Dec 27, 2011

Tak sempat nak menangis pun...

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, selesai hal ehwal keluarga di Pahang, segala surat menyurat dan undangan saman di hari majlis perkahwinan aku nanti semoga mereka semua datang tepat pada masanya.. Al maklumlah memasing ada tugas di hari majlis aku nanti. tak sabar rasanya hendak berkumpul ramai-ramai. untuk sahabat-sahabat pula Insyaallah dalam masa terdekat ni setelah tesis aku selesai. so sabar ye.. ;)

 Yang secomel aku tuh adalah cousin aku namanya
Marissa Sara ;) *comel ke aku?..gedix mari..!

Tak sempat sampai Kuala Terengganu pun lagi, sis Ana (geng study OUM) sms aku, " Aduyai..sistem n tesis kena hantar ahad ni, kedai nak jilid tesis takdop lak kat sini. dua-dua tak siap lagi.. huhu serabut.." (aku copy sms sis ana semula..kiki)..Makk aihh.. tak sempat lagi kaki aku nak jejak tanah air tumpah darahku di kuala terengganu ni dah dapat sms gempak petanda aku kena siapkan tesis dan projek sistem aku tu sebelum 1hb ni. So dalam masa 4 hari sahaja. Alhamdulillah sistem projek tu dah nak hampir siap, cuma persiapan mengarang tesis masih belum siap, bercampur dengan banyak lagi perkara lain yang perlu aku kena beri tumpuan.

tarik nafas.. tarik nafass...hembus pelan-pelan...istirgfar...

*akhir kata.. kita buat rilekss...

kalau aku cerita mengenai persiapan majlis kahwin aku sekarang, takut otak aku ni asik ingat nak kahwin aje.. so, buat-buat tak tahu jelah.. sehingga selesai tesis ni baru lah aku boleh berblog mengenai cerita hal persiapan majlis kahwin aku.. Almaklumlah kalau bercerita mengenai persiapan kahwin, siapa tak suka kan? semua orang suka kalau cerita bab kawen-kawen nie.. ehehee.. kang kalau aku bercerita.. makin senyum lebar pula pipi aku ni then tak siap tesis aku..apa-apa pun kawan-kawan doakan semoga tesis aku ni berjalan dengan lancar ye.. dan siap tepat pada waktunya. Insyaallah :D Lepas tu kita bercerita pasal kawen-kawen plak.. *gatai semacam jek bunyinya...*

Areja : Mata pejam, Otak berfikir, Tidur tapi tak lena, makan kenyang jek... :)

0 SuKe KoMen..:

Post a Comment

ApE LaGi, dA jEjAk tu, JgN LupeR tingGaLkan CoMmenT AnDa Ye..TanKiu :)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More