Aug 7, 2012

Allah lebih sayangkan dia...

16 Ramadhan 1433h.

Jam 10pm, selepas menunaikan solat sunat terawikh di masjid semalam,  aku masih seronok memilih jubah/dress untuk dibuat raya nanti bersama incik hubby. Walaupun masa itu perut aku dah mula terasa senak semacam. Aku x hiraukan.. dan aku lebih leka memilih baju dan berjalan di sekitar expo jualan. Lagi-lagi first time hendak beraya dengan hubby terchenta. Seronoknya ada hubby dan shopping raya.

17 Ramadhan 1433h
(hari nuzul quran- cuti)

Jam 12am, Alhamdulillah sampai rumah. Masih lagi sakit perut, masuk toilet nak pee pee sekejap, lastly ade tompokan darah seakan aku ini period. Alhamdulillah.. sekian lama aku menunggu selepas hampir 3 bulan aku tak datang period.

Jam 1am, perut dah semakin terasa sakit. "senggugut biasa je ni..." Rungut hatiku.. tapi masih bertahan.  Sambil itu aku melayan movie bersama incik hubby diruang tamu. Incik hubby plak baru aje selepas menamatkan exam semester pertamanya.

Jam 2.50am, Perut aku semakin terasa sakit, niat dihati hendak tidur sahaja selepas menelan 2 biji panadol dan ubat tahan sakit yg diberi incik hubby. Aku cuba tidak menghiraukan perut yang semakin memulas...pejam mata dan beristirgfar.. semakin lama semakin sakit. Sakit perut aku tak seperti senggugut biasa. Terasa seperti sesuatu gumpalan yang besar hendak keluar dr perut aku. Incik hubby jg semakin gelisah dan risau...suhu badan aku dah tak normal panas sejuk dan berpeluh..

3.10am, incik hubby, baba dan mama kejarkan aku ke hospital...aku dah pitam mas ini..yang aku dengar hanyalah gesekan tayar dgn bodi kereta hubbyku.. mungkin masa ini hubbyku bwa kereta laju...

3.30am, aku dikejarkan ke dalam emergency room, doktor telah cucuk aku dgn ubat lali mungkin ubat penenang. Kemudian sakit perut aku semakin berkurang.  Banyak juga dotor tanya tentang sakit aku, status dan masalah period.

Doktor mula scan perut aku, dan bertanya adakah aku sedar yang aku pegnant sebelum nie, dan usia kandungan aku dalam beberapa minggu? MashaAllah.. aku pregnant ke sebelum nie? Sememangnya aku tak sedar aku sedang preganant. Kemudian doktor telah buat urine test, dan beberapa saat didepan mata aku alat utf tu bertukar 2 line merah yang amat terang. Aku mengucap pnjg dan bersyukur yang teramat pada Allah masa tu walaupun dalam pening dan kelalian ubat penahan sakit.  Apa yang aku dengar doktor memberitahu kandungan aku lemah dan dah tak kuat... Masa aku dalam separuh sedar tu dan dalam perjalanan ke wad untuk rawatan lanjut, hanya berdoa minta Allah lindungi n selamatkan kandungan aku sahaja...

Sampai di wad 5ef, setelah dipindahkan atas bad, aku terus tertidur....

4.40am
"Puan.. puan,.." setelah aku celikkan mata " perut masih sakit lagi x, kepala pening lagi tk?" Seorg Doktor wanita bertanya pada aku.. aku yg masih mengantuk dan pening hanya dpt jwb "ya..." Terus aku sambung tidur.. terasa sangat letih..

5.15am
Doktor tersebut dtg lagi.. bertanya hal sama. Kali ni dia tinggl pesanan "kalau dah hlg pening, nanti terus ke bilik tepi kaunter nurse tu ye, saya nk buat check up" skali lagi aku berkata "ya..."

5.30am
Perut aku dah kurang sakit, kepala pun dh rasa ringan, aku bangun sendiri dan terus ke bilik yang dipesan doktor tadi..

