Dec 10, 2013

Indahnya menjadi seorang ibu


Alhamdulillah, genab hari ini 5 bulan 15 hari aku menjadi seorang ibu kepada Anaqi Zharfan Bin Ahmad Shah..
Anak ini yang membesar dengan sihat dan semakin cerdik. Banyak perubahannya dari semasa ke semasa.

Dari mula di lahirkan, kepada sehari, kepada minggu dan kemudian beralih kepada bulan.
MashaAllah indahnya ciptaanMU..
  
KAU berikan keindahan dalam duka, suka, tangis dan benci.. tapi berubah kepada yang lebih bahagia. Sungguh dengan pemberian ini aku teramat amat besyukur kepadaMU...

Lahirnya seorang insan bernama Anaqi Zharfan, nama yang dipilih oleh abie dan umienya membawa maksud Insan yang menawan hati dan Insan yang bijaksana, ketampanan, baik hati dan berwawasan. 
Lahirnya dirimu didunia ini memberikan seribu makna buat abie dan umie. Sungguh pun perit, penat dan lelah melayan kerenah tangisan,tawa mu siang dan malam..diri ini sangat merindui mu dari semasa ke semasa....

  
Tawa dan gelak mu menghilangkan segala penat, lelah dan tekanan yang di alami abie dan umie.  Hilang segala perit mencari rezeki dan meningkat taraf hidup bagi memenuhi semua keperluanmu...




Semoga membesar dengan sihat dan kuat sayang.  Semoga Anaqi Zharfan kesayangan umie dan abie ini juga menjadi anak yang SOLEH dan sentiasa memperjuangkan agama Allah suatu hari nanti. Insyaallah.
















Love Anaqi Zharfan.

Hug & kiss
Abie ♡ umie.

0 SuKe KoMen..:

Post a Comment

ApE LaGi, dA jEjAk tu, JgN LupeR tingGaLkan CoMmenT AnDa Ye..TanKiu :)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More