Love, like a river, will cut a new path whenever it meets an obstacle. - Crystal Middlemas -

There is only one happiness in life, to love and be loved. - George Sand -

"Enemies, as well as lovers, come to resemble each other over a period of time."

"It takes years to build up trust, and just seconds to destroy it.."

You know you are in love when you see the world in her eyes,and her eyes everywhere in the world.- David Levesque -

Love is like magic And it always will be.

Love is unselfish,Understanding and kind,For it sees with its heart And not with its mind!!

When you love someone,all your saved-up wishes start coming out. - Elizabeth Bowen -

Showing posts with label My Family. Show all posts
Showing posts with label My Family. Show all posts

Oct 6, 2014

Majlis pertunangan adikku

Alhamdulillah, hari ni adikku nurhatin pula yg bertunang. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, walaupun adikku terlambat serba sedikit menjadi kelan kabut. :)
bunga tangan
bunga tangan fabric yang sentiasa menjadi hiasan turun temurun dari aku sehinggalah kepada adikku nombor 3 dan sekarang ke tangan adikku no.4. sentiasa mekar tak layu dik zaman. ehehh~

pelaminan
Alhamdulillah.. ingat masa mula2 buat pelamin tunang dari majlis aku bertunang dulu, tersangatlah simple, tapi tetap ada kreativiti disitu.. sehinggalah deko pelamin tersebut kepada adikku no.3 dan sekarang yang no.4 pula.  cuma pelamin adikku yg no.4 ini terlebih special. mungkin kerana aku dah banyak stok2 bunga dan peralatan majlis..

kanopi arabian
Alhamdulillah.. suamiku dpt selesaikan set hiasan pelamin, kerusi dan sarung kerusi, hiasan meja dan buffer table..

hantaran
seperti biasa bab deko hantaran, memang bahagian aku lerr jawabnya.. "air tangan kakak katenya.." amboihhh... setiap kali mendeko hantaran, lecuran panas oleh glue gun tak sah kalau tak kena...huhuu.. dr sejak hantaran tunang, nikah aku sehinggalah kepada adik2ku..
Alhamdulillah.. selamat dah semuanya.. tunggu majlis nikah dan kabul pula....

Dec 10, 2013

Indahnya menjadi seorang ibu


Alhamdulillah, genab hari ini 5 bulan 15 hari aku menjadi seorang ibu kepada Anaqi Zharfan Bin Ahmad Shah..
Anak ini yang membesar dengan sihat dan semakin cerdik. Banyak perubahannya dari semasa ke semasa.

Dari mula di lahirkan, kepada sehari, kepada minggu dan kemudian beralih kepada bulan.
MashaAllah indahnya ciptaanMU..
  
KAU berikan keindahan dalam duka, suka, tangis dan benci.. tapi berubah kepada yang lebih bahagia. Sungguh dengan pemberian ini aku teramat amat besyukur kepadaMU...

Lahirnya seorang insan bernama Anaqi Zharfan, nama yang dipilih oleh abie dan umienya membawa maksud Insan yang menawan hati dan Insan yang bijaksana, ketampanan, baik hati dan berwawasan. 
Lahirnya dirimu didunia ini memberikan seribu makna buat abie dan umie. Sungguh pun perit, penat dan lelah melayan kerenah tangisan,tawa mu siang dan malam..diri ini sangat merindui mu dari semasa ke semasa....

  
Tawa dan gelak mu menghilangkan segala penat, lelah dan tekanan yang di alami abie dan umie.  Hilang segala perit mencari rezeki dan meningkat taraf hidup bagi memenuhi semua keperluanmu...




Semoga membesar dengan sihat dan kuat sayang.  Semoga Anaqi Zharfan kesayangan umie dan abie ini juga menjadi anak yang SOLEH dan sentiasa memperjuangkan agama Allah suatu hari nanti. Insyaallah.
















Love Anaqi Zharfan.

Hug & kiss
Abie ♡ umie.

Jan 15, 2012

Semakin dekat aku hendak bergelar isteri..... semakin.......

Assalamualaikum wbt :)

Alhamdulillah Pembuka bicara 2012. Yang pastinya aku masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua ;) Semoga tahun ini menjadi lebih baik dari tahun tahun yang lepas.. Insyaallah.

Apa yang pasti Insyaallah tahun 2012 adalah tahun kehidupan aku yang baru. Menjalani kehidupan bersama seorang insan yang bergelar 'SUAMI'.

