Dec 19, 2011

Apa Salah Cik Areja ke Salah Puan Hajar?? tolong jawab....

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah hari ni bangun pagi seperti biasa walaupun lambat juga tidur semalam. Entah pukul berapa Nota DSS tu pula yang membaca aku...  Fight untuk last paper, Insyaallah to be continue lagi selepas saya siap post story saya pagi ini ;)  *semangat2!  kerja di pejabat tengah tiada.. heeee

Ohhh bergembiralah.. dan bersyukur nikmat rasa bahagia yang Allah anugerahkan pada diriku pagi ini :) (hati kembang lagi mekar rasanya..*senyum seorang...)

Apa Salah Cik Areja ke Salah Puan Hajar?? tolong jawab....

Story yang aku hendak berceritakan ini mengenai someone, bukan mengupat cuma luahan hati aku... Sedangkan aku baru mengenalinya dalam keluarga tunangku, bukan untuk membuka aibnya atau aib diriku sendiri mahupun orang lain..

Aku sendiri berasa hairan, mengapa dia membuang ~mukabuku~ aku dari senarai 'kawan' dia? Sedangkan dia yang menambah aku dalam mukabukunya. Aku tersedar beberapa hari selepas aku menghantar 'link' satu blog yang hanya sekadar untuk menasihati adik kesayangan aku. Mengapa dia pula yang terasa? Haishh hairan tambah pelik ni.. adakah dia mahu menyalahkan cik areja yang baik hati tapi syok sendiri ni? atau dia ingin salahkan puan hajar yang bakal menjadi iparnya tak lama lagi?? Jangankan suatu hari setelah aku 'sah' menjadi iparnya dia pula yang membuang status 'ipar' itu dari dirinya sendiri. Ya Nauzubillah Minzalik.. Semoga Allah melindungi aku dari fitnah dunia...

Lagi persoalan, adakah setiap rangka ayat dan kata-kata motivasi di blog itu membuatkan dia terasa sehingga ke lubuk hatinya? Blog itu ku tujukan khas untuk adikku baca tapi tiada pula adikku itu terasa sampai ke lubuk hati, malah ke hempedu pun tidak, adikku masih mampu mempertahankan dirinya dan  berbahagia dgn dunianya.  Dan adikku tahu kakaknya sedang menasihati bagi membina perjalanan hidup ini sentiasa ada liku-likunya. Mengapa dia pula yang terasa? Terasa bagaikan Jantung yang tercucuk duri duri tajam, terus diam seribu bahasa.. 

Adakah blog itu telah membuatkan dia ibarat Siapa yang makan cili dia lah terasa pedasnya.begitu?... Jadi, bermakna adikku pula makan cili tidak berasa pedas lah... haishhh....sepatutnya adikku yang berasa.. kerana blog motivasi itu untuk diberi pengajaran dan pedoman di hari kelak. Juga buat diriku yang sentiasa alpa dengan duniawi...

Tak mengapalah bukan aku menyalahkan dirinya untuk terus diam membisu juga menyepikan diri tanda memprotes dirinya. Aku tidak menyalahkan sesiapa.. Andai aku tahu jika dia terasa maafkan aku, bukan niatku untuk mengatanya. *salah faham disitu~ .
link blog yg ku maksudkan. : BAITUL MUSLIM HALAQAH NET







0 SuKe KoMen..:

Post a Comment

ApE LaGi, dA jEjAk tu, JgN LupeR tingGaLkan CoMmenT AnDa Ye..TanKiu :)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More