Jun 15, 2011

Tetapkah pilihanku??




Bingung....
Fikiran aku sedang ligat memusing, mencari penyelesaian dan kesimpulan rapi agar diri ini sentiasa mendapat yang terbaik.  huhh!

Sampai bilakah hati ini mahu berketetapan? melayari bahtera cinta sebelum kahwin bukan mudah, hanya dosa sahaja yang aku perolehi. sampai bilakah aku akan begini?

Mudah sahaja orang-orang berkata, "kenallah dulu baru tahu siapa dia.." , "berkawan lah dulu, kalau tak berkawan cemana nak tahu dia serasi atau tidak dengan kita?.."

Terlebih sudah...
Bila dah kenal dan mengenali terlajak lah memadu kasih dengan cinta duniawi.. Walaupun niat sebelumnya hanya sekadar mengenali dan andai kata berjodohan cinta itu akan diselami dalam ikatan cinta abadi selepas pernikahan. susah sekali untuk menahan nafsu cinta dunia ini....lalu membuang masa yang tak berkesudahan... dimanakah keberkatannya kalau begini??? arghh.. syaitan sentiasa ada merasuk jiwa dan minda.... Ya Allah lindungilah aku...

Bukan itu yang ku maksudkan...
Yang terbaik bukan ku maksudkan pada pangkat dan harta, tapi bimbingan dan tanggungjawab padaNYA dihari-hari yang mendatang. bukan aku memilih berdasarkan kekecewaan yang dialami tapi memilih berdasarkan pengalaman yang dilalui..

Sukarnya...
resah lagi gelisah jiwa yang meronta, andai diri dilanda kebutuan walaupun sudah di 'taaruf bersama keluarga' cuma ikatan sahaja yang belum disimpul rapi.  kenapa masih ada perasaan serba salah dan kesukaran dalam pilihan ini??


Istikarah sahaja jawapannya penyelesainya, mungkin istikarah yang sebelum ini belum sampai hajatnya.. aku masih terlalu jauh padaNYA...

Ya Allah, Ya Rabbi....janganlah kau jauhkan hati ini dan juga imanku padamu, tetapkanlah pendirianku dan keredhaan ini, agar sentiasa mendapat petunjukMu dalam menjalani liku-liku hidupku dunia dan akhirat....

Semoga Allah Taala sentiasa memberi petunjuk padaku. Insyaallah.

Cik Areja : Assignment meniti hari due date~ arghhh...

0 SuKe KoMen..:

Post a Comment

ApE LaGi, dA jEjAk tu, JgN LupeR tingGaLkan CoMmenT AnDa Ye..TanKiu :)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More