsia yang mereka katakan semua aku tak simpan kerana rahsia mereka mempunyai agenda-agenda yang tidak baik.. ohh aku bukan lah budak baik sebenarnya.. tapi aku adalah budak perempuan yang menuntut keadilan. Pada zaman persekolah time tu. pemikiran budak-budak agaknya...

Sepanjang hari persekolahan aku berjalan seorang... ke kantin, ke perpustakaan, ke tandas aku berseorangan... ke makmal, ke mana-mana sahaja.. tiada seorang kawan pun yang sudi berjalan dan bersembang-sembang atau diajak bergurau senda dengan aku.. Ibarat aku seperti dipulaukan.

Aku keseorangan.. kekadang tu aku rasa bosan, tiada teman yang hendak berbual atau bermain dengan aku.. Aku lihat seorang rakan sekelas aku juga, seakan dipulaukan kerana dia budak perempuan yang pengotor, beringus, baju sekolah nya yang tidak digosok, lusuh, buku-buku latihan nya seperti tidak dijaga dengan rapi, berlipat-lipat dihujung bucu lipatan setiap helaian buku latihan tersebut. Rambutnya kusut. tapi aku kagum kasut sekolahnya tak pernah kotor walaupun lusuh warnanya seperti warna bajunya. Aku faham dia hanya seorang budak kampung dan seorang yang susah. Rakan-rakan lain tidak sudi bersahabat dengannya kerana dia berbau busuk dan kotor.

Apa yang aku lihat dia hanya seorang yang tidak terurus kerana dia budak kampung tinggal dipedalaman. dia menceritakan padaku yang dia orang susah, ibu ayahnya bercerai. rumahnya hanya beratapkan rumbia dan berkongsi dengan keluarga lain, pernah juga dia bercerita kakaknya yang baru mencecah 14 tahun akan dikahwini dengan seorang lelaki yang lebih tua dari ayahnya, hanya kerana mereka susah dan tidak sanggup untuk menanggung lagi serta adik beradik yang ramai.

Time ni, aku darjah 5-6 semasa aku bersekolah di Sekolah Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu Sabah. budak perempuan tu adalah orang Sabah dan aku tak ingat die kaum apa. memang tinggal di kawasan lereng-lereng bukit dan dipenuhi hutan, pergi sekolah pun jalan kaki. aku kesian pada dia. cukup lah aku sekadar berkawan sebagai teman berbual dan menasihati apa yang patut. sedikit demi sedikit dia sudah menjadi gadis yang pembersih dan terurus. dan satu lagi aku kagum dengannya.. dia lebih pandai dari aku. dan selalu berkongsi pendapat mengenai pelajaran. (selalu juga aku meniru dia time tu..haha). aku amat baik dengannya.. entah apa khabar dia sekarang?? sudah lama aku meninggalkan sabah..


itu ceritaku dizaman aku bersekolah rendah..... lagi ceritaku dizaman sekolah menengah akan menyusul.. :)

Sep 6, 2010

da mintak maapp...

Alhamdulillah.. sedar jugak akhirnya....

Mengenai post yg saya post kat entry blog ni.. sila baca sini

Kebenaran disebalik penipuan dan kebetulan

dan pihak TV3 juga ada buat pengumuman tersebut dalam Buletin Utama semalam untuk menarik balik iklan tersebut dan memohon kemaafan..
dan yang ni boleh baca seterusnya kat news harakahdaily ni..

Oklah, moga kita semua alert dgn semua nie, moga Allah melindungi semua umat Islam. amin..

Sep 5, 2010

Kebenaran disebalik penipuan dan kebetulan.

TV3 ni sesat dan lagi menyesatkan org islam btol lah!.kot ye pun nak siarkan iklan selidik la dulu..apakah makna setiap scene tu.. ni main belasah jek!.. lagi-lagi nak menyambut aidilfitri tak lama lagi. Ya Allah, lindungi lah umat islam.... mari kita baca apa yg terkandung dalam iklan raya terbaru TV3 ni.