Menghitung hari lagi 6 hari untuk aku bergelar ISTERI orang. nak kata aku ni bedebar sangat may be tak lah juga. Rasa takut lagi ada kot..

Sebab selalu aku mendengar ceramah-ceramah agama terutama kitab Muhimmah yang di ajar oleh Ustaz Kazim Elias, rasa menjadi seorang isteri kepada suami itu sangatlah indah dan sangat mudah untuk mendapatkan pahala... Tapi bagi aku boleh kah ??..

Ada juga dalam ceramah tu membuatkan aku tak sabar hendak menjadi seorang isteri. duduk disisi suami dan mentaati beliau, syurga yang Allah janjikan... Ya Allah, bila aku terkenangkan saat ini rasa seperti semangat untuk membina kehidupan dan berumah tangga tu semakin membuak-buak.. Hanya kerana niatku untuk beribadah pada Allah Taala.. Bila kita buat sesuatu LillahiTaala, semua perkara akan menjadi mudah dan berjalan lancar.. Insyaallah juga akan diberkatiNYA... itu lah yang aku inginkan..

Persediaan??
Alhamdulillah.. dalam aku tengah menghitung hari majlis pernikahan aku, 9 dulang hantaran belum lagi aku start untuk membuat gubahan... hehehee... kalau orang lain mesti 2-3 bulan sebelum dah siap.. Buat sehari ni aku sibuk dengan kerja di pejabat. Insyaallah malam ni sampai lah esok lusa mulalah proses last munite aku menggubah hantaran-hantaran tu semua... Apakah hasilnya nanti? Wallahualam.. :D


Study??
Alhamdulillah, baru 2-3 hari ni aku lega dengan perang tesis projek akhir aku untuk Ijazah Sarjana Teknologi Maklumat (Hons) di OUM.. Semoga aku lulus dan mendapat keputusan yang baik. Insyaallah. Walaupun selepas siap tesis tu, kaki aku jadi krem dan lenguh kes turun naik tangga di blok saidina annas (Unisza) untuk berjumpa supervisor aku di tingkat 3, aku tidak berpatah semangat..walaupun hampir nak patah hati dengan tesis aku hari tu..hehe. Sangat lah sibuk aku time tu, tak boleh nak bayangkan..sejak ibu ayah aku ke Mekah lagi.. tapi Alhamdulillah semua berjalan lancar dan selesai. ;) Hatiku lapang~

Apa yang pasti...
Dalam persiapan last munite aku untuk bergelar seorang isteri nanti, aku bersyukur kehadrat Ilahi segala ujian dan dugaan yang Allah berikan pada diri aku selam ini adalah sebagai pengalaman untuk mematangkan diriku dan menjadi kenangan terindah buat diriku dimasa kini dan akan datang. :) Dan aku juga bersyukur ditemukan dengan seorang bakal suami yang baik Ahmad Shah yg juga menerima aku seadanya, terutamanya buat kedua bakal mertuaku baba & mama :) yang juga teramat baik kepada diriku dan menerima seadanya. Alhamdulillah.. *sedeh-sedeh...adeh..tetiba plak..hehe*

Dec 22, 2011

Tinggal lagi yang satu itu...

 Assalamualaikum.. :)

Alhamdulillah last paper exam untuk semester ni dah selesai.. mudah-mudahan keputusannya tak menitiskan airmata aku atau perkataan (repeat) yang terkeluar semasa result exam nanti. Itu sahaja yang aku harapkan.. Subjek yang sangat men 'down' kan aku semester ini. bergantung harapan pada markah Assignment sahaja.. *haha..bole macam tu? hisk..hiskk...

Yup.. Tinggal lagi satu..kemudian aku boleh senyum sepuas mungkin... Insyaallah.
Maksud aku tinggal untuk aku siapkan final report atau lebih sedap di dengar Tesis sistem Projek yang tengah aku usahakan bersama seseorang. Kalau aku buat seorang comfirm bulan Januari ni tak naik pelamin lah aku.. ehhehe..

