Jun 14, 2011

Bila Ex- Boyfriend berkahwin, terdetikkah rasa itu??

Haish.. sudah 2x aku men'delete' tajuk 'Bila Ex-Boyfriend berkahwin' huhu.. rasa nak post, sekejap rasa malas pula aku nak bercerita. Bila dikenang perkara itu dah berlalu, buat apa nak diingatkan lagi kan? memanglah....

Bukan mencari masalah jika aku post cerita aku dengan ex-boyfriend aku pun, disini sahaja tempat aku meluah. meluah sebagai pedoman, motivasi dan ingatan aku dihari kelak. mungkin juga muhasabahkan diri aku bila tiba masa aku rasa aku perlu membaca diary aku nie kembali. mengingat cerita lama  sekali sekala tersemat kisah suka, duka, lucu dan gembira :) apa salahnya kan?

Bila Ex-Boyfriend berkahwin.. eh Ex- Boyfriend yang mana satu tu?? hehe.. ramai betul ex-bf aku nie.. hurmm aku gelarkan dia Mr. Engineer. Kalau Mr.Photografer tu bukan lah, dia belum berkahwin, masih solo. rasa nak tackle die boleh la pm aku.. wakaka..syarat kena ada sharifah.. huhu.. ok stop talking about him.. meh bercerita ex-bf aku Mr.Engineer lebih senang MR.E ni.

Baru-baru ini, adik aku si Ayu tu ajak aku ke kenduri kahwin sahabatnya, sahabatnya ni pula adik kepada Mr.E, dan tak sangka dorang jemput aku juga ke kenduri sambut menantu. bermakna keluarga Mr.E ni dapat 2 menantu lah sekali gus.

 
ShomelL jugak lar wife die... :) tapi ibu aku cakap, anak ibu lagi COmeLL... I lobe u lah IBU! hehee

huhuuu... Apakah perasaan bila dapat tahu ex-Bf sudah berkahwin?? fuhhh! ini lah perasaan aku, agak terkejut juga lah, lagi-lagi orang yang pernah masuk dalam hati kita ni ofcoz lah sedikit sebanyak akan tersentuh juga dgn berita tu... walaupun perkara tu dah berlalu.  Bila dikenangkan perangai dia, dengan gantung aku tak bertali tetiba senyap lepas kekantoian sms aku pada Mr.Photografer *Ops!* hahaa...

Time tu, semasa aku kusyuk menonton wayang bersama best friends (bff) aku, movie yang asik buat aku tergelak langsung aku dah tak ingat aku sms 2 orang jejaka time tu. ahh nakal betul aku time tu.. :)  Kononnya nak setia, tapi kesetiaan diganggu begitulah akibatnya....walaupun time tu Mr.P sudah pun menjadi ExBf aku... *harap korang tak pening lah baca cerita aku ni.. huhu*.

Mr. P memang suka ganggu aku.. dia tahu kami memang tak boleh berkahwin dan dia tahu aku sudah punya Boyfriend lain, oleh sebab dia tahu Boyfriend aku time tu ada perangai yang tak seberapa baik, maka suka hati dia sahaja tackle aku kembali.. hurm.. aku harap peristiwa tu takkan berulang lagi.. walaupun aku tahu time tu dia terlalu sayangkan aku dan inginkan kebahagiaanku bersama dengan lelaki yang baik-baik juga. :) Terima kasih awak, Mr.P. saya menghargainya. :) aku pernah menceritakan perihal Mr. E di sini

Haishh tetiba cerita sal Mr.P lah plak....salah topik dah nie...adehh...

ok..ok.. continue balik....

Alhamdulillah, itu sahaja ungkapan yang terkeluar dari mulut aku ni.. terpinga adik aku..
*Dalam slanga Terengganu...

adik : doh tu akak, mu nok g dok kenduri dorang?? ayu rasa nok pergi, tapi kalau kak tak mboh gi, ayu dok pergi lah...

akak : hummpphh! malas lah. buat nape gok g kenduri kahwin ex bopreng? nok bagi sakit hati ke ape? biarlah dorang dah bahagie. selamat doh semua tu. kekgi kalau pergi pakat wat muka sposeng lake, bazir pitih minyak kereta jek. doh lar rumohnye jauh sek hulu manir nung..malass eahh!

adik : alaa kak, mung bawok lar abg N***... dakpe nye..

akak : dopleh dia balik shah alam doh nanti, lagi pun memang akak malas laa.. aci dok takmboh g jugop! kalau ayu nok g, g jelah sendiri.

