Aug 23, 2011

Aku merindukan Lailatul Qadar...



Assalamualaikum..

Alhamdulillah sudah 23 hari kita berpuasa serta menjalani ibadah puasa dengan penuh kesabaran dan moga mendapat keberkatan dari NYA. Alhamdulillah juga sekarang sudah tinggal 7 malam terakhir untuk kita menghayati dan beribadah di malam Lailtul Qadar ini iaitu malam seribu bulan..

10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t. 

Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".

Apakah persiapan kita di akhir malam lailatul qadar ini??

Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut 

Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya" 

Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a. 

Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."

Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar

Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.

Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.


Semoga para blogger dan kita semua dapat menjalani ibadah penuh kekusyukkan dan tawadduk agar setiap ibadah itu diterima Allah Taala. Insyaallah. semoga dosa kita terampun , amalan dan ujian kita di bulan Ramadhan ini di angkat oleh dan diterima oleh ALLAH.. amin :)

0 SuKe KoMen..:

Post a Comment

ApE LaGi, dA jEjAk tu, JgN LupeR tingGaLkan CoMmenT AnDa Ye..TanKiu :)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More