Insyaallah, walaupun sistem projek tu aku 'share' dengan someone tak bermakna aku tak merasa akan kesusahan untuk menyiapkan projek sistem tempahan aku tu. Sebab kesusahan yang aku dah dapat selama nie dah banyak menggantikan apa yang lebih perit yang patut dirasa. Tak mengapalah, asalkan aku dapat siapkan final report tu dengan hasil titik peluh sendiri dan aku akan cari 'fell' projek sistem aku tu dengan cara tersendiri. :)


 
Hurmm.. rindu pula zaman-zaman aku study di UDM a.k.a UNiSZA sekarang. Banyak kenangan-kenangan bersama sahabat-sahabat semasa buat projek akhir. Rasanya video rakaman luahan perasan selepas presentation final projek tu masih ada lagi dengan aku.. So, Ina, Hana, Ida and Yati kalau korang nak tengok jgn lupa ingatkan time hari majlis aku nanti, aku leh tunjuk. sebab video tu aku rakam secara spontan aje.. hehee.. paling best Ina laa.. gelak baik punye!! hehe ;)

Minggu ni aku dan parents nak ke Muadzam Pahang, Johor maybe kalau sempat naik KL. Untuk bermadah atau jemputan kenduri kahwin aku nanti. Untuk kawan-kawan insyaallah lepas aku siapkan final report ni, haa.. baru lah aku boleh tumpukan sepenuhnya pada majlis perkahwinan dan jemputan-jemputan semua.. so, tunggu......... :D

Ok, apa-apa pun minta kalian doakan kejayaan dan kesejahteraan agar dipermudahkan segala urusanku. Insyaallah.

wassalam.

Dec 19, 2011

Apa Salah Cik Areja ke Salah Puan Hajar?? tolong jawab....

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah hari ni bangun pagi seperti biasa walaupun lambat juga tidur semalam. Entah pukul berapa Nota DSS tu pula yang membaca aku...  Fight untuk last paper, Insyaallah to be continue lagi selepas saya siap post story saya pagi ini ;)  *semangat2!  kerja di pejabat tengah tiada.. heeee

Ohhh bergembiralah.. dan bersyukur nikmat rasa bahagia yang Allah anugerahkan pada diriku pagi ini :) (hati kembang lagi mekar rasanya..*senyum seorang...)

Apa Salah Cik Areja ke Salah Puan Hajar?? tolong jawab....

Story yang aku hendak berceritakan ini mengenai someone, bukan mengupat cuma luahan hati aku... Sedangkan aku baru mengenalinya dalam keluarga tunangku, bukan untuk membuka aibnya atau aib diriku sendiri mahupun orang lain..

Aku sendiri berasa hairan, mengapa dia membuang ~mukabuku~ aku dari senarai 'kawan' dia? Sedangkan dia yang menambah aku dalam mukabukunya. Aku tersedar beberapa hari selepas aku menghantar 'link' satu blog yang hanya sekadar untuk menasihati adik kesayangan aku. Mengapa dia pula yang terasa? Haishh hairan tambah pelik ni.. adakah dia mahu menyalahkan cik areja yang baik hati tapi syok sendiri ni? atau dia ingin salahkan puan hajar yang bakal menjadi iparnya tak lama lagi?? Jangankan suatu hari setelah aku 'sah' menjadi iparnya dia pula yang membuang status 'ipar' itu dari dirinya sendiri. Ya Nauzubillah Minzalik.. Semoga Allah melindungi aku dari fitnah dunia...

Lagi persoalan, adakah setiap rangka ayat dan kata-kata motivasi di blog itu membuatkan dia terasa sehingga ke lubuk hatinya? Blog itu ku tujukan khas untuk adikku baca tapi tiada pula adikku itu terasa sampai ke lubuk hati, malah ke hempedu pun tidak, adikku masih mampu mempertahankan dirinya dan  berbahagia dgn dunianya.  Dan adikku tahu kakaknya sedang menasihati bagi membina perjalanan hidup ini sentiasa ada liku-likunya. Mengapa dia pula yang terasa? Terasa bagaikan Jantung yang tercucuk duri duri tajam, terus diam seribu bahasa.. 

Adakah blog itu telah membuatkan dia ibarat Siapa yang makan cili dia lah terasa pedasnya.begitu?... Jadi, bermakna adikku pula makan cili tidak berasa pedas lah... haishhh....sepatutnya adikku yang berasa.. kerana blog motivasi itu untuk diberi pengajaran dan pedoman di hari kelak. Juga buat diriku yang sentiasa alpa dengan duniawi...

