Dec 18, 2011

Menghitung masa.. bukan lagi hari..

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah saya sihat!!! :)  

First impression pembuka bicara post Cik Areja untuk bulan akhir tahun ini, sebab mesti ramai tanye saya sihat ke tidak kan?? heee.. dan ramai juga bertanya  kemana lah Cik Areja pergi hampir 2 bulan tak menulis di blog ini.. melawat blog kawan kawan pun langsung lah tiada.... menukar link blog satu hal.. asik menukar link aje.. nak lari dari siapa pun tak tahu....

.................................................................................................

Anyway, segala kesibukan dan kekusutan yang melanda Alhamdulillah saya tabah melaluinya.  Dan ketabahan itu masih lagi bergantung harap sepenuhnya dalam diri saya untuk melalui lagi hari-hari terakhir sebagai seorang pelajar OUM.  Dan lagi mengharungi detik-detik membujang sebelum menjadi isteri orang di awal tahun hadapan. ehemm! ( update persiapan nak menjadi isteri orang ni..Insyaallah next post lah ye... bila nak update tu.. kena lah menjadi pembaca setia blog Cik Areja ;))

Bulan ni adalah hari peperiksaan OUM, so peperiksaan saya di minggu pertama pada hari yg ke 4 iaitu hari Rabu (21hb Desember 2011, jam 12am-2.30pm di dewan besar SMKC) kat mane tu? hehe... doakan kejayaan dan kemudahan saya selamat menjalani peperiksaan itu sudah memadai bagi saya.. 

............................................................................................................

Sampai ke saat ini, saya masih tiada lagi masa untuk mengulang kaji, dan masih sedang giat menyiapkan laporan tesis projek akhir serta bekerja sepenuhnya dalam memnuhi kehendak pelanggan untuk menyiapkan projek-projek budget akhir tahun kerajaan.  Insyaallah semoga Allah permudahkan segalanya... Bak  kata pepatah sambil menyelam minum air, so, sambil-sambil itu persiapan perkahwinan juga sedang giat saya laksanakan...

Semoga kesibukan yang melanda saya pada hari ni akan memberi makna dan lebih kebahagiaan di hari mendatang. agar keberkatan Ilahi itu sentiasa ada menemani saya.. Insyaallah.

Ok, jumpa nex entry.
Wassalam.

2 SuKe KoMen..:

baru smgat nak baca blog mu..updatelah cpt..buhsan dah, ari2 tgk xda benda...

hehee.. insyaallah aku akan sentiasa updet.. ;)

Post a Comment

ApE LaGi, dA jEjAk tu, JgN LupeR tingGaLkan CoMmenT AnDa Ye..TanKiu :)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More