Jun 14, 2011

Cara nak tackle ex-bf???

Korang tengok gambar print screen kat bawah nie, adalah tadi aku baru nak mengusha nuffnang aku yang dah lama aku tak usha tu kan, sen nye takdelah naik sangat pun. masih ditahap macam tu juga, time nuff dok mengempen aku buat derkk je..T_T post cerita kat blog ni pun rasa bila syok sendiri baru aku nak bercerita, tak syok haram aku nak bercerita.. bersawang bagai lah blog aku ni.. so hari ni aku tengok kata kunci untuk hari ni sahaja tetiba boleh dapat key ini, yang sudah aku buat dalam bentuk Lobe tuuu.....



 Makk aihh.. aku bukan kemain lagi entry sebelum ni "Jauhi lah Ex-Boyfriend" ada ker? takde pun.. tapi bunyi-bunyi lebih kurang macam tu lah...haha... boleh plak si pencari ni nak cari "cara nak tackle ex-boyfriend".. hoho...

Maaf lah aku tiada tips-tips atau cara-cara untuk tackle kembali ex-ex boyfriend ni. walaupun aku sudah ramai ex-boyfriend. wahahaa~

Nasihat aku lah apa yang aku boleh bagi nak tackle ex-boyfriends ni kembali kan tak PerLu lah. kerana....

1. Benda yang dah lepas buat apa lagi nak dikenang-kenang.

2. Kalau ex-bf tu sudah putuskan kita, tak perlu lagi kita cari dia kembali, kecuali putus dan berkawan secara baik itu boleh diterima tanpa ada rasa 'perasaan sayang dan cinta lagi' owh boleh ke?

3. Takut bila tackle balik, ex bf tu takkan menghargai anda sebaik mungkin atau seperti sebelumnya. maybe dia sudah ada pilihan lain dan anda hanya dalam list, senarai tunggu pakai buang.. 

4. Takut dia akan lebih tidak menghargai anda lagi. then break up lagi.. sengsara dan buang masa... seperti aku sekarang ni.. penyesalan tiada guna lagi...T_T
5. Menjadi lebih terhimpit dan tersepit. maksud aku takut nak buat itu ini kerana risau menyakiti hatinya lagi...

6. Udah-udah lar tu.. ramai lagi lelaki/perempuan yang lebih baik, cantik, hensom, dari ex tu...

7. bagi peluang pada hati anda menerima kekasih baru dan belajar menerima cinta baru.

8. Pengalaman mengajar erti kehidupan.... okey. ;)

Apa yang aku nasihatkan ini berdasarkan pengalaman aku. aku sudah banyak kali bercinta dengan boyfriend dan pernah tackle kembali ex-bf aku, so aku dah taknak perkara ni berulang lagi.

Jadi lebih baik lupakan terus sahaja, kalau tak boleh lupa pun berkawan lah biasa-biasa sahaja dan jangan selalu berhubung. Yang pasti akan ada kekasih yang lebih baik lagi dari ex anda. pasti akan merasa cinta lebih bahagia dari cinta sebelumnya. :)



.....dan aku juga sedang belajar melupakan ex bf aku, walaupun perit kerana bertahun lama menanti hari bahagia yang tak kesampaian, aku tetap melawan perasaan tu. lagi-lagi sudah menjumpai kekasih yang memahami jiwa kita, kerjaya dan keadaan tingkah laku kita, serasi dan sejiwa dengannya.  Insyaallah akan aku lupakannya terus semoga Allah memberi petunjuk padaku dan sentiasa memimpinku ke arah kebaikkan. amin..

2 SuKe KoMen..:

semoga berbahagia dengan insan yg disygi :)

Naz, Insyaallah, hope naz pun same.. cepat2 kawen taw..hehehe

Post a Comment

ApE LaGi, dA jEjAk tu, JgN LupeR tingGaLkan CoMmenT AnDa Ye..TanKiu :)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More