Dec 22, 2011

Tinggal lagi yang satu itu...

 Assalamualaikum.. :)

Alhamdulillah last paper exam untuk semester ni dah selesai.. mudah-mudahan keputusannya tak menitiskan airmata aku atau perkataan (repeat) yang terkeluar semasa result exam nanti. Itu sahaja yang aku harapkan.. Subjek yang sangat men 'down' kan aku semester ini. bergantung harapan pada markah Assignment sahaja.. *haha..bole macam tu? hisk..hiskk...

Yup.. Tinggal lagi satu..kemudian aku boleh senyum sepuas mungkin... Insyaallah.
Maksud aku tinggal untuk aku siapkan final report atau lebih sedap di dengar Tesis sistem Projek yang tengah aku usahakan bersama seseorang. Kalau aku buat seorang comfirm bulan Januari ni tak naik pelamin lah aku.. ehhehe..

Insyaallah, walaupun sistem projek tu aku 'share' dengan someone tak bermakna aku tak merasa akan kesusahan untuk menyiapkan projek sistem tempahan aku tu. Sebab kesusahan yang aku dah dapat selama nie dah banyak menggantikan apa yang lebih perit yang patut dirasa. Tak mengapalah, asalkan aku dapat siapkan final report tu dengan hasil titik peluh sendiri dan aku akan cari 'fell' projek sistem aku tu dengan cara tersendiri. :)


 
Hurmm.. rindu pula zaman-zaman aku study di UDM a.k.a UNiSZA sekarang. Banyak kenangan-kenangan bersama sahabat-sahabat semasa buat projek akhir. Rasanya video rakaman luahan perasan selepas presentation final projek tu masih ada lagi dengan aku.. So, Ina, Hana, Ida and Yati kalau korang nak tengok jgn lupa ingatkan time hari majlis aku nanti, aku leh tunjuk. sebab video tu aku rakam secara spontan aje.. hehee.. paling best Ina laa.. gelak baik punye!! hehe ;)

Minggu ni aku dan parents nak ke Muadzam Pahang, Johor maybe kalau sempat naik KL. Untuk bermadah atau jemputan kenduri kahwin aku nanti. Untuk kawan-kawan insyaallah lepas aku siapkan final report ni, haa.. baru lah aku boleh tumpukan sepenuhnya pada majlis perkahwinan dan jemputan-jemputan semua.. so, tunggu......... :D

Ok, apa-apa pun minta kalian doakan kejayaan dan kesejahteraan agar dipermudahkan segala urusanku. Insyaallah.

wassalam.

0 SuKe KoMen..:

Post a Comment

ApE LaGi, dA jEjAk tu, JgN LupeR tingGaLkan CoMmenT AnDa Ye..TanKiu :)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More