Feb 7, 2012

22012012 Husben and Wife ;)

 
Alhamdulillah 22 Januari 2012 aku dah sah menjadi isteri kepada Ahmad Shah.

Persiapan luar dan dalam banyak memberi inspirasi untuk aku menjadi isteri orang. bak kata prinsip aku sendiri yang aku pegang selama ini
"Bukan mudah untuk menggapai sesuatu yg indah.. bukan mudah untuk mencari yang membahagiakan... kesabaran itu perlu.. andai diri ini inginkan yang terbaik...Insyaallah...♥  "

dan prinsip ini akan sentiasa aku pegang sampailah kebila-bila.. Insyaallah :)

Bedebar tapi masih smile sebaik mungkin bila dapat camera..hehe..
Special thanks for Ida & Hana. My beloved bestfriends. :)

Saat Pernikahan dilangsungkan.... *senyum tak kata apa-apa.. hati dupdap dupdap.. tapi cousin-cousin semuanya membuatkan aku hilang nervous..huhu.. entah kenapa..* Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. :)

 muka selepas sah menjadi isteri orang.. Serius masih malu-malu lagi. Muka keras terhasil. Nampak gemuk semacam.. huhu ;)
 Bila dah habis nervous.. terhasil lah kegedikkan aku bila bergambor.. hehe.. i love u Hubby!

Perasaan menjadi isteri orang??
Alhamdulillah, terasa sangat diri ni 'lengkap' .. ada suami disisi terasa lebih selamat, ada penghibur tika aku berduka, sedih dan ceria. Terutama bab solat, terasa syahdu bila berjemaah dan solat bersama. aku bersalaman dan mencium tangan suamiku lalu dia mengucup dahi aku dibalas dengan senyuman penuh makna.... berbeza rasanya apabila berjemaah solat dengan keluarga dibanding dengan berjemaah bersama suami. :) Semoga kucupan didahi setiap kali selepas solat berjemaah sentiasa berkekalan hingga ke bila bila... Insyaallah :) *tiba-tiba rasa touching..sobs sobs...


Dua Minggu bercuti :)

Dua minggu aku bercuti nonstop aku tak rehat.. mungkin orang sekeliling nampak aku sentiasa keluar pergi berjalan-jalan.. tapi bukan bermakna aku berjalan tu tiada arah tujuan. berjalan pergi berurusan dengan photografer, pelamin, baju, sewa itu ini untuk membuat pembayaran terakhir bagi settle kan semua hal ehwal event aku hari itu. sehinggalah selesai majlis bertandang.

Honeymoon..
Alhamdulillah baru-baru ni aku dan hubby ke Bukit Tinggi. Pre Honeymoon lah katekan.. kononnye nak lari dari kesibukkan dan berehat.. tapi tak juga dpt lari dari kesibukan dan ketenangan fikiran tu.. huhu.. Apa-apa pun aku gembira dapat bercuti bersama suami terchenta. Insyaallah akan ada Honeymoon yang lebih istimewa buat suami dan diriku nanti :)


kerja dah bermula....
so tumpuan buat masa sekarang ni pada kerja, hubby terchenta pun dah masuk kerja. terpaksa berpisah seminggu sekali baru balik. dan aku masih stay bersama keluarga oleh kerana aku bekerja dengan ayah aku sendiri.. Insyaallah jika hubby aku dpt transfer di kuala terengganu ni, bolehlah aku stay sebumbung, sebilik dan sekatil dengannya ;) Hanya berdoa minta dipermudahkan segalanya...

2 SuKe KoMen..:

mabruk. sure dah makin bahagia...alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar :)

Alhamdulillah naz..terasa hidup ni semakin melengkapi.hehe :)

Post a Comment

ApE LaGi, dA jEjAk tu, JgN LupeR tingGaLkan CoMmenT AnDa Ye..TanKiu :)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More