Doktor mendapati aku keguguran da disebabkn gegaran yang kuat. Aku pun tak tahu berpunca gegaran apa.. dan apa yang pasti gegaran itu adalah disebbkan kadungan aku dah lemah dan tidak kuat.. Doktor hanya berkata, tunggu masa utk dicuci..

MashaAllah... Mengucap panjang lgi sekali.. kandungan aku tiada harapan.. rasa nak menangis dan sebak tapi aku hanya beristirgfar minta Allah kuatkan hati aku dan bertabah... Bukan rezeki aku..

Selepas doktor buat pemeriksaan, tiba tiba sahaja perut aku kembali sakit, sakit yang teramat memulas mulas, aku tak tahu kalau inilah rasa sakit hendak bersalin, aku redha sahaja. Aku pasrah dan beristirgfar sebanyak bnyk mungkin, merayu dgn doktor minta bantuan, Doktor juga tak dapat berbuat apa-apa, untuk memberi ubat tahan sakit tak dapat berikan kerana aku baru sahaja makan ubt tu pada 2 jam yg lepas.  Utk makan ubat yg sama perlu lebih 3 jam.

Selepas beberapa minit aku mengeran kesakitan, doktor memberi ubat apa pun aku tak tahu... Tiba tiba sakit berkurangan, dan aku jd semakin lali lalu aku tertidur lagi dikatil pemeriksaan.

Jam 6.40am

Aku tersedar, doktor bertanya adakah aku skit lgi? Kemudian nurse memberi aku baju hijau untuk aku tukar pakaian dan berehat di bad, untuk tunggu pemeriksaan dengan doktor pakar pula dan juga buat scanning lagi.

Jam 6.50am

Selesai menukar baju, aku termuntah hampir setengah baldi kecik, kebetulan incik hubby datang menghantar peralatan mandi dn pkaian utk aku..

Jam 7. 15am

Terasa lain mcm di pad, berat pun ada.. sekali aku check sendiri melihat seketul daging 5inci panjangnya  setebal 2-3 jari. Mashaallah.. benda inikah yang menyebabkan perut aku sakit yg teramat sgt...

Sekali lagi aku kena buat pemeriksaan dengan doktor, doktor sah kan fetus aku dah keluar dari rahim. MashaAllah.. besarnya kuasa Allah..

Doktor minta aku berehat lagi untuk buat scanning terakhir...

Tunggu dan tunggu...makan tengahari secara berjemaah dengan pesakit pesakit lain dihari puasa.. entah berapa hari yang perlu aku ganti puasa nanti....

Tepat jam 2.15pm nurse datang minta aku ke bilik scanning untuk pemeriksaan yang terakhir..
Alhamdulillah..semua fetus dan darah dah keluar. Terasa perut aku kosong masa ini... Cuma berkemungkinan rahimku akan mengeluarkn arh untuk pengecutan kembali..

Jam 3pm barulah aku dapat pulang ke rumah..

Alhamdulillah suamiku, keluarga2ku dan juga sahabat memberi sokongan dan semangat pada diriku.. Mulanya terasa sedih, sangat-sangat menyesal dan kesal dengan diri aku. Kenapalah aku tak sedar dengan kehadiran baby aku tu.. tapi bila teringat iman di
hati masih ada, sesungguhnya Allah lebih sayangkan baby aku tu. Dan Insyaallah Allah akan berikan yang lebih baik..

Aminn.. insyaallah.


3 SuKe KoMen..:

Salam Takziah dear.. banyakkan bersabar ye.. Insyallah pasti ade rezeki buat kamu dimasa hadapan.. Hugs!

Innalillahiwainna ilaihirojiun...

Salam Ramadhan, semoga diberkati Allah...
Sedeh plak baca cite tu....InsyaAllah ade rezeki lain... =)
Lepas ni kena jaga makan n amik supliment sikit untuk kuatkan rahim tu kembali..... =)

kak neena, Insyaallah.. semoga doa kak neena dimakbulkan :)

Snailphoto, ... T_T terima kasih.. Insyaallah.. Semoga awak pun cepat2 dikurniakan zuriat.

Post a Comment

ApE LaGi, dA jEjAk tu, JgN LupeR tingGaLkan CoMmenT AnDa Ye..TanKiu :)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More