Jul 18, 2012

5 bulan sudah berlalu..



Assalamualaikum wbt..

Niat di hati nak upgrade blog nie, tapi.. masa sentiasa tidak mengizinkan... Haishh entah lah bila aku boleh betul-betul istiqamah dengan meng'update' blog ni..

Alhamdulillah.. 5 bulan 26 hari sudah aku hidup menjadi isteri kepada suami yang tercinta.  Sudah banyak kenangan yang tercipta indah selepas bernikah.  Dan.. kini diriku masih lagi mencipta kenangan indah bersama suamiku tersayang ini biarlah hingga ke akhir usia...

Perit, suka dan duka aku lalui juga.. kekadang terasa tidak kenal siapa sebenar suamiku.. kekadang terasa bagaimana lagi harus aku belajar dan lebih memahami dirinya.. hanya mengadu damba kepada Allah Swt untuk lebih menabahkan hatiku ini untuk menjalani liku-liku hidup sebagai anak dan isteri yang solehah.

Kekadang bila terasa dugaan dan ujian yang diberi Allah, terasa juga diri ini tidak kuat seperti dulu.. menangis dan menangis keseorang mengenang kehidupan lalu.. Bila difikirkan kehidupan lalu aku dahulu hanya sia-sia sahaja, dan tidak berpehujung. Kini aku bersyukur.. walaupun dugaan dan ujian aku sebagai seorang isteri dan anak semakin berat  untuk menanggung... aku cuba juga menghadapinya... aku berpegang satu ayat ini

" Allah menguji hambanya kerana Allah Sayangkan hambanya....kerana segala ujian dan dugaan yang datang adalah penghapus segala dosa dan tiket kita untuk ke syurga.."

Tiket Kita ke Syurga dalam ayat diatas bermakna Semakin kental iman kita dihati dengan melalui ujian-ujian Allah di dunia ini, semakin banyak dan kukuh lah iman kita.. maka semakin banyak iman kita didada semakin luas lah peluang kita ke Syurga Kelak.. Insyaallah..

Semoga ibadahku mendapat rahmat dan keberkatan Allah jua... Aminn..


1 SuKe KoMen..:

Amin.. both of you such a sweet couple! moga berbahagia hingga ke syurga.. :)

Post a Comment

ApE LaGi, dA jEjAk tu, JgN LupeR tingGaLkan CoMmenT AnDa Ye..TanKiu :)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More