Iklan-iklan Aidilfitri yang dipaparkan oleh sebuah saluran televisyen terkemuka Malaysia, TV3 setiap kali mendapat sambutan hangat dan komen yang memberangsangkan oleh para penonton dari segi kualiti dan mesej yang disampaikan selain daripada iklan yang dikeluarkan oleh Petronas. Hinggakan ada yang tertunggu-tunggu di kac televisyen setiap kali musim perayaan hampir tiba semata-mata untuk menunggu iklan-iklan ini disiarkan. Namun Iklan Aidilfitri 2010 tampil dengan membawakan 1001 kelainan. Apakah yang lainnya? sila lihat sendiri videonya di link ini:



Di sini ada beberapa ulasan tentang iklan yang dipaparkan. Sama ada pembaca-pembaca yang bijak sekalian hendak mempercayainya atau tidak, terpulang.



Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingk...ap yang terbuka.

1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
2.Buku - Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran

Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)
Pokok Krismas - Simbol Paganism



Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian

Scene 4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.

Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)
2.Teluk Intan, Hilir P...erak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
3.Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.

Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.


Cuba perhatikan, mengapa perlu ada awan yang 'menyalib' setiap menara masjid ini? Kebetulan jugakah ini? Atau memang di setiap menara-menara mana-mana masjid terdapat awan seperti ini?


Apa sebab perlu dipaparkan teratai dalam iklan Aidilfitri sedangkan banyak lagi bunga yang boleh disiarkan. Teratai ini mempunyai bahan yang menyala (pelita) di tengahnya seolah-olah teratai Buddha ketika melakukan upacara keagamaan mereka.


Mungkin gambar ini kelihatan biasa bagi sesiapa yang tidak menyedari tapi secara kebetulan atau tidak, inilah hasil penelitian yang diperoleh..


Rasanya semua sudah makruf tentang bintang 6 bucu yang terpapar bukan? Masya Allah.. Anda punya akal, nilailah kesemua ini dengan akal bijak anda..

Mungkinkah semua ini adalah kebetulan? Banyakkan membaca tentang agenda kafir laknatullah terhadap umat Islam memandangkan iklan ini berkaitan dengan perayaan umat Islam. Ingatlah, Allah berfirman dalam al-Quran: "Tidak akan pernah redha orang2 Yahudi dan Nasrani kerhadap kamu sehingga kamu menuruti telunjuk mereka" (2:120).

sumber : Kalamul Haqq

Aug 13, 2010

meh cuci mata...

salam.. hye ape khabar? pose penuh tak ni? dah nak masuk hari ke-3 kita berpuasa.. Alhamdulillah.. :)

Tengah mencari nota-nota untuk buat review exam, tetiba jari kat mouse saya ni gedik je p klik kat folder gambar. So terkeluarlah gambar-gambar yang saya suka tengok dan memang saya suka bergambar..huhu... so agenda nak study tergendala lar sekejap.. hehe.. meh la cuci2 mata dulu... ape yg saya jumpa dalam folder simpanan gambar-gambar saya nie..









Ni pic saya, Ibu dan adik2 lepak-lepak kat Masjid Kristal TTI Terengganu.
actually, saya memang sukakan camera digital atau lebih sinonim dgn mase skrg org call dslr camera. Huhu..tapi pic-pic diatas takdelah saya snap pakai dslr.. saya snap by Hp camera saya Sony Ericson jek.. nak memiliki dslr tu.. huhu tak tahu la.. ikot kan hati nak nak nakkkk sangat... tapi sabar jelah.. mungkin belum rezeki saya masa nie.. hehe.. Insyaallah akan saya dptkan jua.. kau tunggu yek Canon 550d!

Jom cuci lagi mate.....



Yang ni plak sebahagian dari Projek business saya.. sharp kan cat kayu meja nie..klu lah snap by dslr lagi cun... haishh... nak ambik gambar projek pun rase malas.. pakai camera biase jek.. da byk kali bodek sama itu bos.. bos cakap pakai lar camera yang mane ade.. jimat gokk.. :( kang banyak ucapan saya bg kat bos.. lagi byk syarahan die balas kat saya mengenai business nie.. so baik diam..huhu...









Haa.. yang ni baru fresh dari camera dslr vD80.. tapi bukan saya punya :(
Just menumpang kasih dslr kawan saya.. ~sedey lagi~
tapi takpelah..cun tak pic2 ni? yang atas tu pic adik saya yg kedua kahwin.. kakaknya available lagik... ngeee~

Humm oklah.. malas lak ase nak continue study.. nak tidoo.. sok pagi get prepare for sahur plak.. ok nite-nite sumee... selamat bersahur dan berpuasa..
Assalamualaikum wtb. :)



Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More