Tak mengapalah bukan aku menyalahkan dirinya untuk terus diam membisu juga menyepikan diri tanda memprotes dirinya. Aku tidak menyalahkan sesiapa.. Andai aku tahu jika dia terasa maafkan aku, bukan niatku untuk mengatanya. *salah faham disitu~ .
link blog yg ku maksudkan. : BAITUL MUSLIM HALAQAH NET







Sep 22, 2011

Alhamdulillah....Insyaallah...



Assalamualaikum...

selamat petang semua...
erbb... Alhamdulillah.. kenyang makan upenye.. heh.. terima kasih incik tunang lanje makan tadi.. bak kate ayah " ni lanje lanje ni nak suh langsung cepat ke ape?" haa... see.. see.. siapa yang tak sabar ni... huhu... anyway thanks dear dapat juga makan tengahari semeja dengan baba & mama dan ibu & ayah. kita duduk jauh jauh la sambil jeling menjeling.. haishh syiok juga upenye main jeling jeling mata ni ;)

Apa berita yang menggembirakan aku dan menyedihkan aku dihari ni...

Panggilan Haji.
Alhamdulillah ibu ayahku dapat panggillan menunaikan ibadah Haji, sekian lama menunggu akhirnya dapat juga ke Mekah. Alhamdulillah syukur tak terhingga. Tarikh nya belum pasti tapi Insyaallah dalam bulan 10 nanti.

Tanggungjawab
Bila Ibu ayah aku tiada selama 45 hari, tanggungjawab semua di bahu aku... dari kerja, pekerja, bengkel, rumah, family dan adik-adik aku semua akan menjadi tanggungjawab aku walaupun sebelum ni aku dah biasa handle... cuma semakin bertambah dengan persiapan perkahwinanku dan juga final projek bachelor aku ni..Semuanya dalam tempoh tak sampai pun 3 bulan... sebelum bulan January 2012.. Ya Allah bolehkah aku handle semuani dengan serentak??

Aku mengharapkan diriku yang terbaik.. Apa yang aku pikul nanti menjadikan aku lebih matang dengan kehidupan aku.  Walaupun berat, aku perlu juga hadapi dengan penuh ketabahan.. Insyaallah..



Cik Areja : Incik Tunang sila support saya sebaik mungkin ;) saya memerlukan awak T_T

Sep 15, 2011

Officially to him...

Assalamualaikum..

continue lagi..


Part majlis menyarung cincin..
Alhamdulillah debaran demi debaran terasa, setiap detik dan saat aku beristirgfar semasa menunggu di dalam bilik bersama seorang sahabat aku iaitu along, dan setiap detik dan saat itu hatiku sentiasa tertanya-tanya benarkah dia jodohku?? masih menjadi persoalan..walaupun disaat itu keluarganya sudah tiba sampai dan berbincang mengenai ikatan pertunangan bersama keluargaku yang akan dilangsungkan dalam beberapa minit sahaja lagi, kemudian..

Kak... kak... keluarla.. ayah panggil doh tu.. nak sarung cincin lok...

(semakin kuat jantung aku berdegup.. lagi-lagi aku yang cepat gemuruh ni...)

Buat muka bersahaja dan mengukirkan senyuman kelat, kelat kerana berdebar.. walaupun hati riang gembira tak terkata, beberapa saat aku duduk, mama datang menerpa tepi aku lalu mengambil cincin dan menyarungkan di jari manis aku... 

 


Terusan aku mengucapkan Alhamdulillah dan mengucapkan terima kasih pada mama... bersalaman sambil mencium tangan mama lastly aku berpelukan dengan mama.. erat sungguh mama memeluk aku time tu.. 2 kali juga berposing bersalaman dan berpelukan dengan mama (ikot arahan photografer laa...)

Diikuti dengan doa selamat dan kesyukuran pada Allah SWT yang di bacakan oleh ayahku sendiri..

 macam ramai jep....ayahku yang sedang menyambut keluarga incik tunang... :)


 Incik Tunang Terchenta... Saya sudah mula jatuh hati padanya.. 
sila ambil hati yang jatuh dan  simpan hati saya baik2...keep safe ye incik tunang ;)
cukup lah awak yang terakhir dan selama-lamanya.....Insyaallah



I'm Officially to Ahmad Shah.... Alhamdulillah :)