See... kejam punya kakak kan? hohoo. dan keputusannya aku tak pergi juga ke majlis ex-bf aku tu. kalau break secara damai tak pelah jugak time tu, ni break gantung tak bertali. macam orang bodoh je dia buat aku.. then adik aku pun sememangnya tak pergi lah ke kenduri sambut menantu sahabatnya tu.. kesian... lagi pun sahabatnye tu pernah juga nak tackle adik aku.. Playboy lah katakan.. huhh! ada hati lagi nak ke majlis dorang.. ohh pleaseeee larr..
abg N***? huhu.. nantilah akan aku ceritakan... :)

Secara kesimpulannya, hati aku sememangnya sudah lega, dia bukan jodoh aku.. dan aku bersyukur Allah itu Maha Berkuasa sentiasa memberi petunjuk. yang mana baik dan yang mana buruk. Mr.E tu bukanlah budak jahat sangat, dia juga baik cuma mungkin tingkah laku dan perangainya tak sepadan dengan aku, mungkin sepadan dengan jodohnya yang selamat sudah pun menjadi wife dia sekarang.  :)

Masih terlintas.....
Terima kasih pernah membahagiakan aku walaupun untuk sedetik dan meraikan hari graduadku walaupun masa dirimu tidak mengizinkan pada hari tersebut, terima kasih sekali lagi mengorbankan waktu kerjamu dan pulang ke kampung bg meluangkan masa hari sejarahku pada hari itu...




Alhamdulillah, aku harap semoga dia berbahagia bersama pasangan. *sememangnya bila tengok gambar kahwinnya dia memang sudah terlebih bahagia..mane tu? tang perutnya kowt....wopps!* Lagi satu aku suka warna tema majlis perkahwinannya.. agagaa....teka lah yg mana satu MR.E?? muahahaha

Dan... aku sudah memaafkan segala salah dan silapnya terhadap aku sepanjang tempoh berkasih-kasihan dahulu yang tak kesampaian tu. dan buku kesayangna aku yang hampir sebulan aku order di kedai buku,*gila susah nk dapat buku ni dulu* "Aku terima nikahnya" yang aku suruh dia baca,then tak pulang-pulangkan kembali pada aku tu walaupun aku minta berkali-kali untuk dipulangkan..*gila ego dia buat tak tahu..* Sudah aku halalkan sebagai hadiah perkahwinannya.... walaupun dia tak tahu coretan aku disini.... :) tak mengapalah.. semoga buku itu menjadi motivasi buat dirinya dan isteri terbarunya....

Aku disini, sudah dengan dunia baru aku. dan atas ceritaku yang tersendiri.. semoga yang lepas ditinggalkan hanya coretan kenangan. aku menunggu hari esok yang lebih bahagia dari hari ini....senyum selalu... :)

Cik Areja : masih memegang kata-kata ini,  "Bukan mudah untuk menggapai sesuatu yg indah.. bukan mudah untuk mencari yang membahagiakan... kesabaran itu perlu.. andai diri ini inginkan yang terbaik...Insyaallah...♥"

5 SuKe KoMen..:

huhuhuhuhu...blom ade pengalaman mcm ni so no comment :p

naz pnh gi mjlis kawen ex, tp time tu rasa puas ati..sbb dia kwen dgn ppuan lagi teruk. HAHAHA.pdan muka, hmm..ex kita ni pnya perangai yg sama, suka meminta walaupn keje beso -.-'

p.s : adeh, laki baju kuning tu ada iras ex naz yg last...yg naz gi kwen dia tu... -.-'

Hana, hehe.. ko tak ramai couple dan couple ko tak seberape bermasalah mcm couple2 aku dlu.. huhu. ini pun pengalaman pertama aku.. huhu..harap couple yg seterusnye berkekalan hingga ke akhir hayat.. :)

Naz, yup aja pernah baca juga post naz sal ex-bf naz tu.. heheee... tapi aja tak kenal lar perangai wife die skrg.. cuma ibu dan keluarga cakp sy lagi 'teserlah' dari wife die.. agagaaa... tapi alhamdulillah, sy bukan jodohnya.. :)

mula2 sis tercari2 gop hok mne laa MR.E tu..tp ble aja sebut tang pewot..hahahaha.i got it..wink2.takpe2..yg aja ade skang lg encem laa..ekeke.

Sis ana, huhu... shyyyy.. ;) wink2...

Post a Comment

ApE LaGi, dA jEjAk tu, JgN LupeR tingGaLkan CoMmenT AnDa Ye..TanKiu :)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More