Jan 15, 2012

Semakin dekat aku hendak bergelar isteri..... semakin.......

Assalamualaikum wbt :)


Alhamdulillah Pembuka bicara 2012. Yang pastinya aku masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua ;) Semoga tahun ini menjadi lebih baik dari tahun tahun yang lepas.. Insyaallah.

Apa yang pasti Insyaallah tahun 2012 adalah tahun kehidupan aku yang baru. Menjalani kehidupan bersama seorang insan yang bergelar 'SUAMI'.

Menghitung hari lagi 6 hari untuk aku bergelar ISTERI orang. nak kata aku ni bedebar sangat may be tak lah juga. Rasa takut lagi ada kot..

Sebab selalu aku mendengar ceramah-ceramah agama terutama kitab Muhimmah yang di ajar oleh Ustaz Kazim Elias, rasa menjadi seorang isteri kepada suami itu sangatlah indah dan sangat mudah untuk mendapatkan pahala... Tapi bagi aku boleh kah ??..

Ada juga dalam ceramah tu membuatkan aku tak sabar hendak menjadi seorang isteri. duduk disisi suami dan mentaati beliau, syurga yang Allah janjikan... Ya Allah, bila aku terkenangkan saat ini rasa seperti semangat untuk membina kehidupan dan berumah tangga tu semakin membuak-buak.. Hanya kerana niatku untuk beribadah pada Allah Taala.. Bila kita buat sesuatu LillahiTaala, semua perkara akan menjadi mudah dan berjalan lancar.. Insyaallah juga akan diberkatiNYA... itu lah yang aku inginkan..

Persediaan??
Alhamdulillah.. dalam aku tengah menghitung hari majlis pernikahan aku, 9 dulang hantaran belum lagi aku start untuk membuat gubahan... hehehee... kalau orang lain mesti 2-3 bulan sebelum dah siap.. Buat sehari ni aku sibuk dengan kerja di pejabat. Insyaallah malam ni sampai lah esok lusa mulalah proses last munite aku menggubah hantaran-hantaran tu semua... Apakah hasilnya nanti? Wallahualam.. :D


Study??
Alhamdulillah, baru 2-3 hari ni aku lega dengan perang tesis projek akhir aku untuk Ijazah Sarjana Teknologi Maklumat (Hons) di OUM.. Semoga aku lulus dan mendapat keputusan yang baik. Insyaallah. Walaupun selepas siap tesis tu, kaki aku jadi krem dan lenguh kes turun naik tangga di blok saidina annas (Unisza) untuk berjumpa supervisor aku di tingkat 3, aku tidak berpatah semangat..walaupun hampir nak patah hati dengan tesis aku hari tu..hehe. Sangat lah sibuk aku time tu, tak boleh nak bayangkan..sejak ibu ayah aku ke Mekah lagi.. tapi Alhamdulillah semua berjalan lancar dan selesai. ;) Hatiku lapang~

Apa yang pasti...
Dalam persiapan last munite aku untuk bergelar seorang isteri nanti, aku bersyukur kehadrat Ilahi segala ujian dan dugaan yang Allah berikan pada diri aku selam ini adalah sebagai pengalaman untuk mematangkan diriku dan menjadi kenangan terindah buat diriku dimasa kini dan akan datang. :) Dan aku juga bersyukur ditemukan dengan seorang bakal suami yang baik Ahmad Shah yg juga menerima aku seadanya, terutamanya buat kedua bakal mertuaku baba & mama :) yang juga teramat baik kepada diriku dan menerima seadanya. Alhamdulillah.. *sedeh-sedeh...adeh..tetiba plak..hehe*

0 SuKe KoMen..:

Post a Comment

ApE LaGi, dA jEjAk tu, JgN LupeR tingGaLkan CoMmenT AnDa Ye..TanKiu :)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More