Sekarang.. aku officially tunangan Ahmad Shah.... pada 09 September 2011. Semoga ikatan pertunangan ini membawa keberkatan sehingga kami berjodohan ke hari penikahan kami.. Insyaallah mengecapi kebahagiaan ini dunia dan akhirat.. Semoga Allah sentiasa memelihara hubungan cintaku dan Ahmad Shah.. Insyaallah Amin... :)



Sep 14, 2011

D.I.Y -1- Baju dan Kanopiku

Bab baju ni, takde lah aku jahit sendiri.. hajatnya nak pakai baju kurung moden atau jubah if jubah yang aku cari semuanya tak cukup inci, almaklumlah tinggi aku tinggi model, body jek tak cutting model...suwey punya suwey dalam bulan puasa baru-baru ini akhirnya jumpa juga aku Jubah ni. sangat simple tapi aku suka corak sulaman di jubah ni. cari juga warna putih. tapi tiada stok. lastly warna coklat terus jadi tema aku pada hari tu... Jubah ni dari Mesir suh cutting nye opcoz la orang sana.. tinggi2..so aku sangat lah sesuwaii...  apa yang aku D.I.Y kat sini, belian yang blinking blinking kt baju tu.. haa.. bagi bersinar sket.. so terhasillah jubah tunangku... Tudung siti tu pun last-last dah nak abis stok aku terjumpa celah-celah antara tudung yang bergemelapan dengan batu permata... rezeki aku agaknya hari tu dapat tudung situ kaler pun yang masuk aje dengan jubah aku tu.. harga pun leh lego2 gitu.. huhu rezeki-rezeki.. kalau kt butik mau nye tak seratus lebih..:)


Make Up
15 minit make up tanpa sempadan...... siap setengah jam sebelum keluarga incik tunang sampai... kuss semangat... Alhamdulillah dapat juga vouge time bertunang.. walaupun simple aku tak over sgt yang penting aku nampak cun pada hari bahagia tu... alhamdulillah....

dah berusaha untuk diet di bulan puasa.. huhu.. tapi tetap juga nak jadi miss chubby :)
persediaan kahwin nanti kena usaha lebih nampaknya....

Kanopi pink putih ku...
Lastly kanopi ni sedia maklum lah... memang sah lar aku buat dan hias sendiri. huhu... sejam sebelum keluarga incik tunang sampai baru lah siap kanopi aku.. so wajah aku memang kusam sebab tak sempat nak berehat seketika..huhu.. Tapi aku sempat pergi facial dan bersauna sehari sebelum majlis.. itu yg best!..seri naik bab kate org.. pandai betul cik sah mengurut muka aku..heee.. macam biasa sesapa nak tempah kanopi boleh ke link blog kanopi nie..klik sini

haishh.. aku rasa susunan reben ni salah... inilah kerja-kerja last minute bab kate org... huhu.. ape2 pun i loike white n pink.. terima kasih kepada adik2 ku dan ayahcik dan cik ayu ku yg turut berpanasan membantu menghias kanopi dan set meja makan ni... :)

ALhamdulillah semuanya dah selesai... aku da tak larat nak tulis panjang2 lagi ni...yang aku taip sebelum ni sal hantaran hilang plak..pelik aku.. huhu
asal bercerita mesti panjang panjang penat nak membaca.. tapi terisi .. itu yang penting!.

ok selamat malam...

areja : Incik tunang dah tunggu setengah jam sebab janji nak bergayut dengan dia.. aku asyik hold jek sebab nak siapkan post ni.. huhu.. mesti dia da tidoo....hehee...

Aug 23, 2011

Aku merindukan Lailatul Qadar...



Assalamualaikum..

Alhamdulillah sudah 23 hari kita berpuasa serta menjalani ibadah puasa dengan penuh kesabaran dan moga mendapat keberkatan dari NYA. Alhamdulillah juga sekarang sudah tinggal 7 malam terakhir untuk kita menghayati dan beribadah di malam Lailtul Qadar ini iaitu malam seribu bulan..

10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t. 

Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".

Apakah persiapan kita di akhir malam lailatul qadar ini??

Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut 

Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya" 

Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a. 

Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."

Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar

Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.

Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.


Semoga para blogger dan kita semua dapat menjalani ibadah penuh kekusyukkan dan tawadduk agar setiap ibadah itu diterima Allah Taala. Insyaallah. semoga dosa kita terampun , amalan dan ujian kita di bulan Ramadhan ini di angkat oleh dan diterima oleh ALLAH.. amin :)

Jun 21, 2011

Pengorbanan ini.....

