Sep 10, 2012

10 September

Hari ni hari jadi incik hubby.. hari beliau dilahirkan..genab yang ke 30 tahun...

Tiada apa yang aku nak berikan..
Entah kenapa.. Dulu-dulu kalau ada org tersayang mesti nak bagi hadiah.. Sekarang.. asik belanja makan aje...

Mungkin masa tak mangizinkan untuk aku survey dan cari hadiah yang sesuai untuk incik hubby..  Hanya sekadar belanja incik hubby makan di Secret Recepy itu pun incik hubby yang bayar.. huhu disebabkan line mastercard payment tak leh online. *munguks!* 
Aku plak tak sempat nak draw duit cash kat ATM. Nasib lah incik hubby ada cash lebih.. Tak pe lah nanti aku ganti semula..

Entah kenapa semakin hari semakin sibuk.. tidak sedar masa semakin hari semakin berlalu.. Hidup aku hanya berikan tumpuan pada kerja dan perniagaan kanopi aku..

Bukan aku tak sedar kekadang terasa suami sedikit terabai.. haishh tak masuk setahun lagi perjalanan hidup sebagai suami isteri nie.. apa lah nak jadi dengan life aku..

Kekadang tu terfikir juga, kalau hidup ni dibebankan dengan kerja, sampai bila nak menikmati hidup dunia yang sepatutnya lebih beribadah, bersyukur dan sentiasa bersujud pada Allah Taala.. Astargfirullah... *datang insaff sekejap aku ni...*  Hanya kerana sesuap nasi, pakai, tempat berlindung dan kenderaan yg boleh membawa aku pergi bekerja dan berjalan tika diperlukan.... Mungkin bukan aku sahaja seorang yang memikirkan masalah ini, ramai lagi didunia nie..

Lepas berkeluarga dan ada keluarga sendiri baru tahu bertapa nikmatnya Allah memberi ujian dan dugaan.. agar tahu hidup kita didunia ni tiada yang dimulakan dengan senang lenang.. semuanya bermula dengan kesusahan.. Hanya kerana sesuap nasi yang HalaL............

To my beloved Husben..

Selamat hari lahir.. Sayang doakan,

Semoga Allah sentiasa memanjangkan umur hubby.
Semoga Allah menyemai rasa kasih sayang antara kita dengan lebih mendalam.
Semoga dihari lahir kali ini, Allah murahkan lagi rezeki kita dan zuriat yang soleh dan solehah... :)
Semoga hubby berjaya dunia akhirat dan diberkati dan dirahmati Allah swt.


Awak cinta saya dunia akhirat..

0 SuKe KoMen..:

Post a Comment

ApE LaGi, dA jEjAk tu, JgN LupeR tingGaLkan CoMmenT AnDa Ye..TanKiu :)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More