Alhamdulillah lagi 4 hari kita berpuasa dan menjelang hari raya... :)
Lama sangat aku tak blogging, dan sampaikan hari ini aku masih tak tahu nak cerita apa di blog kesayangan aku ini. kadang tu jari aku jadi keras nak menaip, lidah jadi kelu apa yang hendak di sebut, hati aku terdiam seribu bahasa bagai tak nak meluahkan apa yang hendak diceritakan.. Mengapa ya???
Apabila aku hendak memejamkan mata untuk merehatkan badan dan mindaku yang penat seharian bekerja menguruskan perniagaan dan melayan karenah keluarga juga kawan-kawan. Mulalah timbul perasaan ingin bercerita di dalam blog untuk kisah hari itu... Tapi tubuh ni lebih terasa selesa bila berada di atas katil berbanding di kerusi dan mengadap lappy ku itu. Lalu.... lebih baik memejamkan mata dan tunggu hari esok untuk kembali ber blog..
Bila tiba hari esok, rutin harian On komputer, On aircond dalam ofis, usha kehadiran pekerja, lihat bil-bil yang setimbun di atas meja dan mana-mana bil yang perlu di settlekan untuk urusan payment, schedule task atau ada client meeting dan mengemas office, lastly terus hilang niat ku untuk ber blog.. dari sehari ke sehari.....
tunggu masa aku benar-benar terluang baru lah aku dapat ber blog.. itu pun cerita dah basi atau cerita yang tak de cerita seperti hari ini.. :)
Semakin hari semakin kusam dengan dunia blog, walaupun aku rajin Upgrade blog :D
1 SuKe KoMen..:
Yunkkkk...rindu sama belog kamoo..nape skrg bru bleh view nih hukhuk
Post a Comment
ApE LaGi, dA jEjAk tu, JgN LupeR tingGaLkan CoMmenT AnDa Ye..TanKiu :)