Hari ni adalah hari terindah, moga hari esok lebih indah dari hari ini ;)

Alhamdulillah, syukur aku lihat result exam semester January 2011 aku meningkat. Rasa susah sangat untuk aku pulihkan kembali result exam aku yang hampir jatuh merundum tu.  hope semester Mei 2011 ni adalah yang terbaik dan dapat meningkat pointer yang lebih baik. Insyaallah.

Bersempena hari lahir ibu aku pada 21 Jun 2011 ni aku nak ucapkan pada IBU tercinta,


Jelingan Manja dari Ibu tercOmeLku.. hehee

Selamat Hari Lahir buat IBU ku yang tercinta tersayang termanja dan Tercantik.  Alhamdulillah kak yong doakan IBU semoga diberi kesihatan dan kebahagiaan bersama anak-anak ibu ini dan keluarga sampai ke bila-bila.  Semoga IBU sentiasa ceria disamping anak-anak dan ayah.  Alhamdulillah semoga sentiasa dipanjangka umur dan dimurahkan rezeki. 

Dan..

Selamat hari bapa buat hari-hari kepada AYAH ku. Setiap hari adalah hari Ayahku.  

Jelingan TeGaS dari seorang ayah a.k.a Boss aku..hehee

Tiada lagi pengganti melainkan ayah. walaupun tegas dalam mendidik anak-anak semuanya adalah untuk kebaikan anak-anak ayah.  Ayah adalah ayah yang terbaik buat diriku dan juga keluarga.  Alhamdulillah, kak yong berbangga sangat dapat ayah yang kelakar, penyayang, tegas dan Hensom.  Terima kasih kerana selama ini menjaga akak dan adik2 dari sebesar zarah hingga lah ke sebesar 'orang' juga isteri tercinta, ibuku yang comel dengan penuh kesabaran dan keperihatinan...Kasih sayangmu tak pernah kami lupakan sampai ke nafas terakhirpun.. Terima kasih ayah, ayah adalah hari-hari kami.... :)

Lepak-lepak tepi pantai selepas aniversary ibu dan ayah, tahun lepas umur aku 24thn, 

so tahun ni sudah 25thn lah ibu ayh aku selamat melayari bahtera rumah tangga mereka, dan umur aku pun makin 'up' lass.. adehh...makin tua aku nie... ibu ayah plak makin tua makin bertambah Cinta....mauu kawennn jugekkk.....!

Tiada lagi hadiah paling beharga buat diriku melainkan anugerah seorang IBU dan seorang AYAH yang ceria, penyayang dan penyabar dalam menghadapi karenah anak-anak, Alhamdulillah aku bersyukur kepada MU Ya Allah dengan anugerah ini. Alhamdulillah.. T_T

Cik Areja :  Siapakah bakal suami aku yang dapat menandingi kriteria seperti ayahku??? heheee....ayahku idolaku....

Jun 17, 2011

Weekend dengan Nasi Kerabu daging bakar.

Assalamualaikum,

Happy Weekend ;)  Alhamdulillah have a wonderful today :)

Hari ni macam biasa asal weekend je ibu aku memang suka masak sedap2, buat laksa lah, laksam lah, nasi minyak lah, nasi dagang lah, nasi kuning lah then this weekend nasi kerabu daging bakor plak.. hoorayyy!




Kekadang tu tak hari weekend pun ade jugak nasi minyak ke nasi beriani ke. ikut kerajinan ibu dan permintaan anak2.. kekadang aku sendiri pun nak makan itu ini kena lah masak sendiri then ibu kau tunjuk-tunjuk je.. see.. the real sifooo time memasak tau..haha




Adik aku si Atin tu tengah bakar daging yang aku perap tadi, hurmm wangi-wangi jek menusuk lubang hidung aku ni.. dah terliur rasenye. ayah pun dah balik semayang jumaat, aku je belum solat zohor lagi. *kantoi lambat...* neway, aku nak mandi dulu lah dah dok kat dapur macam-macam bau rempah ada ni time memasak tadi...lepas mandi baru lah boleh solat dengan bahagianya ;)

Haishhh kalaulah Hp aku ada, dah lama aku tempek gambar-gambar kat sini banyak2 kan best dpt view gambar kat korang.. tapi apakan daya korang berdoa jelah supaya Hp baru aku yang masih dalam penyelenggaraan tu siap dibaiki.. *tak puas lagi nak melepaskan rindu pada HTC Desire HD aku tu.. T_T*


ok, have a nice day sumerrr.. :D wassalam.

May 11, 2011

ibuku keharuan... sayang sgt ibu..





Alhamdulillah, wishes selamat hari ibu selamat sampai pada ibu tercinta.

Happy dapat makan sambil menyambut hari ibu pada 9 mei baru-baru ini di RFC. Itu pun restorant RFC dah nak close dan ayam goreng pun dah nak abis. Huhuu... bila aku sebut nak buat jamuan untuk ibu sempena hari ibu sekejap, terus akak cashier tu cakap, ayam ada tapi kena tunggu 15mibit. Fuh lega aku rasa. Boleh teruskan makan-makan..hehe.. thanks pada akak cashier tu juga berikan extra nugget untuk ibu aku...hehe

Owhh cup cakes tu pun sgt sedap ;) thanks to kak farin.

Kad yang bertemakan 'hari-hari IBU kami' secara tak sengaja ibu aku sebak bila baca ayat-ayat ucapan last minute yang aku dan adik-adik perempuan aku yang lain reka dalam kad tersebut.

Aku ada merakam detik tersebut. Tapi malu plak nak tunjuk kat blog ni lain kali lah. Hihi..

Ok, gud nite semua...
Sayang ibu bukan pada hari ibu sahaja, sayangi ibu setiap detik. Setiap masa. Setiap waktu..kerana kasih sayang beliau tidak pernah luntur walaupun sedetik itu berhenti..... selamat hari ibu sedunia.....
Published with Blogger-droid v1.6.8

May 8, 2011

coming soon~

Assalamualaikum...

sihat kah? sudah makan kah?

haishh... sebenarnya aku pun tak tahu nak update ape.. cuma akhir-akhir ini mulut aku cepat sahaja menjawab 'coming soon' and 'coming soon'.....

korang tahu kenapa aku jawab macam tu? haishh mesti leh agak dah kan???

BILA PEREMPUAN atau lebih sedap lah didengar, anak dara macam aku nie....hehe....tak kahwin-kahwin lagi ofcoz lah sentiasa sahaja ada yang bertanya, "haaa Aja mu ni bila lagi??? takkan nak mendara sampai ke tua....", aii..aiii kasorrr jek ayat....

ada lagi ' anok murni ni bila plop nok wat majlis? molek buat sekali guh..tiga-tiga..*anak dara murni ada 3 ye yg sedang mendara, dan sorang lagi tu masih budak2...* huhu.. letih juga ibu aku menjawab, lastly toleh kat aku..so aku jawab sahaja lah.. 'coming soon, Insyaallah'... dari jawapan 'no comment' terasa hati orang plak kan..

Yelah abis dah semua kawan-kawan kahwin, jap-jap nak beli hadiah kahwin, jap-jap nak beli kain pasang buat baju kurung untuk hadir ke kenduri kawin *rotate yg sama tak best lak kan..artiskan..~muntahhh* ,lepas tu hujung bulan garu kepala...budget lari..huhu... orang sekarang kawen dah takikot musim.. anytime and everyday sentiasa ada sahaja org yang berkahwin..... ramai sungguh ummat manusia......dan aku bila lagi nak meramaikan ummat manusia ni? hehee.... soalan yang tinggal tanda tanya pada 'coming soon'.. :)


Neway, aku pun rasa juga gementar bila sebut 'coming soon' ni macam dah tak lama sahaja aku pulak yang menjejak ke alam rumah tangga....tapi tak tahu lagi lah.. huhu.. bila tengok orang kahwin nikah.. gerun pun ada... banyak nak buat itu ini, duit lagi.. masa depan dan tanggungjawab.. Tapi Insyaallah, aku harap aku dah ready untuk itu semua.. lagi pun memang aku ni rajin bebenor suwey persediaan kahwin walaupun tak tahu bila lah aku akan dikahwinkan.. calon pun masih samar-samar.. 'awak ni betul2 nak saya jadi isteri awak ker?' see... soalan tak boleh blah... *abaikan..*

Aku harap, apa yang aku cari, 'coming soon' aku tu akan tercapai jua.... nak cerita banyak itu ini tak guna juga kalau tak tercapai.. so berdoa dan berusaha lah....moga ada yang terbaik... ;)

ok tata... continue nak buat card mothers day untuk ibu ku.. tunggu update seterusnya.. :)
HAPPY MOTHERS DAY TO ALL IBU ;)
Ibuku, you're the greatest mother that i have.. i love you so much ibu!!


aku rasa korang tengok ni mesti rasa syok sendiri
panas-panas terik ni eloklah guna kanopi yang besar-besar macam ni
cantik lah rumah korang!! mesti suka tengok pagar-pagar antik, berkerawang, moden ni kan..

May 2, 2011

snap snap by HTC Desire HD...

Huihhh penat.... 3 hari berjalan sakan siang malam pagi petang jelajah kenduri kahwin satu negeri Terengganu..

almaklumlah baru dapat BF baru ni kerja aku dok snap dan snap picture jelah.. jom layan gambor-gambor dari Smart Phone aku ni...cun ke tidak.. terpulang lah pada simata yang dok mengusha nyee.....


Semua gambar-gambar di bawah ni aku tak edit.. ori and fresh dari camera album...hehe

nampak besar plak myvi aku nieh... kes modelnye tecikk..huhu...

Ikangg Ayeee

 Jojo
Permandangan di tasik bukit puteri dan pantai kuala abang Dungun.











Ni seorang pakcik bawak motor mcm minum todi...*search google* bawak tong gas dgn tak ikat nye, sambil2 pegang n isap rokok, nyaris nak langgar kereta aku.....



Picture kat bawah ni plak, sesi2 majlis pertunangan cik dania. sangat comel sesuai dengan panggilan manjenye ComeL...hehe congratulation my bff...luv~





Apr 26, 2011

Skodeng orang bersauna...

 Source : Mr. Google..tq

Nyaman hari ni setelah melayang beberapa not hijau aku untuk belaian jiwa tadi... ehh bukan... belaian kulit laaa.. korang jangan salah faham plak.. hehe...

Aunty SaL ialah kawan ibu aku, dorang kenal bila, entah aku pun tak tahu bila. Tapi urutan-urutan dia memang power, bukan setakat untuk facial muka sahaja, rawatan rambut dan badan, urutan, lulur, resdung, bekam, sauna dan urutan selepas bersalin pun sekali ada.. rumah dia tu kira lengkap lah semua pakej ada, pelbagai produk aroma terapi untuk kecantikan dan kesihatan pun ada, semua elok2 dan bersesuaian dgn kulit aku yang tak bole dgn bahan kimia berlebihan. Cuma dia tak buka betul-betul saloon lagi, katanya Insyaallah kalau dah ada modal yang mencukupi, dia akan buka. :) aku mendoakan beliau agar aunty sal cepat-cepat boleh bukan saloon kecantikan nieh...hehe.. Insyaallah menjadi Business woman yang berjaya..




 source : Mr. google.. tq


Tenangkan fikiran dan rileks kan badan... dapat aku ber facial muka dan bersauna pagi tengah hari tadi bersama ibu tercinta aku.. ofcoz la ibu aku sangat menjaga kulit... anak dia ni jek sedikit pemalas..hohooo... tunggu ibu ajak baru lah aku terhegeh hegeh angkat kaki, *yelas bila ibu ajak, duit akak takde lah kena kuar.. ekeke*

bilik sauna yang aku guna tadi tak de lah besar gedabak macam ni, tapi suasana nya lebih kurang macam ni, berkayu kayan ala bersalai atas katil.. sekali bersauna lost 1kg.. hehe...ni bersauna sebulan skali...adehhh...

Lastly aku terkeluarkan jugak lah sebab ibu ckp nak lanje facial jek, bila tgk bilik sauna tu, lama pulak aku tak bersauna.. apa lagi... berkorban apa sahaja...huhu lagi pun bukan mahal pun...then aku bayarkan sekali je lah facial muka aku dan ibu aku tadi.... senang cerita.. Lagi pun aunty sal kawan ibu aku tu baik, pandai sembang dan layan kami anak beranak ni..

haishhh bilalah aku dapat mandi jakuzi seperti ini??? dan bersama 'prince charming' yang aku mimpi-mimpi kan itu.. bole kah? huahhahaaa....




smile :)
source : Mr. Google.. tq

Agak-agak boleh lah kalau aku nak naik pelamin nanti mandi lulur atau mandi susu dengan aunty sal.. Tengok bath tub dia tadi untuk mandian2 lulur tu macam best... yehahaha.. menyimpan hasrat nie....

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More